Kelebihan bersuami boroi, gemuk

MUHAMAD MAT YAKIM

http://www.ajumohit.com/wp-content/uploads/2014/02/20140205-082336.jpg
BOROI. Malangnya perkataan itu, ia jadi musuh hampir semua orang.

Bagi lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia menjangkau 40-an.

Namun dalam berusaha, hanya sedikit yang berjaya. Ini berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam bersenam.

Bagi wanita pula, mereka seboleh mungkin tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh seperti kuih yang tidak ikut bentuk acuan.

Namun dalam berdepan dengan isu boroi, kita kadang kala diperdengarkan dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa lelaki boroi juga punya kelebihan.

Ini termasuk pengakuan oleh wanita sendiri yang saya dapati melalui tinjauan media sosial menyebut bahawa lelaki boroi itu seksi. Benarkah?

Saya kira ini mungkin sekadar alasan untuk menyedapkan hati kerana secara relatif, bagaimana boroi mahu dianggap seksi. Apakah kuih yang jadinya tidak mengikut bentuk acuan semestinya sedap?

Ya, saya sendiri termasuk dalam kategori boroi. Dan untuk menyedapkan hati sendiri, sejak berkahwin, saya sering mengatakan kepada sesiapa sahaja yang membangkitkan isu keboroian saya bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam. Kononnya, hanya wanita yang bersuamikan lelaki boroi sahaja tahu kelebihan kami.

Kadang kala saya membuat perbandingan bahawa kami yang boroi ini seumpama minyak masak Seri Murni yang melalui proses pemeringkatan dua kali untuk mendapat kualiti terbaik.

Sesiapa yang tidak fahami metafora ini, cuba-cuba fikir sendiri untuk mendapatkan jawapannya!

Baru-baru ini saya ditemukan dengan satu lagi kenyataan bahawa lelaki boroi dikatakan lebih penyayang, berfikiran jauh (mungkin sebab hujung perutnya lebih jauh dari otak) dan satu lagi, seksi.

Itu berkaitan dengan boroi.

Dalam kes gemuk atau berat badan berlebihan, satu soal selidik di Jerman mendapati lelaki yang termasuk dalam kategori itu lebih setia dalam percintaan berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus.

Sekumpulan lelaki berusia antara 31 hingga 69 tahun ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin.

Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus yang mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk.

23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Demikian juga 19 peratus mereka yang dikategorikan sebagai kurus.

Apa pun, saya tidak jamin ini juga cerminan bagi orang kita.

Namun harus jadi ingatan bahawa setiap apa yang padanya ada kelebihan, pasti ada kekurangan dan setiap yang dianggap kurang, pasti ada kelebihan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan bagaimana seadanya kita.

Kepada mereka yang termasuk kategori gemuk atau boroi, usahlah lagi bergundah gulana. Jangan dibenci, apa lagi dikeji 'tembikai masak' anda kerana di situlah tersimpan rahsia kelebihan diri anda yang tidak banyak diketahui orang.

Uar-uarkanlah bahawa anda bukanlah kuih yang jadinya tidak mengikut acuan kerana bahulu yang rupanya cantik molek bukan semestinya sedap!

Kepada isteri-isteri yang suaminya boroi atau gemuk, anggaplah diri anda bertuah kerana zaman sekarang, ramai suami yang tidak setia. Yakinlah selagi mana perut suami anda boroi dan badannya juga gemuk, itulah tanda dia setia.

Lazimnya, jarang ada wanita muda yang mahu lelaki seperti itu melainkan jika dompetnya juga benar-benar boroi dan gemuk!

10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp



KUALA LUMPUR: Facebook membeli aplikasi WhatsApp, perkhidmatan mesej yang berkembang pesat pada harga lebih daripada $16 bilion dalam bentuk tunai dan saham.

Namun, Facebook dan WhatsApp tetap akan beroperasi dan mempunyai ahli lembaga bersasingan. WhatsApp juga mempunyai 450 juta pengguna aktif setiap bulan.

"Pengambilalihan ini menyokong misi bersama Facebook dan WhatsApp untuk mewujudkan lebih banyak rangkaian dan utiliti kepada dunia dengan menyediakan perkhidmatan Internet teras yang cekap dan sesuai dengan kemampuan," dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Facebook.

Syarikat pembangun Candy Crush mahu apungkan saham

LONDON: Pembangun permainan video popular Candy Crush, King Digital Entertainment hari ini mengumumkan hasrat untuk menawarkan terbitan saham awam (IPO), sekali gus menyenaraikan syarikat itu di Bursa Saham New York.

Lebih sejuta pengguna terdiri daripada remaja mahupun pesara menggunakan aplikasi permainan video itu yang memerlukan pemain menyusun tiga gula-gula berbentuk sama pada paparan skrin komputer dan telefon pintar masing-masing.

Syarikat berkenaan sudah menyerahkan cadangan penyenaraian IPO itu kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat itu berhasrat menyenaraikan saham di papan utama Bursa Saham New York menggunakan simbol KING.

Berdasarkan kepada jangkaan yang dikeluarkan SEC, syarikat itu berharap dapat melonjakkan sahamnya kepada AS$500 juta.

Candy Crush bermula sebagai satu daripada permainan di laman sosial, Facebook pada 2012 yang boleh dimainkan secara dalam talian atau di telefon pintar.

Permainan ini boleh dimuat turun secara percuma tetapi pemain boleh membayar untuk ciri tambahan bagi membantu mereka melepasi halangan hingga peringkat ke-500 permainan.

Penganalisis permainan video di firma perundingan dan penyelidikan digital (IDATE), Laurent Michaud, berkata ia adalah perniagaan bersaiz sederhana, dengan model perniagaan global.

“Perniagaan mereka sudah berkembang dengan pesat. Tawaran Awam Permulaan (IPO) adalah hasil kepada pembangunan antarabangsa mereka,” katanya.

Berdasarkan kepada kajian IDATE, Candy Crush merekodkan kira-kira 700 juta sesi permainan dan jualan harian syarikat itu meningkat kepada AS$850,000.

Menurut soal selidik terhadap pemain Candy Crush tahun lalu, 30 peratus daripadanya mengakui ketagih dengan permainan itu manakala 67 peratus menyatakan bahawa ia memberi kesan terhadap cara kehidupan mereka.

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan firma Ask Your Target Market mendapati suku daripada jumlah pemain membelanjakan wang mereka untuk permainan itu. -AFP

Anak tak duduk diam, apa anda lakukan?

Satu hari seorang ibu muda telah menelefon saya. Suaranya kedengaran penuh kerisauan dan mula bercerita akan resah hatinya.

Katanya, dia mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun dan sangat aktif. Menurutnya anak itu hiperaktif. Guru kelas juga mengatakan anaknya hiperaktif.

Oleh kerana risau dia telah membawa anaknya berjumpa doktor, yang turut mengesahkan anaknya hiperaktif dan memberi ubat untuk mengurangkan keaktifan anak itu.

Saya tertanya dalam hati, mengapa menghubungi saya jika dia telah berjumpa doktor dan disahkan anaknya sebagai hiperaktif.

Ibu muda itu berkata, mengikut doktor, jika ubat itu diambil berterusan akan memberi kesan buruk kepada anaknya. Lagi pun doktor tersebut bukan seorang pakar dalam attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).

Dia serba salah, hendak dibiar, anak itu terlalu aktif. Hendak diberi makan ubat, kata doktor ada kesan buruk pada jangka panjang.

Kesian mendengarkan resah hatinya, saya menawarkan diri untuk berjumpa anaknya. Dengan syarat anak itu tidak diberi ubat untuk satu hari sebelum dibawa berjumpa saya. Saya ingin melihat sejauh mana kuatnya hiperakif anak itu.

Dipendekkan cerita, hari saya berjumpa anak itu, saya telah menyuruh ibu berkenaan membiar anaknya bermain di sekitar tempat kami berbual. Suami beliau pun ada bersama.

Si ibu dengan penuh prihatin menceritakan perihal anaknya. Sambil mendengar luahan hati si ibu, saya mengikuti pergerakan si anak lelaki itu dengan ekor mata.

Setelah lebih kurang setengah jam bersembang, saya bertanya si ibu adakah dia memberi anaknya makan ubat dalam masa 24 jam sebelum berjumpa saya. Si ibu berkata tidak.

Saya bertanya begitu kerana selama setengah jam di hadapan saya, anak itu adalah seorang anak lelaki yang aktif dan bukan hiperaktif seperti yang dikatakan.

Anak itu cuma aktif, suka bergerak dan bermain lasak seperti mana-mana kanak-kanak lelaki seumur itu. Saya juga melihat anak itu boleh fokus bermain sesuatu mainan. Anak matanya boleh fokus melihat sesuatu.

Lalu saya bertanya mengapa si ibu mengatakan dia seorang hiperaktif? Mengikut beliau, anak perempuannya, iaitu anaknya yang kedua, boleh duduk diam dan tidak melompat ke sana ke mari seperti anak lelakinya.

Mendengar penjelasannya, saya lalu mengambil tangannya dan berkata: "Puan, anak lelaki sememangnya lebih aktif daripada anak perempuan. Lagi satu kemungkinan anak ini juga belajar dengan cara melakukan dan bergerak, iaitu modaliti pembelajarannya ialah kinesthetik. Apa yang saya lihat anak ini bukan hiperaktif, dia cuma aktif dan banyak tenaga."

Dia kemudian bertanya, perlukah diteruskan pengambilan ubat tersebut? Saya beritahunya: "Pilihan itu di tangan puan dan suami. Jika benar anak ini hiperaktif setelah disahkan oleh doktor yang pakar dalam bidang itu, maka cari ubatan yang tidak meninggalkan kesan yang buruk."

Jika tidak, janganlah diseksa anak itu dengan ubat yang tidak perlu dia ambil. Ubat yang paling mujarab untuknya adalah memberi dia ruang bermain lasak dan aktif setiap hari.

Jika keterlaluan aktifnya, kurangkan gula dalam pemakanannya dan elakkan minuman bergas. Bacalah lebih mendalam mengenai keadaan hiperaktif ini.

Mengapa saya membawa kisah ini? Pertama, kerana perkataan atau terminologi hiperaktif ini terlalu mudah digunakan tanpa kefahaman yang jelas.

Apabila melihat anak tidak tahu duduk diam, cepat sahaja dia dikatakan hiperaktif.

Perkataan itu digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memahami kesan psikologi kepada anak itu.

Perkataan hiperaktif membawa kesan negatif, seolah-olah satu penyakit dan suatu yang tidak disukai. Bayangkan seorang anak yang aktif digelar hipeaktif, bagaimana agaknya pandangannya kepada dirinya.

Kita mahukan anak-anak yang berkeyakinan, tetapi kita ragut keyakinan itu dengan gelaran yang merudumkan imej dirinya.

Anak yang suka bergerak dan bermain, melompat ke sana ke mari adalah anak yang sihat dan aktif. Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik serta koordinasi badannya bagus.

Lagipun kita mesti ingat, badannya kecil, jadi dia tidak cepat letih bebanding kita orang dewasa yang badan besar. Kita bergerak sikit sudah letih, sebab kita perlu membawa badan yang lebih besar maka tenaga yang diambil juga lebih banyak.

Anak kecil badannya ringan dan apabila dia bergerak, dia tidak banyak memerlukan tenaga. Oleh itu untuk memastikan tenaganya digunakan dengan baik, maka dia perlu bergerak.

Bukankah kita dahulu pun begitu semasa kecil. Kita memanjat pokok, mandi sungai dan banyak lagi. Anak-anak sekarang ini terutamanya yang di bandar, kebanyakan terperangkap dalam rumah yang berjeriji.

Kita perlu melakukan sedemikian demi keselamatan mereka, dalam masa yang sama jika mereka itu agak terlebih aktif. Maka fahamilah dan berilah mereka aktiviti yang dapat menggunakan tenaga mereka.

Jika terlalu kerap disuruh duduk diam, lama-kelamaan mereka akan menjadi malas dan apa yang mereka suka lakukan makan dan bermain permainan video. Lama-kelamaan anak membesar menjadi kanak-kanak yang gemuk dan pemalas.

41

Peluang lihat kekuasaan ALLAH

Matahari  
- Sekadar gambar hiasan

BALIK PULAU - Tiada kata-kata yang mungkin dapat digambarkan apabila berpeluang melihat sendiri kejadian matahari terbenam dengan jarak yang lebih dekat.

Peluang itu diperoleh penulis ketika berkunjung ke Pusat Falak Sheikh Tahir di Pantai Acheh Balik Pulau.

Pusat yang dibuka secara percuma kepada orang ramai itu terletak kira-kira 24 kilometer dari Georgetown.

Menjadi stesen penyelidikan astronomi dan sains atmosfera bersama antara Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia (USM), pusat cerapan itu terletak di lokasi yang mempunyai pemandangan semula jadi indah dan mengagumkan.

Ia dibuka secara rasmi pada 30 Rabiulawal 1412H bersamaan 9 Oktober 1991, bertujuan memenuhi keperluan saintifik dalam bidang kritikal seperti kalendar Islam, kajian senja, pemupusan dan pembiasan atmosfera, anak bulan serta perkara yang berkaitan dengannya.

Mempunyai kemudahan kubah cerapan, teleskop penjejak, kemudahan penginapan, dewan syarahan Ulugh Begh, galeri pameran As-Sizji, bilik planetarium, surau dan juga tandas yang selesa, menghabiskan masa seharian di situ sesungguhnya amat berbaloi.

Pengunjung, Nadzirah Mohd Alwi berkata, dia begitu teruja apabila melihat keadaan matahari terbenam selain berpeluang mencerap bulan untuk takwim kalendar Islam.

“Lebih menarik apabila kakitangan di sini memberikan penerangan yang begitu menarik mengenai kejadian ALLAH SWT khususnya keajaiban alam semesta ini.

“Selain hanya mendapat ilmu pengetahuan, sebenarnya kedatangan kita ke pusat
falak ini juga mampu mewujudkan rasa insaf dalam diri mengenai kebesaran ALLAH SWT,” katanya.

Cerap waktu Maghrib

Ketua Bahagian Falak Syarie di Jabatan Mufti Pulau Pinang, Mohd Jais Anuar Ahmad berkata, beliau bersama dengan beberapa kakitangannya akan mencerap bulan Islam bagi melihat ketepatannya.

Menurut beliau, kebiasaannya cerapan akan dilakukan pada waktu Maghrib memandangkan itu adalah saat terbaik untuk melihat anak bulan.

“Orang ramai dialu-alukan untuk turut serta bersama kami untuk mencerap anak bulan mahupun menyertai pelbagai aktiviti bersama dengan kami.

“Malah ia turut dibuka kepada pelajar sekolah dan juga penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT), kakitangan kami juga akan mengadakan bengkel secara percuma untuk memberi maklumat lebih lanjut,” katanya.

Sheikh Tahir ilmuwan falak terkenal

Nama pusat falak di sini diberikan sempena nama Syeikh Tahir Jalaluddin adalah anak Melayu Minangkabau yang telah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu.

Di belakang namanya kerap disunting perkataan ‘Al-Azhari, Al-Falaki Assyahir’ iaitu bererti keluaran Universiti al-Azhar di Mesir dan seorang ahli falak yang terkenal.

Syeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu pada 1899 dan mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis Perak dari suku Rawa, bernama Aishah Mustafa.

Sebagai seorang ahli falak, beliau sering berdepan dengan persoalan bagi menentukan tarikh berpuasa dan hari raya.

Memandangkan betapa beliau menitikberatkan arah kiblat bagi syarat sah solat orang Islam, Syeikh Tahir pernah dilantik Sultan Perak, Sultan Idris Shah untuk menjadi pemeriksa kiblat di seluruh Perak.

Syeikh tahir turut pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat banyak mihrab masjid yang tidak sehala dengan arah kiblat.

Berikutan timbulnya kekeliruan dengan hala kiblat masjid, Syeikh Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan dua buku Pati Kiraan bagi menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat dengan Logaritma diterbitkan pada 1938.

Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari arah kiblat, dan wajib pula menyebarkan pengetahuannya itu.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Pusat Falak Sheikh Tahir di Pantai Acheh ini bolehlah menghubungi Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Pulau Pinang menerusi talian 04-2630634 atau 04-6505453.

Facebook beli WhatsApp RM52 bilion


facebook

MENLO PARK - CALIFORNIA. Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion).

Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook.

Perjanjian dibuat termasuk menyediakan tambahan ($3 bilion) di unit saham terhad sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan diberikan tempoh lebih empat tahun untuk penutupan, kata Facebook dalam satu kenyataan medianya.

WhatsApp telah menguasai perkhidmatan pesanan mobil dengan lebih 450 juta penggunaan setiap bulan.

Pengambilalihan ini berkongsi misi untuk membawa lebih sambungan dan utiliti kepada dunia dengan menyampaikan perkhidmatan internet teras dengan cekap dan mampu milik.

"WhatsApp dalam rangka untuk menyambungkan 1 bilion orang. Perkhidmatan yang mencapai kejayaan yang sangat berharga.

"Saya telah mengenali Jan (Jan Koum) sejak dulu dan saya teruja untuk bekerjasama dengan beliau serta pasukannya bagi membuka dunia lebih luas," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Pengasas WhatsApp, Jan Koum berkata, pihaknya juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mark dan Facebook.

Apabila MAK, AYAH atau ANAK yang SEMBELIT.. apa puncanya?

Dr Zubaidi Hj Ahmad

SEMBELIT PUNCA DARI PEMAKANAN

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”

Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.

Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk memberikan lebih banyak buah, serat dan jus buah-buahan.

Kanak-kanak yang makan banyak makanan ringan, dan makanan yang rendah serat dan tinggi lemak, boleh mengalami masalah sembelit yang kronik.

klik sini utk penerangan
Ubat dari klinik seperti ubat lactulose sebagai pelembut najis, hanya boleh diberikan sebagai langkah awal sebelum anak puan membiasakan dengan cara pemakanan yang baru.

Malaysia alami cuaca kering bukan kemarau

awan

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak dilanda kemarau sebaliknya sedang mengalami cuaca panas, kata Timbalan Ketua Pengarah (Strategi dan Teknikal), Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Dr Rosaidi Che Abas.

Beliau berkata, cuaca panas dengan suhu purata antara 34 dan 36 darjah selsius di kebanyakan negeri di Semenanjung sekarang mengakibatkan keadaan kering mengikut tafsiran meteorologi.

"Keadaan cuaca panas dan kering pada setiap Januari dan Februari merupakan situasi normal di negara ini... apa yang kita alami sekarang belum lagi tahap kemarau.

"Sekiranya kemarau berlaku, pihak meteorologi akan mengeluarkan amaran waspada kepada orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pembenihan awan bagi menghasilkan hujan, Dr Rosaidi berkata memandangkan Malaysia sekadar berdepan cuaca kering dan bukannya kemarau, proses itu tidak perlu dilakukan.

"Daripada pemerhatian (JMM), belum ada keperluan (pembenihan awam). Lagipun, keadaan sekarang cuma cuaca kering dan belum pada tahap kritikal...keadaan sama macam tahun lepas.

"Bagaimanapun, pihak kami sedia pada bila-bila masa jika diminta membuat pembenihan awan," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Sumber Air, Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Nor Asiken Alias berkata paras air di semua empangan kendalian jabatan itu mengalami penurunan di bawah paras normal sejak pertengahan bulan lepas.

"Namun, penurunan paras air ini masih belum melebihi paras minimum," katanya.

Beliau berkata sebarang penyusutan paras air di empangan kendalian JPS akan dipantau dan dimaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk tindakan. - Bernama

Panduan menjaga bateri kereta dan bila perlu ditukarnya

bateri kereta arenakereta

Bateri kereta – bila kita perlu tukarnya?

Bateri kereta , komponen senyap pasukan automotif kita. Ia melakukan tugasnya tanpa mengira panas, dan sejuk. Walaupun bateri yang membolehkan enjin kereta dihidupkan seawal kunci kereta dimasukkan adalah satu perkara yang mengembirakan, namun, ia tidak kekal selamanya .

Malah , bergantung kepada di mana kita tinggal dan bagaimana kita memandu, keadaan sistem pengecasan kita, dan beberapa faktor lain , bateri kereta di Malaysia mampu bertahan kira-kira 2 tahun secara purata. Dan apabila ia “kong”, biasanya tanpa apa-apa tanda, kereta kita tidak dapat dihidupkan.

Walaupun asid plumbum dalam bateri kereta tidak banyak berubah dalam 100 tahun yang lalu , ia masih sukar diperiksa semasa penyelenggaraan rutin. Alat penguji bateri biasa buat masa ini masih tidak boleh membaca kerumitan kimia yang berlaku di dalam bateri . Sebaliknya , alat ini hanya menyediakan satu bentuk gambaran bateri pada masa yang ia sedang diuji – tanpa mengira konteks komposisi kimia bateri sebelum atau selepas ujian.

Jadi apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah kita mempunyai kira-kira dua tahun sebelum bateri kita “kong”, atau pun mungkin lebih awal dari itu.

Jangka hayat biasa Bateri Kereta

Apabila bercakap pasal penyelenggaraan kenderaan, “biasa ” adalah ditentukan oleh beberapa faktor yang wujud dalam teori tetapi jarang berlaku. Sebagai contoh , bateri yang mempunyai jangka hayat purata dua hingga empat tahun di bawah keadaan biasa. ” Normal” dalam kes ini bermakna bateri akan melalui kitaran cas penuh, tidak tertakluk kepada suhu yang melampau , dilampirkan kepada sistem mengecas dipercayai dan konsisten dan tidak menyediakan kuasa untuk satu tan aksesori. Lihat , normal adalah tidak normal ! Dalam dunia sebenar , suhu melampau , getaran, perjalanan pendek dan jumlah peranti dalam kereta semakin meningkat seperti pemain MP3, penerima GPS dan peranti lain mengambil jus daripada bateri.

Jika kita biasa lihat bateria kereta asid plumbum bebas penyelenggaraan , adalah mudah untuk kita fahami mengapa faktor-faktor ini menjejaskan hayat bateri biasa. Di dalam kotak plastik itu terdapat plat plumbum dan plumbum dioksida. Plat yang tergantung dalam campuran air dan asid sulfurik , yang menghasilkan campuran untuk elektrolisis . Cecair ini membolehkan elektron mengalir antara plat , yang kita kenali sebagai elektrik, karen, cas atau kuasa bateri.
bateri kereta2 arenakereta bateri kereta3 arenakereta

Pelbagai faktor boleh mengganggu tindak balas kimia ini. Getaran dari perjalanan kasar atau bateri yang tidak dipasang dengan betul boleh bergoncang lalu melonggarkan dan merosakkan plat. Haba yang melampau mempercepatkan tindak balas kimia, memendekkan hayat bateri, manakala suhu sejuk melampau pula kadang-kadang boleh memanjangkan hayat bateri dengan memperlahankan tindak balas ini. Inilah sebabnya mengapa sesetengah bateri dilindungi oleh sarung penebat untuk mengekalkan suhu yang melampau. Tidak hairan mengapa di sesetengah negara yang sejuk, baterinya boleh tahan empat tahun, tetapi di Malaysia, bateri tahan setahun setengah pun sudah cukup baik, bukan?

Pemanduan juga boleh menjejaskan tindak balas ini. Menghidupkan kereta mengambil sentakan besar tenaga elektrik , jadi sistem pengecasan perlu masuk campur untuk menambah kuasa bateri. Jika kita melakukan perjalanan pendek (ke kedai runcit tepi rumah) dan berterusan melakukan banyak perjalanan seperti ini , bateri tidak dapat dicas sepenuhnya. Keadaan “undercharged” yang berterusan menghasilkan stratifikasi asid. 

 Di dalam bateri, campuran elektrolisis pergi dari komponen yang sama. Separuh atas cecair adalah asid ringan, di bahagian bawah pula adalah asid berat. Lapisan asid ringan akan mula mengakis plat , dan cecair asid berat akan mula mengimbangi keperluan elektrik kereta dengan bekerja lebih kuat daripada apa yang ianya direka untuk bekerja . Hasilnya adalah hayat bateri yang lebih pendek, walaupun bateri masih dipaparkan bekerja seperti biasa di papan pemuka atau alat penguji bateri.

Tanda-tanda Bateri Kereta yang bermasalah

Tanda yang paling jelas ialah bateri yang mati, kong . Walau bagaimanapun, kerana bateri adalah sebahagian daripada sistem yang lebih besar berkaitan dengan bahagian-bahagian lain dalam kereta, bateri yang mati mungkin menunjukkan masalah yang lebih mendalam daripada ketiadaan cas. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan komponen lain dalam sistem elektrik, contohnya alternator yang lemah, akan menyebabkan bateri mengeluarkan output tenaga yang kurang daripada yang sepatutnya.

Cara terbaik untuk menguji bateri adalah dengan penguji elektronik yang boleh didapati di kedai-kedai automotif dan juga kedai auto . Dipasangkan ke bateri, penguji elektronik ini memberikan gambaran keadaan semasa bateri. Ujian ini perlu dijadikan sebahagian daripada penyelenggaraan rutin dan sepatutnya dilakukan setiap kali kita tukar minyak hitam .

Bateri itu sendiri memberi petunjuk lain menjelang kematiannya. Yang pertama ialah umur. Jika bateri berusia lebih daripada setahun, kita boleh jangkakan masalah akan timbul. Kedua, lihat cara pemanduan anda. Ingat, perjalanan pendek dan jangka masa yang tidak aktif akan mengurangkan jangka hayat bateri. Ketiga, lihat bateri itu sendiri. Kakisan atau kotoran bermakna terdapatnya kebocoran. 

Jika bateri dilindungi penutup, keluarkannya sekali-sekala untuk melihat apa yang berlaku di bawahnya. Jangan lupa untuk memeriksa pembentukan sekitar terminal juga. Kita boleh membersihkan pembentukan itu dengan baking soda dan air, dan jangan lupa untuk memakai sarung tangan semasa bekerja. Ingatlah bahawa campuran elektrolisis adalah asid sulfurik , yang tidak lembut pada kulit. Akhir sekali , cuba hidu bau bateri. Beri perhatian kepada bau yang seakan-akan bau telur busuk( sulfur) atau bau  bateri yang terlampau panas (hangit).

Semoga nukilan info ini memberi manfaat sedikit sebanyak kepada warga AK. Jumpa lagi di nukilan info yang lain!

SUMBER : HSW(Auto)

9 Sebab Mengapa Manusia Jangan sekali-kali lakukan Seks Oral

1. HPV in Women Causes Throat Cancer in Men
Dalam masyarakat hari ini , orang-orang perlu berurusan dengan banyak harapan tidak bertulis apabila dalam hubungan dengan seorang wanita. 

Satu apa-apa jangkaan adalah untuk melaksanakan cunnilingus pada sesuka hati wanita. Walau bagaimanapun , saya di sini untuk memberitahu anda bahawa minda adalah satu kesilapan . Malah , lelaki tidak boleh melakukan seks oral .

Saya sedar ini bertentangan dengan semua yang anda pernah dengar - tetapi apabila anda mengkaji semua bukti ini, saya jamin anda akan bersetuju dengan saya.

Bersedia untuk anda fikiran untuk ditiup ? Di sini ialah mengapa seorang lelaki mesti mengelakkan untuk melakukan oral seks ini.

Untuk melihat semua ini sembilan sebab saya berikan:

1. HPV dalam Wanita Punca Kanser Tekak di Lelaki

Satu kajian baru telah dikaitkan kanser tekak pada lelaki untuk strain tertentu HPV hadir dalam peratusan besar wanita. Bagaimana HPV masuk ke dalam tekak untuk menyebabkan keganasan ini? Cunnilingus. Malah , pelakon Michael Douglas adalah tentang rekod sebagai berkata seks oral adalah sebab mengapa beliau membangunkan kanser tekak. Jika dia akan mengambil nasihat ini untuk mengelakkan seks oral, dia tidak akan sedang sekarat .

2. Lain-lain Penyakit Seksual di Wanita Boleh Sebarkan untuk Lelaki

Kebanyakan setiap penyakit seksual yang hidup dalam faraj wanita boleh melakukan perjalanan ke mulut lelaki - termasuk segala-galanya daripada HIV kepada herpes dan dari gonorea untuk sifilis.

3. Penyakit Tidak Seksual di Wanita Boleh Sebarkan untuk Lelaki.

Walaupun penyakit faraj yang tidak kelamin - seperti jangkitan yis biasa - boleh bagi daerah oral seorang lelaki. Jangkitan yis , sebagai contoh, boleh bertukar menjadi kes maut kandidiasis lisan.

4. Penyakit Dari dalam faraj wanita Boleh tersebar kepada Lelaki.

Faraj manusia adalah hanya satu inci dari dubur. Jika perkara tahi perjalanan yang jauh di seluruh perineum ini ke wilayah di faraj dan kemudian memasuki mulut lelaki, senarai dobi penyakit merbahaya boleh berjangkit termasuk taun , demam kepialu , hepatitis dan Giardiasis .

5. Lain-lain Perkara Lelaki Kekal dalam faraj selama-lamanya

Apabila seorang lelaki mempunyai hubungan seks dengan seorang wanita , bahan biologi beliau kekal dalam faraj wanita - walaupun kondom digunakan. Walaupun faraj adalah pembersihan diri , proses untuk sepenuhnya membersihkan boleh mengambil beberapa bulan . Adakah anda benar-benar mahu bahan biologi orang lain dalam mulut anda? Dan jika anda berfikir anda berada dalam hubungan yang komited , dengan masa yang anda mengetahui wanita anda menipu pada anda , ia akan menjadi terlambat.

6. Faraj wanita adalah peka kepada zakar Centric Seks

Malah jika anda seorang ahli pedang induk , zakar anda tidak boleh bersaing dengan lidah anda dari segi mewujudkan rangsangan klitoris. Mengapa ? Jumlah rangsangan cunnilingus menyediakan adalah luar biasa. Fikirkanlah: Jika kelentit itu bertujuan untuk menerima rangsangan langsung yang banyak, alam akan meletakkan ia dalam dinding faraj dan bukannya di pinggir.

7. Wanita Akan Jatuh Cinta dalam masa sekejap sahaja.

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan kepada fakta bahawa lelaki merasakan keperluan untuk melakukan seks oral ke atas seorang wanita dalam usaha untuk menjaga wanita itu dari kesesatan .

Dan manakala strategi ini boleh berjaya dalam jangka pendek, ia akhirnya akan berakhir menjadi kegagalan. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan lidah anda , ia hanya menunggu masa sebelum dia jatuh daripada cinta dengan anda. Oleh itu , lebih baik untuk mencari wanita yang suka anda atas sebab-sebab yang mampan - seperti fikiran anda atau zakar anda.

8. Penguasaan dalam Hubungan kepada kaum wanita akan kelihatan hilang

Hubungan yang berjaya antara seorang lelaki dan seorang wanita mempunyai lelaki dalam peranan yang dominan. Penguasaan yang hilang masa ini lelaki mendapat atas lututnya untuk tunduk di hadapan perempuan dan melakukan seks oral.

9. Cunnilingus adalah Dadah Gerbang Lesbianism

Walaupun lelaki mencapai puncak keupayaannya pada seni cunnilingus, dia tidak boleh bersaing dengan pengetahuan intim fikiran yang perempuan menyediakan apabila melibatkan diri dalam aktiviti ini. Oleh itu, jika seorang wanita benar-benar suka seks oral, dia akan akhirnya mendapati dirinya di tangan lesbian. Fikirkan cunnilingus sebagai setanding dengan ganja dan lesbianism menjadi setanding dengan dadah tegar seperti heroin dan retak. Pintu masuk ini adalah yang terbaik yang perlu dielakkan .

Saya harap anda lelaki menyertai saya dalam menahan diri dari cunnilingus. Bersama-sama kita boleh membuat perbezaan dan menghentikan yang tidak bersih , amalan emasculating ini.

nukilan
chrisdaramola@gmail.com

Handphone punya pasal.. antara hamba ALLAH & HP yang mana pilihan anda?

http://1.bp.blogspot.com/_K2xjid1joyA/S92Encfc9mI/AAAAAAAAADE/49cxgqRN1Ac/s400/illustration-orange-handphone-thumb3575446.jpg
HP PUNYA PASAL???!

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:

Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.

Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang tasbih.

Kami lebih banyak baca sms dripda baca Al Quran

Kami lebih sering menelefon dripda Silaturahim.

Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud.

Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini.
Dan semoga HP yg kami miliki ini dpt digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.

Amin....

Kata guru:

Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...

Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...

Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...

Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..

Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..

Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

[Teguran ini menyusuk sungguh..]

Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal xdop benda pon.. ats alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpd-Nya...

Denmark haramkan sembelih cara Islam, Yahudi


Kambing 
 Gambar Hiasan

DENMARK - Denmark akan mengharamkan penyembelihan haiwan ikut cara Islam dan tradisional Yahudi.

Kerajaan Denmark menerusi Kementerian Pertanian dan Makanannya akan mengharamkan kaedah penyembelihan haiwan mengikut cara tradisional Yahudi dan Islam berikutan langkah-langkah yang sama telah pun dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.

Oleh itu satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu semua haiwan yang akan disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi.

Ini bermakna umat Islam dan orang-orang Yahudi yang tinggal di Denmark tidak lagi akan dapat membeli daging mereka daripada penjual daging tempatan, dan mereka perlu membeli daging halal yang diimport.

Kementerian itu berpendapat bahawa kaedah penyembelihan cara Islam dan Yahudi adalah tidak beretika dan hak keagamaan tidak mengatasi hak asasi haiwan.

Walau bagaimanapun , umat Islam dan Yahudi menegaskan bahawa kaedah penyembelihan mereka menyebabkan penderitaan yang minimum kepada haiwan.

Pesuruhjaya Eropah untuk Kesihatan, Tonio Borg, mengutuk larangan itu dengan berkata ia " bercanggah dengan undang-undang Eropah."

Menteri Pertanian dan Makanan Karen Hækkerup pula menyedari bahawa orang Islam dan orang-orang Yahudi kecewa dengan peraturan baru ini , tetapi menegaskan bahawa kementerian tidak akan mengubah dasarnya.

Jawapan Pengadil apabila pemaih SARAWAK mengatakan beliau keluarkan ayat lucah


‘YOU’ SELALU KACAU...


Kuala Lumpur: Pengadil perlawanan, Sukri Abdul Rahman hanya menyebut ‘you selalu kacau’, tetapi pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang Tie mungkin tersalah dengar seolah-olah perkataan itu berbaur lucah.

Itulah makluman awal yang diterima Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Astaman Abdul Aziz berhubung dakwaan Kalang bahawa Sukri mengeluarkan kata-kata lucah terhadapnya ketika mahu bersalaman selepas tamat perlawanan Liga Super antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, Kuching, Sabtu lalu.

Apa pun, katanya sekiranya dakwaan itu benar, pihaknya tetap akan mengambil tindakan terhadap pengadil terbabit.

“Saya difahamkan Sukri menyebut ‘you selalu kacau’ namun pemain berkenaan mungkin salah dengar.

Tidak rujuk laporan media

“Apa pun, kalau ada kesalahan etika kami akan ambil tindakan tetapi kami tidak akan merujuk kepada laporan media,” katanya semalam.

Apabila pengadil didakwa mengeluarkan perkataan lucah ditengah padang

FAM belum terima aduan

FAM belum terima aduan  
Sukri (kiri) didakwa mengeluarkan perkataan lucah kepada Joseph Kalang Tie (kanan).

JAWATANKUASA Pengadilan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum menerima aduan rasmi Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) berhubung dakwaan pengadil mengeluarkan perkataan lucah kepada pemain pasukan Bujang Senang pada perlawanan Liga Super menentang Perak, Sabtu lepas.

Akhbar tempatan semalam melaporkan FAS akan menghantar aduan rasmi kepada FAM berikutan tindakan pengadil Sukri Abdul Rahman yang didakwa menyebut perkataan lucah kepada pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang Tie sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan skuad Bujang Senang menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Negeri, Kuching.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, FAM tidak boleh mengambil tindakan lanjut berdasarkan laporan akhbar semata-mata.

“Kita tidak boleh ambil sebarang tindakan dengan hanya membaca laporan akhbar tanpa mendapat aduan rasmi daripada pasukan terlibat terlebih dulu. Namun, kita akan melakukan siasatan jika terdapat kes,” katanya.

Awas !! Ada penyangak berlakon jadi pegawai TNB datang untuk pasang modem di meter

IT - 3 aplikasi percuma untuk sunting dokumen


http://environet.ie/sites/environet.ie/files/Kingsoft-Office-2012-Professional_0.jpg
APLIKASI penyuntingan dokumen amat berguna untuk pekerja pada era teknologi ini.

Berbanding menggunakan komputer riba ketika mesyuarat, lebih ramai pekerja hari ini menggunakan tablet dan telefon pintar untuk tujuan kerja.

Jadi, pasti ramai yang inginkan aplikasi yang boleh digunakan untuk mencatat, menyunting dan membuka dokumen menggunakan peranti mudah alih mereka.

Jika menggunakan peranti berasaskan Windows, anda boleh menggunakan perisian Microsoft Office yang ditawarkan bersama-sama peranti Windows.

Tetapi bagaimana pula jika anda menggunakan peranti berasaskan Android atau iOS?

QuickOffice

QuickOffice merupakan salah satu alternatif yang kami minati.

QuickOffice kini dimiliki oleh Google, yang mana anda boleh buat penyuntingan pelbagai jenis dokumen tanpa sebarang masalah, dan pada masa sama menggunakan Google Drive untuk sync dokumen berkenaan ke komputer atau untuk berkongsi dengan rakan sekerja yang lain.

QuickOffice ditawarkan secara percuma dan membolehkan pengguna membuka fail berbentuk Word, Excel dan juga PowerPoint tanpa sebarang masalah.

Kingsoft Office

Bagi yang menggunakan sistem komputer Windows, mungkin meminati Kingsoft Office yang hadir dengan rekaan seumpama Microsoft Office, tetapi ditawarkan secara percuma.

Kingsoft Office ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android dan iOS, bagi digunakan dalam penyuntingan dokumen mereka. Seperti QuickOffice, Kingsoft Office turut menyokong format popular, di samping membawakan sokongan untuk dokumen PDF.

Kingsoft Office dilihat memberi lebih banyak pilihan format penyuntingan, sesuai untuk mereka yang membuat pelbagai tugasan pejabat pada peranti mudah alih mereka.

Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk sync dengan perkhidmatan seperti Dropbox, Box, Google Drive dan sebagainya.

Quip

Berbeza dengan QuickOffice dan juga Kingsoft Office, Quip lebih memfokuskankepada penyuntingan dokumen secara berkumpulan pada peranti mudah alih.

Selain membolehkan pengguna membuat penyuntingan, ia turut hadir dengan sokongan permesejan yang membolehkan pengguna berbincang perkara berkaitan dokumen dalam bentuk masa nyata. Untuk mesej, ia memerlukan akses Internet tetapi selain itu, Quip boleh digunakan tanpa Internet.

Semua perubahan yang dilakukan akan diselaras secara automatik apabila peranti dihubungkan ke Internet kembali.

Messi mungkin tinggal Barca sertai The Citizens

http://www.golcatracho.com/wp-content/uploads/2012/12/lionel-messi.png 

Manchester: Pablo Zabaleta mendesak Leonel Messi supaya menyertainya di Manchester City dan mendakwa bintang Barcelona itu pernah bertanyakan kepadanya mengenai kehidupan di Manchester.

Zabaleta yang ditugaskan untuk menyekat rakan sepasukannya dalam skuad Argentina itu pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini, mengakui dia memasang impian untuk melihat Messi dapat meneruskan kecemerlangannya di Etihad.

Habis masa 3 tahun

Menurut Zabaleta, jika benar Messi mahu meninggalkan Nou Camp, sudah pasti City menjadi pilihan utama dan dia begitu gembira sekiranya impian itu menjadi realiti.

“Ya, saya ada bercakap dengan Leo mengenai City,” kata Zabaleta. “Ketika bercuti di Barcelona, saya berkunjung ke rumahnya dan semua orang bercakap mengenai pemilik City yang baru dan kemampuan kewangannya.

‘Porno makanan’ ditegah


Paris: Jika anda cuba untuk mengambil gambar hidangan makan malam anda di restoran mewah Perancis selepas ini, jangan terkejut jika seorang chef menyerbu keluar dari dapur dengan marah.

Bosan dengan sikap sesetengah pengunjung yang merakamkan gambar melalui telefon pintar mereka untuk dimuatkan dalam rangkaian sosial, beberapa restoran pilihan Michelin Perancis ini cuba untuk menghalang apa yang disifatkan mereka sebagai ‘porno makanan’.

Penulis blog makanan dan beberapa chef bagaimanapun mempertahankan gambar terbabit sebagai publisiti percuma tetapi bagi kebanyakan chef mereka menyifatkan perkongsian itu sebagai ‘melampau.’

Rehat untuk pelanggan

“Ada sesuatu tempat dan masa untuk semuanya,” kata Alexandre Gauthier, chef di La Grenouillere di bandar utara La Madelaine-sous-Montreuil.

“Kami cuba memberikan pelanggan kami rehat seketika dalam hidup mereka. Untuk itu, anda perlu menutup telefon bimbit anda,” katanya.

Sebaik mengenakan larangan mengambil gambar di restorannya secara rasmi, Gauthier meletakkan imej kamera dengan tanda palang pada menu beliau.

“Orang ramai kini tidak mahu berenggang dengan telefon,” katanya. “Sebelum ini mereka mengambil gambar keluarga, nenek tetapi kini gambar makanan pula,” katanya.

“Ia tidak mengapa, tetapi kami adalah sebuah restoran yang tidak menggunakan lampu terang, jadi mereka terpaksa menggunakan ‘flash’. Setiap hidangan akan ‘menghentikan segala-galanya’ atau gambar diambil semula hingga tiga kali.

“Ia kemudian dihantar ke Twitter, komen dibuat dan dibalas tetapi akhirnya hidangan menjadi sejuk.”

Gilles Goujon, chef di L’Auberge du Vieux Puits yang dianugerahkan tiga bintang di bandar selatan Fontjoncouse berkata beliau semakin kecewa dengan kelemahan etika di kalangan jurugambar makanan amatur ini.

Katanya gambar makanan terbabit ‘menghilangkan kejutan’ sesetengah hidangan beliau dan ‘merampas sedikit harta intelektual’ beliau.

Itu belum termasuk gambar yang diambil daripada telefon yang ‘tidak terlalu pintar’ yang hasilnya jarang sekali baik.

“Ia tidak memberikan imej terbaik kerja kami. Malah menjengkelkan,” katanya.

“Sukar untuk melarang sebenarnya. Saya cuba mencari cara terbaik untuk mengatakannya melalui menu tetapi belum menemui formula terbaik untuk membuatkan orang ramai tidak marah,” kata Goujan.
AFP

mengalami masalah kembung perut, angin dalam abdomen

Dr Zubaidi Hj Ahmad

http://www.venusbuzz.com/wp-content/uploads/bloated-stomach-food.jpg
MASALAH ANGIN DALAM ABDOMEN

“Assalamu alaikum. Doktor saya ingin bertanya, saya mengalami masalah kembung perut, terutama di waktu pagi dan akan reda apabila saya buang air besar dan kentut. Saya telah menjalani pemeriksaan OGDS dan doctor mengatakan bahawa saya tidak mengalami masalah luka dalam perut. Jadi bagaimana saya boleh ada angina dalam perut saya sehingga saya boleh kembung setiap pagi?. Mohon pencerahan”

Wa alaikum mus salam.

Masalah angin dalam abdomen boleh menyebabkan seseorang berasa tidak selesa sehingga mengganggu aktiviti seharian.

Dalam keadaan normal, sememangnya terdapat angin dalam saluran pernghadaman kita. Ini kerana terdapat bakteria dalam usus yang menentukan jumlah angin yang terdapat dalam seseorang individu.

Ini bermakna, seseorang itu tidak semestinya mengalami suatu penyakit yang serius untuk mengalami masalah ini.

Tetapi saudara telah melakukan langkah yang bijak apabila melakukan pemeriksaan OGDS dan saya juga mencadangkan agar melakukan pemeriksaan colonoscope, jika masalah kembung perut ini masih merisaukan saudara.

Bagi pesakit yang berumur 50an, pemeriksaan yang lebih teliti MESTI dilakukan bagi mengenalpasti bahawa masalah ini bukanlah disebabkan masalah yang lebih serius, seperti penyakit kanser usus.

Secara amnya, angin dalam perut boleh berpunca daripada dua sumber utama iaitu, PERTAMA udara yang ditelan iaitu apabila seseorang sedang makan atau minum.
Kebanyakan individu mengeluarkan semula udara yang dengan bersendawa. Sebahagiannya bergerak ke usus kecil dan sebahagiannya akan diserap, manakala setengahnya pula bergerak ke usus besar dan dikeluarkan melalui rektum sebagai kentut.

KEDUA Proses penghadaman makanan oleh bakteria di dalam usus besar pada makanan yang tidak dihadam.
Ketika proses penghadaman makanan, sesetengah karbohidrat seperti gula, kanji dan serat dalam usus kecil tidak dapat menyerap atau menghadamnya kerana kekurangan atau tiada enzim tertentu.

Makanan yang tidak dihadam ini bergerak dari usus kecil masuk ke dalam usus besar di mana bakteria akan menghancurkan makanan tersebut.

Makanan-makanan ini akan mengeluarkan gas hidrogen, karbon dioksida dan gas methane. Bagaimanapun kesemua gas ini akan dikeluarkan melalui rectum sebagai kentut.

Jadi jika doctor mengesahkan saudara tidak mempunyai masalah yang serius, saya mencadangkan saudara menjaga pemakanan dengan mengurangkan makanan yang kaya denga kerbohidrat tetapi banyak makan makanan yang mengandungi serat.

Wallahu a’lam.

http://drzubaidi.com/blog

Makanan yang akan menghasilkan angin dalam perut apabila kita makan

Dr Zubaidi Hj Ahmad

 http://media.viva.co.id/thumbs2/2012/11/09/179203_makanan-dan-minuman_663_382.jpg
MAKANAN YANG MENGHASILKAN ANGIN DALAM PERUT

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.

* Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.

* Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

* Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

* Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.

* Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.

Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.

* Seserat (fiber) yang mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus. Ia terdapat dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan.

Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan. Manakala seserat tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin.

http://drzubaidi.com/blog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts