Waspada apabila usia melebihi 40 tahun

OLEH: DETIK ISLAM Tarikh: February 8, 2014

RAMAI tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. ALLAH SWT. berfirman,

َ ﺎ ًﺤِﻟﺎ َﺻ هﺎ َﺿْﺮَﺗ ُ ﺢِﻠ ْﺻَأ َو ْ ﻰِﻟ ﻰ ِﻓ ﻰِﺘَّﻳِّر ُذ ﻰِّﻧِإ ﺖْﺒُﺗ ُ ﻚْﻴَﻟِإ َ ﻰِّﻧِإ َو ﻦ ِﻣ َ ﻦْﻴ ِﻤِﻠ ْﺴ ُﻤْﻟا َ ﻰَّﺘ َﺣ ا َذَإ ﻎَﻠَﺑ َ ه َّﺪ ُﺷَأ ُ ﻎَﻠَﺑ َو َ ﻦْﻴ ِﻌَﺑْرَأ َ ﺔَﻨ َﺳ ً لﺎ َﻗ َ بَر ِّ ﻰِﻨ ْﻋِز ْوَأ نَأ ْ ﺮ ُﻜ ْﺷَأ َ ﻚَﺘ َﻤ ْﻌِﻧ َ ﻰِﺘَّﻟا ﺖ ْﻤ َﻌْﻧَأ َ ﻲَﻠ َﻋ َّ ﻰَﻠ َﻋ َو ي َﺪِﻟا َو َّ نَأ َو ْ ﻞ َﻤ ْﻋَأ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, "Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim." (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada ALLAH.

Pada ayat yang lain, firman ALLAH:

ُ ﻢَﻟ َوَأ ْ ﻢ ُﻛْﺮ ِّﻤ َﻌُﻧ ْ ﺎ َﻣ ﺮَّﻛ َﺬَﺘَﻳ ُ ﻪْﻴ ِﻓ ِ ﻦ َﻣ ْ ﺮَّﻛ َﺬَﺗ َ ﻢ ُﻛ َءﺎ َﺟ َو ُ ﺮْﻳ ِﺬَّﻨﻟا

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan "umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir" dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka ALLAH memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.

Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn 'Abbas:

"Dibangkitkan Rasulullah SAWpada usia 40 tahun" (riwayat al-Bukhari). Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun.

Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun.

Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun.

Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun.

Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )

2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )

3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )

4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh.

Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama.

Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW.

َ مﺎﻣﻹا ﺪﻤﺣأ ﻪﻠﻟا ُ ﺎ َﻣ م َّﺪ َﻘَﺗ َ ﻦ ِﻣ ْ ﻪِﺒْﻧ َذ ِ ﺎ َﻣ َو ﺮ َّﺧَﺄَﺗ َ ﻪ َﻌ َّﻔ َﺷ َو ُ ﻪﻠﻟا ُ ﻰَﻟﺎ َﻌَﺗ ﻰ ِﻓ ﻞ ْﻫَأ ِ ﻪِﺘْﻴَﺑ ، ِ ﺐَﺘ َﻛ َو َ ﻰ ِﻓ ءﺎ َﻤ َّﺴﻟا ِ ﺮْﻴ ِﺳَأ َ ﻪﻠﻟا ِ ﻰ ِﻓ ﻪ ِﺿْرَأ – ِ هاور ﻦْﻴ ِﻌْﺒ َﺳ َ ﺔَﻨ َﺳ ً ﻪَّﺒ َﺣَأ ُ ﻞ ْﻫَأ ُ ءﺎ َﻤ َّﺴﻟا ، ِ ا َذِإ َو ﻎَﻠَﺑ َ ﻦْﻴِﻧﺎ َﻤَﺛ َ ﺔَﻨ َﺳ ً ﺖَّﺒَﺛ َ ﻪﻠﻟا ُ ﻰَﻟﺎ َﻌَﺗ ﻪِﺗﺎَﻨ َﺴ َﺣ ِ ﺎ َﺤ َﻣ َو ﻪِﺗﺎَﺌِّﻴ َﺳ ، ِ ا َذِإ َو ﻎَﻠَﺑ َ ﻦْﻴ ِﻌ ْﺴِﺗ َ ﺔَﻨ َﺳ ً ﺮ َﻔ َﻏ َ ﺪْﺒ َﻌﻟ ُ ﻢِﻠ ْﺴ ُﻤْﻟا ُ ا َذِإ ﻎَﻠَﺑ َ ﻦْﻴ ِﻌَﺑْرَأ َ ﺔَﻨ َﺳ ً ﻒ َّﻔ َﺧ َ ﻪﻠﻟا ُ ﻰَﻟﺎ َﻌَﺗ ﻪَﺑﺎ َﺴ ِﺣ ، ُ ا َذِإ َو ﻎَﻠَﺑ َ ﻦْﻴِّﺘ ِﺳ َ ﺔَﻨ َﺳ ً ﻪ َﻗَزَر ُ ﻪﻠﻟا ُ ﻰَﻟﺎ َﻌَﺗ ﺔَﺑﺎَﻧ ِْﻹا َ ﻪْﻴَﻟِإ ، ِ ا َذِإ َو ﻎَﻠَﺑ

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, ALLAH akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, ALLAH akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya.

Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, ALLAH akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya.

Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, ALLAH juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta ALLAH akan mencatatnya sebagai tawanan ALLAH di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada ALLAH SWT. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka ALLAH SWT. akan meringankan hisabnya.

Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga.

Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, "Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka."

Imam asy-Syafi'i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, "Agar aku ingat bahawa aku adalah musafir. Demi ALLAH, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar.

Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia.

Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara' lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada ALLAH."

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup

2. Meningkatkan daya spiritual

3. Menjadikan uban sebagai peringatan

4. Memperbanyak bersyukur

5. Menjaga makan dan tidur

6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya.

Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia.

Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad SAW ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara.

Sejak Nabi Adam a.s. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak.

Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

* Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Empat gadis ini tidak pernah minta diprojek tetapi mereka difitnah


Sekeping gambar empat remaja perempuan dalam lingkungan umur 20'an menunjukan "Will You F*CK ME" tersebar di laman facebook dan blog sejak semalam. Tidak diketahui apakah motif mereka berbuat demikian.

Tidak juga diketahui dari mana asal gambar tersebut namun apa yang penting adalah maruah keempat-empat gadis berkenaan. Adalah diyakini gambar yang tersebar luas di media sosial itu bukan gambar asli tetapi diedit dari sumber sebenar.

Gambar di bawah dikirim oleh seorang pembaca post tersebut di FB. Diyakini ini adalah gambar sebenar.


Gua siarkan benda ni untuk pulihkan maruah gadis-gadis yang teraniaya dengan perbuatan mengedit gambar mereka. Difahamkan gadis-gadis ini dikritik teruk di facebook.

Semoga tidak ada yang memandang serong terhadap mereka dan ibu bapa mereka selepas ini.

Menjadi kaya dengan bermodalkan RM1

KETIADAAN modal bukan satu halangan untuk berjaya dalam perniagaan andai agama, ilmu pengetahuan serta semangat tidak mudah berputus asa sentiasa menjadi pegangan hidup.Itulah yang cuba dibuktikan oleh usahawan muda, Muhammad Zukermi Edi apabila beliau berjaya membina empayar perniagaan atas talian dengan hanya bermodalkan RM1.

Mengakui rakan-rakan terkejut mendengar kisah perubahan hidupnya, Muhammad Zukermi kini sudi berkongsi kisah menarik di sebalik kejayaannya yang bermula dengan RM1 itu.“Pada umur 21 tahun, saya pernah lalui kehidupan seperti remaja gelandangan di Rembau, Negeri Sembilan.

Pengalaman hidup sebatang kara ketika itu betul-betul memeritkan.“Namun, Allah SWT telah turunkan keajaiban dalam hidup saya. Baki RM1 dalam poket ketika itu telah saya gunakan untuk melayari internet di kafe siber.

Itulah saat saya mula berniaga secara ‘dropship’ menerusi akaun Facebook.“Siapa sangka, masa yang begitu singkat pada ketika itu telah mendatangkan pulangan yang besar.

Dari mula berniaga secara ‘dropship’, kini saya berjaya membina syarikat sendiri dengan keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada tahun 2013, Muhammad Zukermi telah melancarkan beberapa rangkaian produk kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn. Bhd. miliknya.

Meskipun bermula tanpa pengalaman yang luas, beliau sendiri tidak pernah menyangka yang produk keluaran syarikatnya berjaya menambat hati ratusan ribu rakyat Malaysia.Hari ini, pemuda kelahiran Temerloh, Pahang itu sudah boleh berbangga dengan usaha hasil titik peluhnya sendiri dan beliau telah membuktikan kepada semua orang yang sesiapa saja boleh berjaya.

Menjadikan pakar pemasaran internet, Tuan Faisal Abdullah sebagai sumber rujukan utamanya, Muhammad Zukermi melihat 2014 sebagai tahun untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia yang berminat dalam perniagaan atas talian ini.“Laluan kejayaan kita pastinya sukar, tapi saya percaya dengan izin-Nya, ia boleh dikecapi jika kita berusaha dengan gigih. Jangan jadikan kekangan hidup sebagai alasan untuk tidak berjaya.

“Saya juga percaya masih ramai yang inginkan bimbingan bagi mengubah hidup dengan perniagaan dan mereka inilah yang akan saya buru pada tahun ini," ujarnya.Terbaharu, syarikatnya bakal melancarkan satu produk yang dirumus khas untuk kebahagiaan suami isteri dan dijangka menjadi satu lagi produk terlaris beliau untuk tahun 2014.

Dengan kejayaan yang telah dikecapi, Muhammad Zukermi kini merancang mencari lebih ramai rakan niaga bagi memeriahkan pelancaran produk terbaharu itu.“Pada saya, projek terbaharu ini bakal menjadi satu peluang yang terbaik buat mereka yang idamkan taraf serta kualiti hidup yang lebih tinggi.“Selain itu, saya akan tetap teruskan berkongsi kisah hidup saya menerusi akaun Facebook untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140204/ke_02/Bermula-dengan-RM1#ixzz2sf1Cd1n9 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Suspek samun mati dipukul orang awam

Bernama | 3:30PM Feb 7 2014 Seorang lelaki yang menyamun sebuah stesen minyak di Jinjang malam tadi maut dipukul orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata suspek yang masih belum dikenal pasti kerana tiada butir-butir pengenalan diri maut di tempat kejadian dalam insiden pukul 9 malam.

"Suspek dikatakan datang ke stesen minyak itu bersama seorang lagi kawannya menaiki sebuah motosikal. Di dalam stesen minyak, suspek yang memegang parang, menyamun wang dan rokok, manakala rakannya menunggu di luar.

"Apabila suspek keluar, dia dikejar dan dipukul oleh orang awam hingga ke seberang jalan sebelum dibelasah hingga mati," katanya sambil menambah rakan suspek sempat melarikan diri.

Zakaria berkata mayat suspek yang mengalami luka parah di bahagian kanan muka dipercayai dipukul dengan batu, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

- Bernama

Penulas sukan tak bayar nafkah edah dan anak, lalu mahkamah perintah bayar RM20,500

Pengulas sukan diperintah bayar RM20,500

Zainal Abidin
SHAH ALAM - Mahkamah rendah syariah semalam memerintahkan pengulas sukan terkenal, Zainal Abidin Abd Rawop, 47, membayar RM20,500 kepada bekas isteri, Kristina Zuhana Kamarolzaman, 43, bagi nafkah edah dan anak-anaknya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Azmi Aziz selepas kedua- dua pihak mengambil keputusan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik.

“Pihak defendan setuju membayar nafkah edah RM8,000 kepada plaintif dengan dua kali pembayaran bermula 28 Februari ini,” katanya.

Sementara bagi nafkah ketiga-tiga anak mereka, Zainal Abidin diperintahkan membayar RM4,700 setiap bulan bermula Mac depan.

Sebagai persiapan Aidilfitri, defendan perlu membayar RM2,500 manakala Aidiladha sebanyak RM500, masing-masing perlu dijelaskan pada 15 Ramadan dan 1 Zulhijah setiap tahun.

Untuk percutian, Zainal Abidin bersetuju membayar RM3,000 bermula 20 Oktober depan manakala RM1,800 sebagai persiapan kelengkapan persekolahan dibayar pada 1 Disember 2014.

Mahkamah juga memerintah Zainal Abidin membayar yuran pengajian anak sulungnya terus kepada pihak universiti dalam tempoh tujuh hari setelah dikemukakan invois oleh plaintif.

“Semua pembayaran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun plaintif kecuali yuran universiti anak,” katanya.

Kristina Zuhana, yang diwakili Peguam Syarie Datuk Amli Embong memfailkan tuntutan nafkah edah dan anak pada 23 April tahun lalu selepas mereka bercerai pada 14 Jun 2012.

Zainal Abidin diwakili peguam syarie Norhasliza Dzulkepeli.

Kedua-dua mereka hadir ke mahkamah.

Soalan seks untuk murid sekolah rendah..?


Soalan seks untuk murid sekolah?  
Soalan kaji selidik yang menjadi punca kontroversi.

SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.

Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.

"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.

Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.

Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).
Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menurutnya,  beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.

“Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.

“Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii,” katanya.

Arul Kumar berkata,  tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.

“Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.

Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah rendah di negeri ini sejak tahun lalu.

“Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.

"Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.

"Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya," katanya.

Kalsom berkata, pihaknya akan membuat siasatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan diambil.

Tok Ayah Kajang berpesan kepada calon PRK

Pesan Ujang Bagong kepada calon Kajang

Datuk Ujang Bagong
Ujang Bagong

Mukadimah
 
Nama Datuk Ujang Bagong bukan nama asing bagi orang Kajang.

Pada tahun-tahun 1990an, berita mengenai sosok yang berkarakter dan berimej unik itu sering mengisi dada akhbar  sama ada sebagai tokoh korporat ataupun sebagai aktivis masyarakat.

Umum juga mengenali Ujang sebagai seorang dermawan yang banyak menyumbang untuk masyarakat Kajang.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini, Ujang @ Bujang Buyong @ Jislen Bagong tidak lagi diberi publisiti hingga ramai yang tertanya-tanya mengenai 'kehilangannya'. Ada juga yang menyangka beliau sudah meninggal dunia.

"Tidak! Saya masih ada...," katanya sambil tertawa ketika diajukan perkara itu.

Menurut Ujang, beliau bukan sengaja memencilkan diri tetapi agak terkesan dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya sejak isterinya, Datin Faridah Abdul Manan meninggal dunia sembilan tahun lalu.

"Sejak dia 'pergi' saya banyak mengisi masa untuknya, menziarahi pusaranya," katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Pekan Kajang.

Menurut Ujang, sudah jadi rutin hariannya selepas menziarah pusara isteri di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, beliau ke masjid itu sehingga Zohor.

Walaupun sudah lama tidak jadi berita, tidak banyak yang berubah pada diri tokoh masyarakat berusia 82 tahun itu. Seperti dahulu, di lehernya masih tergantung dua kalung manik daripada kayu kokka manakala kepalanya pula ditutupi kopiah berlilit tulisan jawi.

Bagi mereka yang tidak pernah melihatnya, mungkin akan terasa sedikit janggal namun bagi penduduk Kajang malah seluruh daerah Hulu Langat, Datuk Ujang Bagong bukan sahaja cukup dikenali malah amat dihormati.


Rapat dengan Tunku Abdul Rahman

Anak jati Kampung Paya, Kajang ini dahulunya pernah berkhidmat sebagai pemandu kepada Pegawai Daerah Hulu Langat sebelum mula berkecimpung dalam perniagaan.

Kepayahan hidup dilalui beliau ketika zaman darurat sehingga  bersara dari Rejimen Askar Melayu pada tahun 1960 menjadikan beliau seorang yang amat memahami kesusahan hidup orang lain.

Darah perwira masih mengalir dalam tubuh badannya dan beliau cukup sensitif isu-isu berkaitan orang Melayu.

Tidak hairanlah jika disingkap kembali sejarah, beliau sebenarnya adalah orang yang bertanggungjawab membayar wang jaminan bagi melepaskan Kiyai Arshad @ Arshad Mat Gamat yang menampar pemimpin pembangkang Karpal Singh atas sebab membuat kenyataan yang dikatakan menghina raja Melayu pada akhir 1980an.

Kini, meski terpaksa bertongkat ke sana ke mari, Ujang tetap bersemangat tinggi membantu penduduk yang menghadapi kesusahan.

Tidak kira kaum dan agama, kesusahan penduduk Kajang diutamakan dan beliau tidak lokek mengeluarkan berapa sahaja duit untuk membantu mereka.

Hormat dan kasihnya masyarakat Kajang kepada Ujang dapat dilihat sendiri wartawan kerana sepanjang menemubualnya di masjid itu, hampir tidak putus orang datang bersalam dan bertanya khabar mengenai dirinya, tua dan muda. Ternyata beliau cukup mesra dengan sesiapa sahaja.

Bercerita mengenai hubungannya dengan pemimpin negara, Ujang yang mahu dirinya dipanggil Atuk memberitahu, beliau rapat dengan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
 
"Atuk dengan Tunku berkawan begitu saja, bukan kita rapat dengan pemimpin untuk minta apa-apa kepentingan," katanya.

Mengenai penglibatannya dalam dunia perniagaan, Ujang memberitahu, beliau mula berniaga dari bawah.

"Lepas pencen askar, Atuk guna duit simpanan RM5,000 untuk buka kedai bersama kawan. Itulah permulaan Atuk berniaga. Dari situlah Atuk tambah sikit-sikit besarkan perniagaan. Apa yang penting bagi Atuk, rezeki yang ada, Atuk kena kongsi dengan orang susah, tak boleh makan sorang," katanya yang berketurunan Jawa, sama seperti kebanyakan penduduk asal Kajang yang lain.


Tiga komunis tumpas di tangannya
 

Nombor 5088-Itu angka paling diingati yang melekat di dada uniform askar pakaian seragamnya ketika beliau berkhidmat menentang komunis pada 1948.

Tiga pengganas tumpas ditangannya selepas diarah ketuanya melepaskan tembakan dalam satu serbuan di Jasin, Melaka.

“Atuk bekas askar, dari situlah Atuk belajar kenang dan menabur jasa kepada orang Melayu. Apa-apapun Atuk tetap akan pertahankan Islam dan Melayu,”katanya.


Saksi pembangunan di Kajang
 
Mengenai Kajang, Ujang bersyukur kerana masih diberi daya melihat begitu banyak perubahan yang berlaku di tanah tumpah darahnya itu.

"Terlalu banyak. Dulu Kajang penuh belukar dan semak samun, sekarang jalan, bangunan, Jalan pula terlalu sesak," katanya.

Dalam meniti kemajuan, Ujang tetap terkilan kerana hanya 20 peratus kekayaan ekonomi Kajang berada di tangan orang Melayu.

"Itupun mujur ada perniagaan sate yang masih dipegang orang Melayu," katanya.

Populasi penduduk Kajang bertambah dari tahun ke tahun dan kebanyakan kawasan katanya dimonopoli kaum Cina.

Bekas Pegawai Penerangan Umno Hulu Langat ini kesal kerana ramai sebenarnya orang Melayu yang hidup kaya raya, duduk di rumah besar tetapi tidak menolong bangsa mereka sendiri.

Hubungan orang Melayu di Kajang katanya masih bersatu, cuma ada segelintir yang meminggirkan diri kerana kedudukan dan pangkat.

"Rumah mereka besar, tembok rumah tinggi jadi mereka ‘terpisah’ dengan kehidupan orang kampung," rungutnya.


Tidak terkejut PRK diadakan

Mengambil tahu hal-hal semasa berlaku di Kajang, Ujang mengaku tidak sedikit pun terkejut dengan peletakan jawatan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh.

Mendakwa itu kehendak ALLAH, beliau mahu calon mempunyai daya intelek tinggi diletakkan bagi merebut kerusi dipertandingkan pada PRK kelak.

"Siapa baik, ada pengaruh banyak, dia menang...siapa tiada nama...kata orang boleh go lah! Calon nak bertanding mesti yang ada nama, tetapi bukan yang ada nama saja kita mahu, kita nak yang boleh tolong Melayu.

“Melayu apa pun tidak ada lagi...kuasa yang ada pun seolah-olah tiada nilai. Minta siapa calon yang menang bawa pembangunan dan kemajuan lebih baik kepada Kajang, jika tidak mahu bantu rakyat di sini, kita boleh tolak keluar," katanya.

Ujang berkata, beliau menyokong calon Melayu yang sedia bantu tingkatkan ekonomi bangsa sendiri.

"Siapa yang masuk pilihan raya nak buat kecoh saja, bukan nak berkhidmat, saya orang pertama yang akan tendang si pembuat kecoh," tegasnya menyuarakan amaran.


Perbezaaan politik dahulu dan sekarang

Dahulu katanya pemimpin dan rakyat bantu membantu, sama-sama bangkit tentang penjajah.

"Sekarang semangat tolong menolong sudah mulai lupus, ambil contoh Atuk saja. Apabila banyak duit, semua datang, bila susah, ‘hantu’ pun tidak mahu jumpa Atuk. Nak pinjam RM10 pun orang kata tiada duit sedangkan dalam poket penuh,”katanya berseloroh.

Mendakwa pejuangan politik kini lebih kepada duit dan projek, pemimpin dahulu dipilih bersandarkan iltizam membantu nasib kaum masing-masing.

*Nasihat kepada pengundi dan bakal wakil rakyat

Pengundi mesti bersatu-padu tidak kira bangsa meski mempunyai ideologi politik berbeza.

Katanya, bagi wakil rakyat yang menang pula, diharap dapat membantu rakyat Kajang yang menderita.

Isu utama di Kajang katanya adalah gerai peniaga Melayu banyak diroboh sewenangnya oleh majlis perbandaran.

“Saya minta perubahan lebih besar di Kajang, ekonomi orang Melayu perlu ditingkatkan.jangan tahu berjanji tetapi apa pun tiada.

 "Pemimpin yang ‘kerjakan’ duit rakyat, kita beri amaran untuk buang mereka,”katanya.

Kedah untuk mengesan BMI anda... Mudah Simple Murah...

Tahukah anda akan BMI anda...

Jadi inilah kaedah yg mudah dan senang untuk anda periksa akan BMI anda...

Selamat mencuba...

Kualiti sperma punca mandul

KEMANDULAN merupakan perkara yang paling ditakuti setiap lelaki terutama mereka yang bergelar jejaka perkasa!

Bagi kaum Adam, mandul merupakan suatu berita yang mengerikan dalam hidupnya.Sama ada anda sedar ataupun tidak, sebanyak 40 peratus masalah kemandulan lelaki adalah disebabkan oleh kualiti sperma.

Mandul tidak mengenal usia ataupun gaya hidup sihat yang diamalkan seseorang itu kerana banyak faktor lain boleh mempengaruhi perkara tersebut.

Walaupun ia menakutkan banyak pihak, tetapi beberapa punca yang dinyatakan di dalam artikel ini boleh membuatkan kamu lebih peka.- DHIYA'ZULHILMI DAUDArtikel

Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140201/kn_01/Kualiti-sperma-punca-mandul#ixzz2sVyg7eMT © Utusan Melayu (M) Bhd 

TM tawar khidmat percuma naik taraf internet


TM
KUALA LUMPUR - Syarikat maklumat dan telekomunikasi bersepadu, Telekom Malaysia Bhd, menawarkan khidmat percuma menaik taraf sehingga 20 kali kelajuan semasa kepada pelanggan jalur lebar Streamyx dan UniFi melalui 'Tawaran Terbaik Hypp-Normous'.

Naib Presiden Eksekutif untuk Pelanggan, Imri Mokhtar berkata, tawaran itu adalah sebahagian daripada kempen 'Hidup Dipermudah' syarikat yang menawarkan pakej nilai untuk wang kepada pelanggan TM.

"Mereka hanya perlu melanggan Televisyen Protokol Internet (IPTV) TM, HyppTV, dengan bayaran serendah RM30 sebulan.

"Pelanggan mempunyai pilihan untuk meningkatkan kelajuan Internet sehingga 20 kali lebih cepat serta meningkatkan keseronokan hiburan dengan perpustakaan kandungan edutainment HyppTV dalam definisi tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Imri berkata, melalui tawaran terhad itu, pelanggan UniFi sedia ada dan baharu boleh jimat sehingga RM1,200 dalam dua tahun jika mereka melanggan pek HyppTV sebelum 31 Mac pada RM50 sebulan dan menaik taraf secara automatik kepada UniFi VIP 10 (10Mbps) atau VIP 20 (20 Mbps).

Untuk perkhidmatan Streamyx, beliau berkata, pelanggan sedia ada dan baharu boleh menikmati penjimatan sehingga RM720 dalam dua tahun jika mereka melanggan atau menaik taraf kepada perkhidmatan 8Mbps dan menikmati HyppTV Platinum Pack atau HyppTV Ruby Pack secara percuma.

Sehingga kini, HyppTV mempunyai 113 saluran dan lebih 3,000 jam video-atas-permintaan. - Bernama

ISU KALIMAH ALLAH : Masalah selesai jika faham Perlembagaan

KUALA LUMPUR - Penyelesaian kepada isu kalimah ALLAH dapat dicapai secara baik sekiranya semua pihak terbabit memahami, menghormati dan mematuhi perlembagaan negara berkaitan Islam dan agama lain.

Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan panduan berhubung perkara ini yang memberi hak sewajarnya kepada semua pihak.

Isu penggunaan kalimah ALLAH kembali hangat selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan penggunaan perkataan itu dalam penerbitan akhbar ‘The Herald’ edisi Bahasa Melayu pada akhir tahun lepas.

Letusan pendapat dan emosi penganut agama Islam dan Kristian yang berleluasa melalui portal berita dalam talian dan media sosial akhirnya membawa kepada berlakunya beberapa siri demonstrasi oleh pelbagai pihak.

Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan hubungan erat rakyat berbilang agama yang telah hidup aman dan saling bertolak ansur sejak sebelum merdeka lagi.

Sungguhpun masih terdapat beberapa pihak yang berusaha membawa hal ini untuk didebatkan, ternyata majoriti rakyat Malaysia tidak mudah termakan dengan umpan beracun ini.

Tinjauan Bernama mendapati, rata-rata orang awam berbilang agama berpendapat isu ini telah dimanupulasikan oleh pihak berkepentingan, dengan niat buruk untuk menghancurkan negara.

Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menjelaskan bahawa, kegusaran dalam kalangan anggota masyarakat boleh dielakkan jika masing-masing memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tiang asas pembentukan negara ini.

FAHAMI PERKARA 3, PERKARA 11

Hanya ada dua fasal dalam perlembagaan negara yang menyentuh secara jelas mengenai kedudukan agama Islam iaitu dalam Perkara 3 dan Perkara 11.

Kedua-dua perkara ini sering dijadikan asas dan kayu pengukur perbahasan yang membabitkan isu berkaitan kebebasan beragama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perkara 3 menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan, manakala Perkara 11 menyentuh larangan menyebarkan dakwah ajaran selain Islam kepada umat Islam.

"Mula-mula kita harus faham bahawa istilah ‘agama rasmi persekutuan’ bermaksud Islam adalah agama rasmi semua negeri di Malaysia, kecuali Sarawak. Ia hanyalah satu konsep di peringkat persekutuan, tetapi tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap perlaksanaan dan penguatkuasaan agama Islam di negeri-negeri.

"Ketua agama setiap negeri adalah raja-raja. Yang di-Pertuan Agong bukanlah ketua agama Islam negara tetapi baginda bertindak sebagai ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan) dan beberapa negeri lain yang tidak mempunyai raja", jelas Azam.

Meskipun Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, Perkara 3 turut menjelaskan bahawa agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

Beliau kemudian menyambung penjelasan mengenai Perkara 11 yang menyatakan tiap-tiap individu di negara ini berhak menganuti dan mengamalkannya, tetapi tidak dibenar mengembangkan ajaran mereka kepada orang beragama Islam.

"Anda boleh sebarkan ajaran agama anda kepada sesiapa pun. Tetapi dalam kurungan empat (4) perkara ini, undang-undang negeri dan persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam,", jelas beliau.

Di sinilah selalu berlakunya kekeliruan. Pengertian ‘mengembangkan ajaran’ kepada orang Islam amat mudah disalah erti, jika tiada pengetahuan yang mendalam daripada aspek undang-undang mengenainya.

BOLEH, TAPI JANGAN SALAH GUNA

Penjelasan mengenai Perkara 3 dan Perkara 11 di atas menunjukkan bahawa secara umum, tiada larangan terhadap penggunaan mana-mana perkataan yang boleh dikaitkan dengan identiti Islam.

"Jika ia mahu digunakan secara tertutup, tidak melibatkan individu beragama Islam, tiada masalah.

"Ambil contoh, jika paderi Andrew mahu menggunakan ayat “Musim ini musim haji, orang Islam pergi ke Mekah mengelilingi Kaabah sebagai tanda ibadah mereka kepada Allah" dalam ceramahnya kepada pengikutnya di gereja, itu tidak menyalahi undang-undang", jelas Azam.

Untuk makluman, perkataan ‘haji’, ‘Mekah’, ‘ibadah’ dan ‘Kaabah’ adalah antara perkataan lain selain ‘Allah’ yang dilarang penggunaannya oleh masyarakat bukan Islam menurut Enakmen 1988 Negeri Selangor.

Enakmen itu turut menguatkan lagi Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan orang bukan Islam mengembangkan ajarannya kepada orang Islam.

"Istilah ‘mengembangkan ajaran’ boleh diertikan dengan cara pujuk rayu, paksaan atau memberi sebarang pemberian berkenaan agama (bukan Islam) tentang agamanya kepada orang Islam', kata Azam.

Ini termasuklah aktiviti mengedarkan naskah Al-Kitab kepada orang Islam dan buku-buku dan komik-komik yang mengajarkan tentang konsep ‘trinity’ kepada pelajar sekolah beragama Islam.

Beliau turut menjelaskan hal di mana orang bukan Islam perlu mengguna istilah ‘ALLAH’ dalam keadaan tertentu, contohnya, pelajar sekolah menyanyikan lagu negeri yang terdapat perkataan Allah dalam liriknya.

"Contohnya, lirik '... ALLAH lanjutkan usia Tuanku...' dalam lagu negeri Selangor. Itu tidak salah jika dinyanyikan orang bukan Islam kerana ia bukan satu bentuk dakwah".

Tegas Azam, walaupun ada pihak yang berpendapat bahawa undang-undang berkaitan agama Islam tidak tertakluk ke atas orang bukan Islam, Enakmen 1988 ada satu ciri istimewa iaitu ia diwartakan sebagai undang-undang sivil negeri Selangor.

"Jika ada pihak yang langgar peraturan ini, mereka boleh didakwa di mahkamah", kata beliau.

ALLAH - BOLEHKAH?

Perbalahan paling hangat mengenai penggunaan kalimah ALLAH. Berlandaskan hujah-hujah yang telah dinyatakan Azam, jelas menunjukkan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakannya jika menepati syarat.

Penggunaan kalimah ALLAHdalam kalangan penganut Kristian tidak pernah menimbulkan masalah sehinggalah sejak akhir-akhir ini kerana penggunaannya yang tidak terkawal.

"Menggunakan perkataan Allah itu sendiri adalah satu bentuk ‘prima facie’(bukti awal) bahawa terdapat niat untuk mengembangkan ajaran itu.

Menterjemah perkataan ‘god’ kepada ALLAH itu sendiri mengelirukan umat Islam kepada kepercayaan bahawa ALLAH orang Islam dan ALLAH orang Kristian itu sama,” jelas Azam.

Azam kemudian menjelaskan, ALLAHh bagi orang Islam ialah hanya satu, ALLAH yang Maha Esa tetapi bagi orang Kristian, konsep ‘Trinity’ dalam ketuhanan, tidak boleh diterjemah kepada perkataan ALLAH sebagaimana dianuti orang Islam.

"Perlu kita sedar bahawa kes yang dibicarakan di mahkamah, yang menjadi isu hangat hari ini sedikit pun tidak menyentuh tentang penggunaan perkataan Allah dalam Al-Kitab, tetapi hanyalah penggunaannya dalam penerbitan majalah The Herald edisi Bahasa Melayu sahaja.

"Isu penggunaan perkataan Allah dalam Al-Kitab masih belum pernah dibawa ke mahkamah hingga ke hari ini,” ujar beliau.

JANGAN MUDAH DIPERMAIN

"Hari ini, kita bercakaran sesama kita angkara situasi ini, sehingga saudara kita di Sabah dan Sarawak juga terasa hati,” ujar Azam yang kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba ‘menangguk di air keruh’.

"Mari kita tunjukkan perbalahan Islam dan Kristian adalah sia-sia dan kita tidak mudah diperalatkan demi kepentingan politik sempit mereka,” gesa beliau tanpa merujuk kepada mana-mana pihak secara terbuka.

Menurut beliau, sudah tiba masanya untuk menterbalikkan situasi ini daripada perbalahan menjadi ruang perbincangan yang luas, demi menggalakkan kefahaman sesama warga Malaysia.

"Ini adalah peluang terbaik untuk umat Islam berdakwah, menjelaskan perbezaan fahaman tentang konsep ketuhanan yang satu berbanding konsep 'trinity’. Belajarlah daripada pendakwah Islam ternama,” katanya.

Azam turut menasihatkan penganut Kristian bahawa sekali pun ada perbuatan mereka yang tidak salah dari segi undang-undang, agar tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang menyakitkan hati orang Islam kerana ia boleh menambahkan ketegangan yang sedang berlaku.

Nasihat beliau lagi, orang Islam pula jangan terlalu mudah menyalahkan orang bukan Islam selagi mereka tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan, yang melarang dakwah terhadap orang Islam. - Bernama

Sembelit berpanjangan yang tidak diatasi dengan sempurna menyebabkan kanser kolon.

Sembelit usah dipandang ringan
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: February 5, 2014

DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.

Maksud sembelit yang biasa penulis gunakan apabila seseorang tidak membuang air besar lebih dua hari.

Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.

Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Bahan bertoksik

Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.

Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternatif termasuk penulis sendiri, sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain.

Penulis pernah didatangi seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.

Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.

Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.

Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).

Terlalu bergantung kepada laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia menyebabkan seseorang mudah mengalami sembelit.

Baru-baru ini, Jabatan Pengawalan Dadah Kebangsaan (FDA) mengeluarkan amaran terhadap penggunaan laksatif berasaskan natrium fosfat (Sodium phosphate) yang mudah dibeli dari kedai farmasi tanpa preskripsi doktor berikutan 13 kematian (12 dewasa dan seorang kanak-kanak).

Bahan aktif natrium berfungsi memaksa air masuk ke dalam usus besar bagi melembutkan najis.

Bagaimanapun, jika seseorang mengambilnya secara berlebihan daripada dos yang dicadangkan, ia akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan air) dan paras elektrolit yang tidak normal dalam death.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan kerosakan buah pinggang, masalah jantung dan kematian.

Jadi, bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi setiap kali anda dibekalkan laksatif oleh doktor atau membeli laksatif dari kedai farmasi kesan bahan aktifnya kepada tubuh dan dos pengambilan yang selamat. Ia adalah langkah bijak walaupun kebanyakan pengguna memiliki ilmu untuk memahami arahan yang terkandung pada label.

Laksatif berasaskan herba contohnya aloe vera, atau peria bertindak menggunakan mekanisme berbeza daripada laksatif moden berasaskan natrium fosfat.

Ia tidak menarik air masuk ke dalam usus untuk melembutkan najis. Sebaliknya ia bertindak dengan melancarkan pengeluaran cecair hempedu.

Seperti dinyatakan bergantung kepada laksatif berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia mudah menyebabkan seseorang mengalami sembelit.

Pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu boleh menyebabkan sembelit.

Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.

Polyp dan kanser

Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.

Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.

Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.

Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.

Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.

Jika anda sering mengalami sembelit, langkah paling bijak adalah belajar mencari puncanya.

Sesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau merawatnya.

Penggunaan laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba tidak seharusnya dijadikan kebiasaan.

Penulis biasa mencadangkan pengambilan laksatif (apabila keadaan amat memerlukan) tidak lebih dari seminggu. Sesi buang air besar dengan bercangkung mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk.

Teh atau rebusan keseluruhan pokok semalu bertindak merehatkan salur darah, saraf dan usus. Begitu juga dengan daun selasih dan ruku-ruku.

Ruku-ruku bertindak sebagai adaptogen iaitu mengharmonikan perembesan hormon stres dan membantu tubuh menghadapi stres dengan lebih cekap.

Amalan mengambil cuka epal/tamar, minyak kelapa dara atau minyak zaitun perahan sejuk juga membantu meredakan dan mencegah sembelit.

Pada jangka panjang, pengambilan berkala herba seperti jenis halia dan kunyit bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, membantu mencegah sembelit. Herba ini terdapat dalam pelbagai jenis makjun atau jamu.

Patung Lilin yang di bakar di I-City akan di ganti dalam masa 2 bulan..

Kebakaran tidak jejas tarikan ke i-City

patung i- City  
Antara Patung Lilin di Red Carpet yang terbakar dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat tiga orang suspek di Red Carpet i-City, Shah Alam. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Pihak pengurusan i-City yakin ketibaan pelancong ke taman tema digital itu tidak akan terjejas sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 berikutan kebakaran yang berlaku di muzium lilin The Red Carpet pada Rabu lepas yang disebabkan perbuatan khianat. 

Timbalan Pengerusi I-Berhad, pemaju i-City, Datuk Eu Hong Chew berkata kerja-kerja mengganti dan membina semula 10 buah patung lilin yang musnah akibat kebakaran itu sedang giat dijalankan dan dijangka dapat dibuka semula untuk orang ramai dalam masa dua bulan lagi.

"Walaupun kejadian kebakaran itu mengakibatkan kami kerugian jutaan ringgit, namun kita akan tetap bekerjasama dengan pihak Tourism Malaysia untuk membuka semula muzium lilin yang merupakan satu produk ikon yang dipromosi kepada pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. 

"Kami percaya ketibaan pelancong ke i-City tidak akan terjejas berikutan insiden ini sebab i-City mempunyai tarikan lain seperti rumah salji dan taman tema yang  berpotensi besar untuk menarik pelancong," katanya kepada pemberita di i-City di sini hari ini. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di muzium itu menunjukkan tiga individu memasuki muzium itu melalui pintu masuk yang digunakan  pengawal keselamatan i-City dan bertindak membakar ruang pameran dan beberapa patung lilin di muzium itu.

Eu berkata patung lilin yang musnah antaranya ialah ikon antarabangsa seperti Mao Zedong, presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Tunku Abdul Rahman selain bintang selebriti termasuk Jackie Chan. 

Beliau turut menepis dakwaan bahawa kejadian itu berpunca daripada persaingan perniagaan dan menambah pihak i-City akan memperketat kawalan keselamatan di kesemua tarikannya dalam masa akan datang.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Selangor, Arshad Mustapa yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata pihaknya akan tetap membantu i-City mempromosi muzium The Red Carpet yang menempatkan 100 patung lilin yang merupakan sebahagian daripada ikon yang dipromosi di Selangor sempena TMM 2014.

Beliau berkata pihaknya akan turut memantau kerja-kerja pembaikan di muzium itu dan juga ketibaan pelancong ke situ setiap minggu. - Bernama

Petani juara dam aji Terbuka Malaysia

http://ebeep.net/wp-content/uploads/2012/05/dam-aji.jpg?868c72 
Gambar Hiasan...

Pontian: Seorang petani dari Kampung Pasir, Pekan Nanas di sini, tidak sangka akan muncul sebagai juara selepas menewaskan 25 peserta dalam Pertandingan Kejohanan Dam Aji Terbuka Malaysia, semalam.

Rahimi Mohd Mohaidin, 42, membawa pulang wang tunai RM300 dan piala dalam pertandingan yang diadakan di kawasan Rekreasi Kampung Masjid Pekan Nanas, anjuran Akademi Dam Uji Ugik (ADU) dengan kerjasama Kumpulan RAYYAN Niaga Berhad.

Tuah isi masa lapang

Rahimi berkata, beliau tidak menyangka permainan dam aji yang dianggapnya sebagai mengisi masa lapang akhirnya memberi tuah kepadanya.

“Saya bersyukur di atas kemenangan ini, dan selain wang tunai dan piala, saya juga berpeluang mengenali ramai peserta dari dalam dan luar daerah. Inisiatif pihak penganjur juga perlu dipuji kerana terus berusaha untuk mempopularkan permainan ini,” katanya.

‘Pantang maut sebelum ajal’ - hanyut setahun lebih dilautan..

‘Pantang maut sebelum ajal’
‘Pantang maut sebelum ajal’ Albarengo dipapah 
keluar dari kapal peronda di Majuro, kelmarin. - Foto AFP

Kepulauan Marshall: Seorang nelayan El Salvador yang hanyut di Kepulauan Marshal berjaya hidup lebih setahun selepas hanyut di Lautan Pasifik dengan hanya bergantung kepada darah penyu, menangkap ikan dan burung menggunakan tangan.

Jose Salvador Albarengo, 37, memberitahu beliau berlayar untuk memancing jerung pada lewat Disember 2012 dari Mexico, kira-kira 10,000km dari sini, tetapi hanyut.

Beliau dijumpai dalam keadaan tidak terurus dalam kawasan terumbu karang terpencil hujung minggu lalu dalam bot gentian kaca beliau sepanjang 7.3 meter.

Bot peronda polis kemudian membawanya ke ibu negara, Majuro.

“Beliau turun daripada bot dengan janggut yang panjang,” kata Jack Niedenthal, seorang pembuat filem yang berpangkalan di Majuro, kepada Reuters menerusi panggilan telefon.

“Beliau mempunyai masalah untuk berjalan, kakinya amat kurus.

“Saya tidak pasti sama ada ini satu pembohongan kerana lelaki ini sudah hanyut lama di laut,” kata Niedenthal selepas bercakap kepada Albarengo melalui jurubahasa.

Pernah dihalau bapa pengantin

 
Tengku Samsiah Faizawani Tengku Nazai SUNGAI PETANI - “Kisah dihalau bapa pengantin sebaik sahaja selesai memasang pelamin dalam satu majlis perkahwinan merupakan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Demikian luahan perancang perkahwinan, Tengku Samsiah Faizawani Tengku Nazai, 37, yang mula berkecimpung dalam bidang berkenaan selepas mengikuti suami berpindah ke Kedah pada 2008.

Menurutnya, bermacam-macam cabaran pernah dilalui dan pengalaman idea gubahan eksklusif ditiru pihak ketiga juga adalah yang paling tercabar.

“Saya juga sering kehilangan pekerja yang mengambil keputusan berhenti selepas berhasrat mengusahakan perniagaan sendiri walaupun pada mulanya saya mendidik mereka,” katanya.

Menurut ibu empat anak yang mesra dipanggil Wani, ujian yang dilalui ditempuhi dengan sabar dan percaya setiap individu mempunyai rezeki masing-masing sekiranya rajin berusaha.

Menganggur empat bulan

Menceritakan pengalaman itu, bekas kerani pentadbiran sebuah kolej itu berkata, keputusan berpindah ke utara semenanjung adalah sesuatu yang sukar memandangkan dia terpaksa menganggur
selama empat bulan sebab tiada pekerjaan sesuai dengan dirinya.

Menurutnya, bermula dari modal yang diberikan suami, Wani menjalankan perniagaan menjual tas tangan berjenama yang diiklankan menerusi atas talian.

Setahun beroperasi, perniagaannya sudah dikenali dan keuntungan daripada sambutan yang menggalakkan, dia berjaya membuka dua kedai di pusat beli-belah.

Diminta lelong pakaian pengantin

Pernah dihalau bapa pengantin
“Pada suatu hari, saudara suami meminta kami membuat lelongan lebih 40 pasang pakaian dan aksesori pengantin yang terbiar selama enam bulan selepas pemiliknya meninggal dunia.

“Pada mulanya, barangan berkenaan diambil dan dikumpulkan di rumah sewa. Bagaimanapun, secara tiba-tiba, terdetik mahu menyewakan pakaian pengantin melalui promosi yang dibuat atas talian.

Pakej yang ditawarkan bernilai RM500 setelah pakaian dibaik pulih serta aksesori pelamin diubah suai dan ditambah,” katanya.

Menurut Wani, memandangkan harga murah yang ditawarkan, pakej berkenaan mendapat sambutan hangat pelanggan.

Melihat permintaan menggalakkan, dia mula membeli 16 pakaian pengantin dari Indonesia sebelum menawarkan kepada pelanggan dengan pakej lebih bernilai.

Leceh dengan reaksi pelanggan yang terpaksa datang ke rumah sewa untuk mendapatkan pakej perkahwinan, Wani kemudiannya menyewa sebuah kedai di Bandar Puteri Jaya, tiga tahun lalu.

Akhirnya kini, dia memiliki lebih 100 pasang pakaian pengantin yang direka dan dijahit sendiri, dengan tiga pekerja tetap selain 20 pekerja sambilan.

Bapa pengantin tidak suka pelamin

Menceritakan pengalaman pahit, katanya, dia pernah diherdik bapa pengantin sebaik selesai memasang pelamin di sebuah majlis perkahwinan dekat Penghulu Him suatu ketika dahulu.

“Saya bersama kakitangan mula membuat persiapan pada tengah hari tersebut. Macam biasa, kerja hanya selesai dua atau tiga jam kemudian.

“Ketika dalam proses untuk beredar, ayah pengantin baru sahaja pulang dari menunaikan solat Asar. Dalam nada kasar, lelaki itu menghalau kami agar membawa pulang pelamin kerana dia tak izinkan,” katanya.

Dalam nada cemas, Wani menjelaskan, pakej itu ditempah pasangan pengantin dan bayaran juga sudah diselesaikan.

“Difahamkan, bapanya ‘orang kuat’ masjid dan mahu menjemput jemaah melakukan majlis tahlil pada masa sama.

“Memang agak malu dan kecil hati, tetapi mujur keadaan kembali tenang apabila isterinya minta kami pulang dulu dan perkara itu akan diselesaikan melalui perbincangan keluarga,” katanya.

Menurut Wani, walaupun pahit tetapi pengalaman sebegitu sebenarnya dapat mematangkan dirinya.

“Namun kini, kita bersikap terbuka. Sekiranya pelanggan tidak mahu pelamin, kita tukar dengan hiasan kerusi atau pakej ‘mini pelamin’ yang hanya digunakan untuk sesi bergambar,” katanya.

Puas apabila pelanggan gembira

Wanita berjiwa cekal ini berkata, dia berasa teruja sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan dapat memuaskan hati pelanggan.

“Sekiranya ada pelanggan mengucapkan terima kasih atau puas hati menerusi laman sosial Facebook dan disokong ramai pengguna laman sosial, itu adalah kepuasan sebenar.

“Saya juga tidak teragak-agak untuk menolak permintaan sekiranya mempunyai banyak tempahan kerana mengamalkan prinsip tidak perlu tamak kerana rezeki tetap ada sekiranya kita berusaha,”
katanya.

Video 3 lelaki bakar patung lilin di I-City

Video yang menunjukkan bagaimana tiga lelaki dilihat memasuki muzium lilin interaktif, Red Carpet @I-City dan membakar beberapa patung lilin yang dipamerkan.

Polis mengesyaki ia adalah satu perbuatan sabotaj, kata Tang Soke Ching, Pengurus Maklumat I-City.

Mereka yang melakukan perbuatan khianat itu telah mendapat akses ke dalam premis itu melalui pintu masuk di mana anggota keselamatan bertugas, kira-kira pukul 3 pagi, Rabu, tambah Tang dipetik The Star.

“Sebab itu polis mengesyaki ia adalah perbuatan sabotaj,” kata Tang, sambil menambah polis juga menyiasat jika tiga suspek itu mempunyai rakan sejenayah yang lain.

Rakaman kamera CCTV juga ditunjukkan kepada media di mana tiga lelaki membakar ruang pameran.

Sebelum itu dilaporkan lebih daripada 10 patung lilin telah musnah di Red Carpet I-City selepas berlaku kebakaran awal hari Rabu.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts