Jambatan kedua Pulau Pinang dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdu Halim Mu'adzam Shah


 
http://mstar.com.my/archives/2014/2/27/sectionfocus/sf_jambatan.jpg
 http://3.bp.blogspot.com/-ORjWJW8V6wk/Uw_sIYSOkhI/AAAAAAAAEtk/uqRk4zEaDAY/s1600/IMG_89667964935294.jpeg

PM isytihar jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

GEORGETOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengisytiharkan jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdu Halim Mu'adzam Shah.

Pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Najib berkata demikian pada ucapan sempena merasmikan jambatan bekenaan yang dicatatkan sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara, di sini.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pengguna jambatan berkenaan tidak akan dikenakan tol dalam tempoh sebulan sebagai penghargaan kepada rakyat.[BH]

Status HALAL sembelihan ayam tiada penyelesaian, Kuasa siapa sebenarnya..!!

'Penguat kuasa tiada kuasa'
Dalam Islam, unsur meragukan atau syubhah wajar dielakkan, namun syubhah yang masih menghantui mereka di negara ini ialah kaedah dan proses penyembelihan ayam. 

Sejauh mana orang Islam mendapat ayam yang diyakini halal dan kenapa isu itu masih gagal ditangani sepenuhnya. Adakah puncanya kelompangan dalam peraturan dan penguatkuasaan?.

Keraguan umat Islam di negara in mengenai status halal haram ayam proses bukan perkara baru, namun sehingga kini belum ada penyelesaian mutlak kerana wujud kelompangan siapa benar-benar bertanggungjawab untuk menanganinya.

Apa beza mata lelaki, wanita

MUHAMAD MAT YAKIM

"HARAPKAN abang cari, sampai besok pun tak jumpa!" ataupun "kalau cermin mata tu ular, dah lama abang kena patuk!"

Jangan tidak mengakulah, saya percaya ramai suami pernah jadi sasaran kata-kata isteri yang seperti ini. Apa puncanya? Adakah ia semata-mata kerana lelaki selalunya tidak fokus, pemalas atau mengada-ada untuk mengharapkan isteri sahaja mencari barang hilang yang selalunya berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.

Yang peliknya, apabila isteri yang cari, mudah pula barang itu ditemui.

Sebenarnya, ramai yang tidak perasan bahawa apa yang berlaku ini bukan kebetulan tetapi disebabkan mata juga fokus otak lelaki dan wanita ketika memandang sesuatu sememangnya berbeza. Mata lelaki dan wanita dijadikan bukan sahaja tidak serupa malah tidak sama. Ini dinyatakan dalam buku Why Men Do Align Leftn’t Listen and Women Can’t Read Maps.

Pengkaji dan penulis buku itu, pasangan Allan dan Barbara Pearce menyatakan bahawa perbezaan itu bukan sahaja dari sudut biologi ataupun fizikal tetapi juga dalam bentuk kebiasaan yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun lalu.

Satu lagi contoh, lelaki biasanya akan menoleh dan memberikan masa yang lama untuk melihat wanita cantik yang lalu di hadapannya. Adakah wanita sebaliknya 'terpelihara' daripada berkelakuan seperti itu jika mereka dilintasi oleh lelaki kacak?

Sebenarnya tidak. Seperti lelaki, mereka juga ada keinginan yang serupa namun tindakan mereka disembunyikan oleh keupayaan mata mereka yang mampu melihat dalam liputan pandangan lebih 180 darjah.

Ini disebabkan mata wanita mempunyai lebih banyak sel jenis kon dalam retinanya yang tidak memerlukan mereka untuk menoleh untuk melihat sesuatu yang menarik perhatian.

Justeru dalam keadaan ini, wanita boleh menyembunyikan kenakalan mereka.

Dalam kes mencari barang hilang pula, sejak zaman primitif, tugas lelaki adalah memburu untuk mencari makanan manakala wanita menjaga anak-anak di tempat tinggal. Sebagai pemburu, lelaki dipersiapkan mata dan otaknya untuk melihat banyak objek dalam persekitaran yang sempit.

Dengan itu, otak mereka secara automatik akan menyempitkan penglihatan untuk menumpu kepada binatang buruan. Wanita pula yang menjaga tempat tinggal, otak mereka diprogramkan untuk memproses semua maklumat visual yang masuk di dalam lingkungan yang lebih luas.

Inilah yang memberi kelebihan kepada mereka untuk lebih mudah temui barang hilang berbanding lelaki.

Satu perkara lagi, mata lelaki mempunyai sel M yang lebih banyak berbanding mata wanita. Sel M adalah sel mata yang sensitif terhadap pergerakan manakala sel P adalah sel mata yang sensitif terhadap fokus mata.

Ini juga membantu kita untuk lebih memahami mengapa lelaki sering gagal mencari barang hilang terutama barang ‘mati’ yang tidak bergerak seperti dompet, kunci kereta dan sebagainya. Mereka sebaliknya lebih cekap mengesan binatang buruan yang bergerak sepantas kilat!

Sel P pula mendorong wanita untuk tertarik pada warna terutama warna yang terang, begitu juga corak hingga mereka menjadi begitu teliti dalam pemilihan warna dan corak pakaian.

Demikianlah. ALLAH menjadikan lelaki dan wanita sememangnya terlalu banyak perbezaannya jika mahu diteliti, sama ada yang kita sedari atau tidak sedari. Dan perbezaan ini sudah tentu ada sebab musabab dan hikmahnya yang tersendiri.

Kepada suami-suami, kalaulah anda dileteri lagi kerana gagal mencari barang yang hilang, beritahu isteri, itu bukan masalah anda seorang tetapi semua lelaki di dunia ini. Jurang perbezaan bukan untuk dilebarkan tetapi untuk kita saling memahami, memenuhi dan juga berkasih sayang.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.

3. Mengingati Kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu

Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal

Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi

Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

*Sumber dari halimislam.blogspot.com

Gajet boleh jadi racun kepada kanak-kanak dan remaja

Gajet boleh jadi racun kepada kanak-kanak dan remaja
Gaya ibu bapa menghadiahkan telefon dan tablet berinternet kepada anak mungkin dianggap bersesuaian dengan zaman teknologi, namun ia sebenarnya mampu mempengaruhi si anak kepada masalah sosial, terutama aktiviti seksual luar nikah.

Pengerusi Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak (MCPSA) Sabri Rahman berkata budaya menghadiahkan gajet kepada anak sebagai pengganti kesibukan ibu bapa perlu dihentikan kerana ia akan menjadi racun yang mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial termasuk kes rogol dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

"Mereka (ibu bapa) menyedari kesibukan itu, malangnya mereka tidak mencari jalan untuk meluangkan masa bersama sebaliknya menghadiahkan gajet untuk menggembirakan anak-anak dan menebus waktu kesibukan mereka," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas mengenai laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendedahkan kes rogol membabitkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini berpunca daripada penyalahgunaan internet membabitkan pelaku yang masih bersekolah.

Siasatan mendapati punca utama mereka terlibat dalam jenayah itu selepas terpengaruh dengan media sosial seperti Facebook dan laman sesawang yang memaparkan video dan bahan-bahan lucah di internet.

Agensi berita di London melaporkan kajian terbaharu 'The Journal of Pediatrics' mendapati perbuatan mengirim pesanan serta gambar lucah secara elektronik atau 'sexting' berkemungkinan mendorong aktiviti seksual membabitkan bukan sahaja pelajar sekolah tinggi tetapi juga pelajar sekolah rendah berusia 12 hingga 14 tahun.

Jurnal berkenaan mendedahkan kajian yang dijalankan ke atas 420 responden gred tujuh di lima sekolah rendah awam di bandar Rhode Island, Amerika Syarikat mendapati pelajar cenderung untuk bercium, melakukan seks oral atau hubungan seks berbanding rakan sebaya yang tidak menghantar mesej lucah.

Asas kebimbangan Sabri dikukuhkan lagi apabila gajet yang diberikan kepada anak tidak dipantau sebaliknya dibiarkan menjadi 'sahabat' yang boleh merosakkan minda terutama untuk golongan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

"Lebih mengecewakan apabila masih ramai ibu bapa yang tidak 'IT savvy', mereka sendiri pun tidak tahu menggunakan gajet canggih apa lagi untuk memantau gajet yang digunakan anak-anak," katanya.

Malah agensi turut melaporkan hasil kajian itu saintis mendapati, 'sexting' dikaitkan dengan kecenderungan perlakuan seksual seperti menyentuh alat sulit, seks oral dan seks vagina.

Menurut pengkaji, kumpulan ini empat hingga tujuh kali lebih cenderung melakukan perlakuan seksual lain.

Penceramah bebas Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid pula berkata gajet berinternet ibarat lautan tanpa sempadan mampu memberi masyarakat pelbagai ilmu namun bagi golongan kanak-kanak dan remaja, yang dipenuhi perasaan ingin tahu penerokaan laman sesawang tanpa kawalan pastinya mengundang impak negatif.

"Memang kanak-kanak dan remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan membawa kepada akibat negatif yang serius," katanya.

Antara cadangan lain, Wan Akashah turut meminta agar filem dan drama yang menayangkan adegan mesra suami isteri seperti berpeluk dan bercium tidak disiarkan di kaca televisyen.

Beliau berkata penerbit drama dan filem perlu memberi perhatian isu berkenaan kerana adegan seperti itu yang dianggap biasa bagi golongan dewasa tetapi sebenarnya sesuatu yang baharu bagi kanak-kanak yang mendorong mereka untuk menirunya.

Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Mohamed Fadhil Che Din berkata senario kini menyaksikan banyak kes-kes rangsangan seksual yang ditonton dan dipelajari golongan kanak-kanak dan remaja secara tidak langsung melalui media sosial dan persekitaran.

Justeru beliau berkata untuk membendung kes seumpama itu, ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil perhatian serius kerana ia melibatkan pembentukan sahsiah diri generasi masa hadapan.

Awas!! Cuaca panas boleh membawa maut

Hati-hati serangan 'strok haba'

strok
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. - Bernama

Perbezaan Antara 2 Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang

perbezaan antara 2 jambatan...

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/fakta-fakta-menarik-tentang-jambatan-pulau-pinang-kedua-31010?cp

Anak MALAYSIA akan cuba tawan MONGOLIA

Pengembaraan Zahariz Khuzaimah tawan Mongolia

Pengembaraan Zahariz Khuzaimah tawan Mongolia
HIDUPKU Seorang Nomad, merupakan kesinambungan bagi musim terdahulu menceritakan pengembaraan Zahariz Khuzaimah secara solo merentasi benua asing yang sangat berbeza iklim dan keadaan kehidupannya daripada suasana persekitaran Malaysia.

Melalui musim kedua ini, Zhariz berhasrat untuk tinggal bersama-sama orang nomad di Mongolia dan belajar cara kehidupan sebenar mereka lantas menamakan pengembaraan ini sebagai ‘Hidupku Seorang Nomad’.

Pengembaraannya akan bermula di Mongolia merentasi tanah pasir di Gurun Gobi sehingga ke kawasan salji di Pergunungan Altai yang pastinya penuh dengan pelbagai cabaran.

Dengan hanya menggunakan sebuah basikal bermuatan seberat 60 kilogram sejauh hampir 29,000 kilometer, Zahariz nekad untuk menyelami kehidupan masyarakat nomad di sana.

Mengetepikan kesukaran yang bakal dihadapi, Zahariz juga nekad mengembara dan merempuh halangan demi membawa penonton-penonton TV AlHijrah merasai sendiri pahit manisnya menyempurnakan misi yang dirakam khas olehnya sendiri.

Pengembaraannya di jangka mengambil masa kira-kira enam bulan merentasi China, melalui Tembok Besar China dari timur ke barat sehingga ke kubu terakhir barat di Jiayouguan.
Di antara cabaran yang menjadi kemuncak perjalanan adalah di Mongolia dan Utara China yang lebih daripada 7500 kilometer, perjalanan merentasi dua padang pasir yang terkenal di dunia; The Gobi Desert (Mongolia) dan Gurun Taklamakan (Xinjiang, China), serta perjalanan merentasi kawasan-kawasan yang kaya adat dan budaya di Mongol, Cina Han, Hui, Uighur, Kazakh, Kyrgyz dan Tajik.

Turut melintasi Gurun Taklamakan di sepanjang jalan menuju ke Kashgar, bagi Zahariz penat lelah yang bakal dihadapinya itu sangat berbaloi jika di bandingkan dengan keindahan serta pengalaman yang bakal diraih.

Jadi gelandangan

Dokumentari ini turut menyaksikan pengalaman hidup Zahariz bergelandangan di jalan raya, berinteraksi dengan penduduk tempatan, mempelajari secara personal rutin dan kehidupan mereka. Juga pelbagai rakaman landskap menarik yang dirakam khas untuk penonton merasai bersama keindahan alam ciptaan ALLAH SWT.

Walaupun bakal diduga dengan kesukaran dari segi rupa bumi yang mencabar, angin dan faktor cuaca yang berbeza, ia tetap tidak mematahkan impiannya untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya lebih menghargai kemudahan tanah air sendiri.

Laluan yang dilaluinya juga mungkin berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada banyak faktor seperti sekatan Visa, ketidakstabilan politik dan masalah-masalah lain. Bagaimanapun pengembaraan ini pasti nya menjanjikan kejutan dan membawa keterujaan bagi peminat ekspedisi pengembaraan.

Dengan Basikal Aku Menjelajah merupakan sebuah kembara berani yang mencabar fizikal dan mental namun diselitkan gambaran panorama unik dan pelbagai informasi berguna buat tatapan penonton. Episod pertama dokumentari ini dijadualkan bakal ditayangkan pada minggu terakhir Ramadhan di bulan 27 Julai 2014.

Transformasi: JPN yang dulu bukanlah yang sekarang


Dari dulu hingga kini, seperkara yang kita cuba elak berlaku dalam kehidupan seharian kita ialah kehilangan dompet. Setelah meluangkan masa beberapa minit hingga beberapa jam cuba mengesan kedudukan dompet tidak membuahkan hasil, maka perasaan yang tenang pada awalnya tadi merubah menjadi gundah gulana. 

Ya benar, tidak boleh buat 'misscall' jika dompet hilang. Misscall dibuat hanya untuk mengesan talipon bimbit yang keciciran atau missplace. Jika ada 'ringing' tetapi suasananya sepi, itu bermakna talipon bimbit itu masih selamat cuma kita tidak berada di tempat yang betul. Jika awal tadi ada 'ringing' kini sudah tiada, itu bermakna harapan tipis untuk mendapatkan semula talipon bimbit hilang tadi, telah musnah. Kita bukan berada di negara skandanavia atau di negara Iran.

Berbalik cerita kehilangan dompet tadi. Perasaan gundah gulana itu hadir bukan kerana jumlah duit yang memenuhi dompet. Sebagai seorang warga miskin kota, kebiasaannya jumlah duit yang tertinggal di dalam dompet itu tidaklah banyak mana, cuma ketika luar biasa sahaja dompet itu penuh empuk dengan wang ringgit. Kebarangkalian dompet hilang atau tercicir ketika dompet penuh wang ringgit adalah sangat rendah kerana sudah pasti tangan kita akan mendakap dompet itu setiap tiga minit.

Perasaan gundah itu hadir bukan kerana gambar kekasih lama yang terselit di kompartmen berzip, ditakuti dompet ini dikesan oleh isteri (lalu berlaku sesi spotcheck), maka gegak gempita lah tetangga kejiranan. Namun ini zaman 'anak kecil main ipad' agak mustahil gambar kekasih lama disimpan dalam dompet, melainkan ia disimpan di dalam ipad, iphone atau android talipon pintar. 

Bukan fasal duit, bukan fasal gambar kekasih lama, dan bukan juga fasal kad kredit. Ya memang benar dalam dompet tersebut ada beberapa keping kad kredit, malangnya kad kredit tersebut sudah tiada kredit atau dengan kata lain, sudah cecah limit. 

Perasaan gundah gersang itu hadir tidak lain dan tidak bukan, kerana memikirkan kad pengenalan (Mykad) yang turut hilang bersama dompet. Sesudah kehilangan MyKad, terbayanglah kita bermacam-macam musibah yang perlu dihadap. 

Pertama, kita tidak sedar berapakah denda yang bakal dikenakan kerana denda kehilangan Mykad berubah-ubah semakin mahal. Perketat pengeluaran MyKad kerana sindiket jual IC yang berleluasa sering dijadikan alasan maka warga Malaysia yang hilang Mykad akan dihukum seberat yang boleh. 

Kedua, selagi kita belum memiliki sijil pengenalan sementara, selagi itu kita mampu dicas sebagai warga asing. Kerana warga asing hari ini bukan saja ramai melimpah ruah, tetapi keterampilan mereka menghampiri keterampilan warga tempatan. Hanya berbeza dengan ketara pada vokalnya sahaja. 

Ketiga, terbayang juga sejauh mana lakunya sijil pengenalan sementara yang dibekalkan oleh JPN khususnya dalam soal urusan rasmi seharian. Berapa lama masa yang perlu ditunggu untuk mendapatkan semula Mykad yang baru juga tidak dapat dipastikan, apakah sebulan? 

Alkisahnya hari ini, seusai sebutan kes di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi (kes himpunan malam tahun baru), saya telah singgah menjenguk Jabatan Akauntan Negara (JPN) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta. 

Tujuan saya menjengah JPN adalah bukan kerana kehilangan Mykad sepertimana mukadimah saya tadi, tetapi kerana cip dalam MyKad milik saya sudah tidak beroperasi sejak sekian lama. Goreslah guna pemadam fabre castell sekalipun, cip tetap gagal dibaca.

Sampai di JPN saya terkejut pejabat itu lengang. Ini luar kebiasaan. Bila saya masuk pejabat JPN, datang seorang pegawai memaklumkan bahawa sistem offline sejak pagi dan tidak dapat menjamin waktu pulihnya, dicadangkan pula kepada saya untuk pergi ke Puduraya aras dua. Tanpa membuang masa saya beredar dan bergegas ke Puduraya. Saya tidak komplen sistem offline, saya cuma komplen jumlah parkir yang tidak mencukupi. Tidak menolak kemungkinan puncanya ialah pengangkutan awam yang sangat lemah.

Setibanya di JPN Puduraya, ketika mengurus penggantian MyKad, saya mengalami satu kejutan, saya tidak pasti apakah ia kejutan budaya? Urusan penggantian Mykad sangat mudah dan lancar, ini di luar fikrah yang terdoktrin sejak sekian lama.

Akhirnya saya hanya mampu merumuskan bahawa - saya bukan sahaja telah menerima layanan yang cukup baik, malah melihat sistem pengeluaran dan memperbaharui MyKad berlangsung sangat pantas dan penuh efisyen berbanding beberapa tahun lalu. Dari nombor giliran dipanggil (juga tidak ambil masa yang lama), hingga sesi bergambar, hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit dan kad siap dalam masa beberapa jam. 

Tahniah saya ucapkan kepada JPN di atas transformasi ini. JPN yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu berbulang sekarang hanya beberapa jam berselang. Kita tidak lagi perlu mengheret sijil pengenalan sementara ku hulu dan hilir sehingga lunyai fizikalnya. Kita tidak lagi terdedah untuk ditangkap sebagai warga asing kerna rupa kita juga tidak jauh berbeda.

Namun dalam masa yang sama, kita juga harus berdoa agar sistem yang efisyen dan telah di'transformasi' ini tidak disalahguna khususnya bila tiba musim pilihanraya. 

Sekian

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM

Pembayar Cukai Boleh Guna e-Filing Mulai Ahad Ini

http://1-million-dollar-blog.com/images/lhdn-e-filing.jpg

KUALA LUMPUR: Pembayar cukai boleh menggunakan e-Filing untuk taksiran cukai 2013 mulai Ahad ini.

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Khamis, tarikh akhir bagi penghantaran borang dan pembayaran cukai bagi borang E ialah pada 31 Mac, BE pada 30 April manakala B dan P pada 30 Jun.

Bagi borang BT, M, MT, TP, TF dan TJ pula ialah pada 30 April untuk mereka yang tidak menjalankan perniagaan dan 30 Jun bagi yang menjalankan perniagaan.

Tarikh yang sama turut diguna pakai bagi mereka yang membayar cukai pendapatan secara manual.

E-filing adalah perkhidmatan percuma disediakan LHDN bagi memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan taksiran cukai secara elektronik melalui Internet. - BERNAMA

MAS Pecat Tiga Pramugari, Seorang Pramugara Sertai Himpunan Kesatuan


PETALING JAYA – Seramai empat kakitangan Malaysia Airlines (MAS) telah dipecat kerana didakwa menyertai perhimpunan kesatuan di Putrajaya pada November lalu, kata salah seorang ahli kesatuan.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin yang juga telah dipecat berkata keempat-empat mereka telah menerima surat penamatan pada Februari.

Anggota Nufam mengambil bahagian dalam perhimpunan aman di Kementerian Sumber Manusia pada 27 November lalu.

Difahamkan tiga daripada yang dipecat adalah pramugari yang bercuti sakit pada hari mereka menyertai perhimpunan.

Ismail, yang dipecat dua hari selepas perhimpunan tersebut berkata penamatan datang selepas surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada 30 anak kapal, termasuk anggota exco kesatuan berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan tersebut.

“Perhimpunan itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan MAS. Kami berhimpun untuk perkara-perkara melibatkan kesatuan,” tegas Ismail.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, Nufam berkata MAS telah menggantung Setiausaha Agung kesatuan Mohd Akram Osman, yang juga ketua pramugara syarikat penerbangan itu yang telah berkhidmat selama 25 tahun kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang sama dan kerana mengeluarkan satu surat pekeliling kesatuan menggunakan e-mel syarikat.

Kesatuan itu bagaimanapun berkata menghantar pekeliling melalui kemudahan e-mel syarikat itu telah menjadi amalan selama bertahun-tahun dan tidak pernah dipersoalkan oleh syarikat penerbangan itu.

Ia menggesa MAS untuk menarik balik semua surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada 30 anak kapal.

“Kami masih menunggu kementerian dan syarikat penerbangan untuk bertindak balas terhadap perkara itu,” tambah Ismail. – Mstar.com.my

[Panas] Kenapa Isteri Cantik Pun Kena Cerai?

Isteri cantik pun kena cerai?


(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab)

Soalan pembaca:

Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.

Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, terbaru Ungku Emran bercerai dengan Erra Fazira yang memang cantik, bekas ratu lagi... 

Soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.

******

Hamka keretamayat jawab:

Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...

Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.

Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)

Kat mana tadi?

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!


Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:

Teknik menjaga sistem brek kenderaan anda

Cara penjagaan sistem brek

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan pam vakum). Pastikan minyak berada di paras antara minimum dan maksimum. Jangan sekali-kali memandu sekiranya paras minyak brek berada di bawah paras minimum.

2. Setiap enam bulan semasa hendak rotate tayar kereta, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Jika kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat berbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran sebegini mungkin kecil tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan spesifikasi minyak brek. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (bagi kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada pembalut yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau drum, minta mekanik menilai, sama ada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, dicadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus dari belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Jika ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan mendapat kebenaran bertulis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Syarikat insurans akan melindungi jika kemalangan berlaku disebabkan sistem brek.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas pedal brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek enjin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya suka memandu laju dan secara agresif, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti projek U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek kepada saluran bersalut logam. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu serta tinggi dan tindak balas brek anda akan lebih cepat apabila pedal ditekan.

12. Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta  untuk ditukar minyak enjin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, kotak minyak gear, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras pedal brek dan klac, tekanan angin tayar, alignment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya.

Jangan cuma tukar minyak hitam saja kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk diservis dan kita dikenakan bayaran tinggi untuk upahnya.

Teknik menangani masalah emosi

Tangani masalah emosi  
CR MOHD NOOR IDRIS

TIDAK semua orang mampu menangani masalah emosi dan hanya profesional yang mempunyai kepakaran seperti kaunselor boleh membantu meringankan tekanan golongan tersebut.

Melihat akan kepentingan itu, lahir sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar Malaysia (Pakar Malaysia) ingin mencurah bakti terutama membabitkan rawatan emosi .

"Mereka yang mengalami masalah emosi, tekanan dan masalah peribadi seperti cinta, keluarga dan kerjaya mengelak daripada bertemu dengan psikiatris.

"Ini kerana risau digelar pesakit mental walaupun tidak semua berjumpa psikiatri itu pesakit mental,"kata Presiden Pakar Malaysia, CR Mohd Noor Idris.

Dalam mencari penyelesaian masalah itu, Pakar Malaysia kini mencari alternatif membangunkan Klinik Kaunseling 1Malaysia (KK1M). KK1M akan menjadi titik kepada pelebaran khidmat kaunseling kepada masyarakat.

Apa yang kita sedar sekarang ini bermacam tingkah laku maladaptif (gangguan penyesuaian) dan kecelaruan emosi dialami sekumpulan besar masyarakat kita.

Kes bunuh diri, bunuh anak atau ibu bapa sendiri, kemurungan atau stres melampau adalah kesan daripada kurang daya tahan diri sama ada daya tahan emosi, rohani atau sosial.


Tubuhkan KK1M

Mohd Noor berkata, KK1M yang sedang dibangunkan Pakar Malaysia di Tanjong Malim, Perak itu dijadikan asas dengan harapan akan tertubuhnya KK1M di seluruh parlimen di Malaysia dan sekurang kurangnya setiap parlimen diwujudkan sebuah KK1M, menjelang 2025.

"Kewujudan KK1M akan menjadi dorongan kepada masyarakat untuk lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi permasalahan peribadi, dan kebuntuan mencari jalan penyelesaian akan dapat dibantu dan diatasi oleh kaunselor Pakar Malaysia di KK1M," katanya.

Beliau menambah, selain itu, Pakar Malaysia juga dalam fokus berjuang untuk memohon pihak kerajaan memberi pengiktirafan kepada sijil cuti sakit (MC) yang akan dikeluarkan oleh kaunselor Pakar Malaysia kepada klien yang layak berdasarkan penilaian dan ujian psikologi yang telah dijalankan oleh kaunselor berdaftar.

"Perjuangan ini diharapkan menjadi kenyataan kerana setiap kaunselor berdaftar telah diiktiraf kepakarannya melalui sijil perakuan amalan yang sah sebagai kaunselor profesional oleh pihak kerajaan.

"Ini kerana tidak semestinya hanya mereka yang mengalami gangguan mental dan tingkah laku abnormal sahaja memerlukan cuti rehat yang dikeluarkan oleh doktor psikiatri.

"Klien kaunseling juga memerlukan cuti rehat dan kita perlu ingat majoriti masyarakat mempunyai masalah peribadi, masalah emosi dan masalah kekeluargaan yang kronik tidak mampu memberi tumpuan kepada pelajaran mahupun kerja," katanya.


Bekerjasama dengan LKM

Mengimbau detik penubuhan, beliau berkata, Pakar Malaysia dicetuskan atas kesedaran untuk memastikan adanya pertubuhan khusus yang berperanan membantu Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) untuk menggerakkan kaunselor terlatih berdaftar sebagai kaunselor berdaftar.

Tambahnya, Pakar Malaysia juga berharap akan menjadi satu persatuan profesional yang tunggal dan menjadi rujukan dan penaung utama kepada setiap kaunselor profesional berdaftar di Malaysia. Ini kerana masih belum ada pertubuhan profesional khusus untuk kaunselor profesional yang berdaftar dan mempunyai perakuan amalan yang sah oleh kerajaan.

Dari segi keanggotaan, Pakar Malaysia terdiri daripada empat kategori terdiri daripada ahli biasa (warganegara, dan kaunselor berdaftar dengan perakuan sah), ahli bersekutu terbuka kepada kaunselor berdaftar bukan warganegara Malaysia dengan akuan amalan sah dari LKM dan tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan.

Ketiganya adalah ahli kehormat pula terdiri daripada mereka yang terbukti berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan persatuan. Akhir sekali, ahli seumur hidup, terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran. Yuran keahlian sebanyak RM100 manakala yuran tahunan RM50 dan yuran keahlian seumur hidup RM300.


Tarik lebih ramai keahlian

Pakar Malaysia mempunyai lima matlamat utama iaitu menjaga kebajikan dan kepentingan ahli sebagai persatuan profesional tunggal yang menaungi profesional kaunselor, menyediakan perkhidmatan kaunseling, bimbingan, nasihat dan konsultasi secara profesional kepada masyarakat.

"Kami melaksanakan program bagi tujuan memartabatkan profesion kaunselor profesional berdaftar dan memiliki perakuan amalan yang sah.

"Kami juga menyokong dasar semasa kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat dan kestabilan negara.

"Usaha seterusnya adalah untuk mengantarabangsakan perkhidmatan kaunseling, bimbingan, nasihat dan konsultasi secara profesional melalui kerjasama dengan pertubuhan kaunseling antarabangsa," kata Mohd Noor.

Fokus utama persatuan juga untuk meneruskan kempen menarik lebih ramai kaunselor terlatih dari universiti tempatan dan antarabangsa berdaftar dengan LKM dan mempunyai akuan amalan yang sah sebagai seorang kaunselor.

Malah, persatuan juga bergerak berkempen kepada semua guru kaunseling di semua sekolah, pegawai psikologi dan kaunseling di jabatan kerajaan dan pengamal kaunseling untuk berdaftar dengan Lembaga Kaunselor bagi memastikan kebajikan dan hak klien dan kaunselor  terjamin.

Pakar Malaysia juga bergiat aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui Street Counselling.

Melalui aktiviti ini Pakar Malaysia menjelajah 30 sekolah untuk menjalankan sesi bimbingan dan motivasi percuma kepada masyarakat dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pada tahun ini program tersebut masih diteruskan dan mendapat respons yang amat positif dengan 47 sekolah telah mendaftar.

Pakar Malaysia mengalu-alukan individu dan pihak korporat yang ingin memberi sumbangan.

AWAS !! Kopi Perangsang merbahaya sampai boleh meragut nyawa..

Kopi perangsang cabut nyawa

Kopi perangsang cabut nyawa  
Anggota Penguatkuasa Farmasi JWPKL memeriksa serbuk kopi di sebuah kedai, semalam.

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat dikesan mengaut keuntungan tanpa memikirkan nyawa orang awam apabila mengeluarkan serbuk kopi yang mengandungi racun di dalamnya.

Namun, ia berakhir apabila anggota penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jakim  membuat serbuan ke atas premis syarikat terbabit, semalam.

Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi JKWPKL Adnan Salimin berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang awam serta risikan pihaknya selama sebulan.

Menurutnya, premis itu dipercayai dijadikan tempat memproses dan membungkus serbuk kopi untuk merangsang seks dan melangsingkan badan.

“Pemeriksaan mendapati serbuk kopi ini dipercayai mengandungi racun Sildenafil bagi kopi rangsang seks manakala Sibupralile dalam kopi pelangsing badan.

“Pengambilan racun ini sangat berbahaya, jika diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan hati,” katanya.

Adnan berkata, sekotak kecil serbuk kopi ini yang mengandungi di antara enam hingga 10 paket kecil dijual dengan harga sekitar RM11 sekotak.

Menurutnya, kopi ini dipaketkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Katanya, pihaknya merampas kira-kira 100 kotak besar serbuk kopi dan lima buah mesin  memproses dan membungkus kopi berkenaan.

Kes  disiasat di bawah Akta Racun 1952 iaitu sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli sembarangan kopi yang dijual pasaran tempatan.

Luahan SUAMI yang menyesal berkahwin.....!!!

Aku Menyesal Kahwin


Bismillahirrahmanirrahim.

Ini cerita aku. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, dengan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pun dia (bukan nama sebenar juga). Tapi mak punya pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, menyesal gila kahwin…

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku je nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa. Lepastu kadang-kadang sampai tengah hari tidur, sampai terlepas kuliah. Tak ada orang marah pun. Lecturer pun tak marah.

Tapi sekarang, nak tidur lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tidur..." Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian aku kena buli…

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku je nak makan pukul berapa, nak makan apa. Boleh makan best-best, sebab beli kat kedai. Tapi sekarang, huhu… Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang-kadang dia masak masin la, pahit la… Pastu kadang-kadang dia bagi aku makan sayur je banyak-banyak. Tak makan, kecik hati pulak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, menyesal gila kahwin…

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku je nak shopping bila, kat mana, nak beli apa. Kira berbelanja tanpa was-was lah. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratus sekelip mata. Hehehe... Tapi sekarang, nak pergi shopping je, dia dah siap dengan list barang nak beli. Tak ada dalam list, tak boleh ambil!! Dah la berjam-jam pusing. Leceh betul lah orang perempuan ni. Muka dia tak payah cerita lah, memang ceria je kalau masuk shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, menyesal gila kahwin...

Kalau dulu masa belum kahwin, rambut aku ni macam-maca fesyen la boleh buat. Ala Korea boleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pun boleh buat, tak ada orang sound. Tapi sekarang, panjang sikit je kena sound, panjang sikit je kene sound. Dia kata tak hensem la, tak kemas la. Kalau tak potong, dia tanak gosokkan baju aku pulak. Haisshh…

Ada satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ada la seorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pun terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta pula bini aku (mentang-mentang la aku hensem). Apa lagi, menjerit la aku kat situ. Kena buli lagi…

Maunya tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi. Arghh, first time rasa malu gila macamtu. Rasanya muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit sangat bini aku cubit. Huhu... Kesian lah kat bakal anak-anak kami nanti. Haha…

Tapi yang bestnya, skarang aku dah tak payah basuh baju, gosok baju sendiri. Sume dah ready made. Hehe... Bab-bab gosok baju ni memang aku tak berapa pandai. Kalau dulu masa belum kahwin, skali gosok baju, sebulan aku pakai. Haha... Malas basuh sebab tanak gosok lagi! (Oppss kantoi). Lepastu baju-baju bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tidur atas kain baju ni (padahal malas kemas). Sekarang, hehehe…

Lagi yang best, time aku demam ke, tak sihat ke, rasa diri ni macam dihargai je. Ya lah, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe... Kalau masa belum kahwin dulu pandai-pandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis…

Lepastu kan, sekarang kehidupan aku kira tersusun lah. Maklum lah dah ade 'PA'. Kalau banding dengan dulu, hmm… Tak produktif sangat lah kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Qur’an. Hmm, sejuk hatiku dapat isteri macam dia. Maklum lah kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ada yang tolong ingatkan. Ini lah pentingnya cari isteri yang solehah!

(Antara hantaran yang unik)

Sebelum itu kita layan sahabat kita nie nak akad nikah...

Buat isteriku yang comel dan tercinta;
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat,
Boleh la abang bangun awal-awal pagi,
Kemudian kita solat Subuh sama-sama.

Tapi kalu abang tak bangun juga;
Sayang cubit je peha abang,
Abang tak akan murka,
Lagi abang bertambah sayang…

Buat isteriku yang comel dan tercinta;
Terima kasih kerana jaga makan minum abang,
Tengok sekarang abang dah nak gemuk dah,
Tak ada lah kurus je macam mula-mula kahwin dulu.

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ye?
Jangan bimbang atau ragu okay,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang…

Buat isteriku yang comel dan tercinta;
Terima kasih kerana tolong gosok baju abang,
Sebab abang memang allergic sikit bab gosok baju,
Jangan risau lah nanti abang potong rambut…

Sekarang abang dah tak selekeh macam dulu,
Rambut dah kemas, baju dah kemas, senyum memanjang,
Hidup terurus, amal pun terjaga, badan pun berisi juga,
Argghh, menyesal gila kawin LAMBAT!!!

p/s: Cerita ini tidak ada kena mengena dengan penulis, penulis masih lagi seorang yang selekeh.

Hukum "DUIT KOPI"..!!

BAGI DUIT KOPI, KIRA SELESAI

Sebuah lori saya ditahan kerana pemandunya tak ada lesen pengangkutan utk lori lebih berat..Pegawai JPJ tu ada bisik 'boleh kira buat selesai'tapi bila driver menghubungi saya,saya menolak,samanlah Akibatnya,majikan kena rm300 driver kena rm600.Saya bayar kerana itu lebih baik dari memberi rm 100 kepada pegawai itu dan mendapat kemurkaan Allah(al baqarah ayat 188)Saya berpuashati ketana dpt selamatkan diri saya dan pegawai itu dr buat dosa.

Sabda Rasulullah,"Allah melaknati pemberi rasuah dan penerimanya rasuah dalam hukum."(Riwayat Tirmidzi)

Besar atau kecil sogokan,tetap mendapat hukuman Allah. Dari beberapa ringgit disogok kpd polis trafik,penguatkuasa majlis bandaran,belanja minum kopi seorang ketua pejabat hinggalah kpd rasuah kpd jerung dan paus dlm kerajaan, semuanya mendapat laknat Allah.

Pada mereka yg menerima rasuah,ingatlah wang itu haram,dibelanja utk anak isteri bermakna mereka memakan sumber haram,jika dibeli harta,harta menjadi haram,seluruh hidup tidak akan berkat.Jika Allah mengasihi,kamu akan ditangkap dan dihukum didunia,jika tidak, kamu dihukum diakhirat yg lebih dahsyat.Allah Maha Melihat,meskipun wang diberi under counter,terus masuk ke bank,dilipat dlm dompet lesen, dlm bentuk barangan hadiah,trip melancong,lebih teruk wanita pelacur kelas atasan.

Kepada yg memberi rasuah,terimalah hukuman dg berlapang dada kerana kita buat salah,biar disaman.Siksaan tuhan lebih berat dari nilai wang bayar saman.Jika kontrak diperolehi dg rasuah,seluruh hasil menjadi haram,apa saja yg diperolehi cara haram,ia tetap haram.Jika tak dapat,itu bukan rezeki kita.

Rasuah juga bersembunyi dibawah istilah duit kopi,ciak kopi,hadiah barangan,melancong, teman sosial dll.Apa yg diperolehi kerana kita ada jawatan,itu rasuah.Adakah mereka akan beri jika kita tiada jawatan,disinilah ukuran perbezaan ianya rasuah atau hadiah,kerana hadiah diberi tanda kasih sayang,tiada bersyarat,tiada balasan.Bahkan rasuah berbentuk hadiah kadangkala diberi kpd ibubapa atau anak pegawai, bermakna lebih ramai yg terseret.

Berpadalah dg gaji yg merupakan rezeki dari tuhan.Apa kita usahakan,kita dapat,bersyukurlah.Jika anda menolak memberi rasuah,anda telah menegah kemungkaran,dan menolak melakukan dosa,bukankah ini ganjaran lebih baik,meskipun anda disaman.Moga Allah beri lebih rezeki kerana kita patuh kpd perintahnya, dan Dialah yg memberi rezeki.

Beranikah anda menganggap bila anda diminta memberi rasuah sebagai peluang utk menegah mungkar dan menyeru yg makruf, dan anda menandatangani saman dg reda,atau hilang peluang tetapi peluang itu tidak halal.?Rezeki tuhan itu bersih, jangan cemarkan dg najis rasuah,akibatnya rosak seluruhnya.

Pelbagai kisah 'si anak emas'


cartoon

MELAYANI seseorang yang menjadi kesukaan dengan perhatian maksimum bererti memperlakukannya seperti anak emas.  Baik daripada seorang majikan kepada pekerja, mahupun ibu bapa kepada anak-anak; perlakuan sebegini memberi impak tersendiri.

Apa pun pilihan mereka yang mempunyai anak emas, pasti mempunyai persepsi dan tujuan masing-masing. Di rumah misalnya, ada ibu bapa yang memberi perhatian lebih kepada anak pertamanya kerana itu adalah buah cinta pertama dalam hubungan rumah tangga. Siapa tahu mungkin pasangan itu terpaksa menunggu lama untuk memiliki cahaya mata. Atau mungkin juga kehadiran anak pertama itu dipenuhi ranjau duri dan ujian maka setelah memilikinya mereka menghargainya sepenuh hati.

Ada pula yang melayani anak kedua mahupun ketiga melebihi segala-galanya atas faktor anak itu dilihat memerlukan lebih bimbingan dan perhatian. Sebagai adik-beradik atau anak lain, anda seharusnya memandang positif perkara sebegini. Kerana sebagai ibu yang melahirkan, atau sebagai ayah yang mendewasakan, mereka lebih tahu kelebihan dan kelemahan anak masing-masing.

Tiada ibu bapa yang mahukan anak-anaknya berasa kurang kasih sayang. Jikalau ada, WOW berani bertaruh bahawa jumlahnya terlalu kecil. Justeru, belajarlah untuk memahami tindakan ibu bapa anda.


Pasti bersebab

Usah berdengki jika ada kakak atau adik yang sehingga dewasa ibu bapa masih menelefon bertanyakan khabar, atau sehingga kini dikirimkan duit belanja; sedangkan anda pula tidak. Lihat dulu sejarah diri anda.

Mungkin anda telah menonjolkan sikap matang dan berdikari semenjak kecil menyebabkan ibu merasa tenang dan tenteram membiarkan anda hidup sendiri di perantauan.

Sedangkan kakak, abang atau adik anda itu sejak kecil tidak melihatkan kematangan dalam tindakan. Perkara sebeginilah yang perlu anda telusur sebelum membuat telahan membabi buta.

Nora (bukan nama sebenar) berkongsi cerita kepada WOW mengenai pengakuan bapanya yang mengaku sayang anak pertama melebih 11 anak yang lain.

Ini kerana, anak pertama melalui susah payah kehidupan mama dan papanya sejak dari awal. Semenjak mama dan papa susah hingga kini, anak pertama itulah saksi segala-galanya.

Pengakuan papa itu akhirnya menjadi penutup kepada hasad dengki mereka adik-beradik kerana sebelum ini mereka melihat kakak selalu mendapat keistimewaan seperti dibelikan kereta, dibayar kursus yang pelbagai dan dibawa bercuti ke luar negara.

Status kakak sebagai bujang terlajak juga merupakan faktor utama yang menjadikan mama dan papanya lebih rapat kepada anak sulung.


Ada udang di sebalik batu

Cerita di tempat kerja lain pula kisahnya. Ada anak emas yang memperoleh kebaikan dan manfaat, namun ada pula yang menjadi sebaliknya.

Bermula dengan menerima habuan dan layanan mesra, seseorang mula merasakan dirinya terlalu istimewa sehingga mudah sekali mendapat jawatan dan kenaikan yang diingini.

Namun awas, tindakan sebegini sememangnya mengundang pelbagai kebarangkalian. Ada manusia yang sabar menunggu bertahun-tahun untuk melembutkan hati seseorang hingga jadi percaya dan senang didekati; sebelum akhirnya menjerat diri.

Pengakuan Amira (bukan nama sebenar) mengesahkan kenyataan ini. Majikannya terlalu ambil berat dan sering kali membawanya masuk ke dalam mesyuarat syarikat yang tidak ada kena mengena dengan bahagiannya bertugas.

Sikap baik majikannya itu amat ketara hingga dirasakan kawan-kawan lain yang pernah menegur. Amira cuba menafikan namun suatu hari, sewaktu dibawa ke luar daerah untuk satu lawatan tapak projek, boss Amira membuat tindakan tidak bermoral dengan meraba tubuhnya di dalam kereta.

Amira melawan dan nekad berhenti kerja. Tindakan majikannya itu mengundang trauma sehingga lima tahun lamanya. Amira tidak berani mendekati majikan lelaki.

Terpulang kepada individu

Begitulah suka duka hidup si anak emas. Ada yang indah dan ada yang menakutkan.

Begitu pun, tidak semua individu yang memberikan layanan istimewa kepada seseorang atas niat jahat tersembunyi.

Perasaan kasih dan suka terbit kemungkinan juga kerana diawalkan dengan sikap baik dan tertib yang ditonjolkan seseorang.

Fitrah manusia, suka kepada kecantikan dan kebaikan. Jika anda baik, tentu sekali ramai yang ingin mendekati malah bukan sahaja anak emas, lebih daripada itu pun anda layak terima.

Apa pun, tepuk dada tanya selera. Siapa anda dan siapa dia yang menjadi anak emas seseorang, kita bukan selayaknya untuk menilai dan membuat andaian.

Tips dapatkan harga barang lebih murah


Tips dapatkan harga barang lebih murah  
Mungkin ramai kurang sedar harga barang keperluan di pasar basah kadang kala lebih tinggi berbanding pasar raya besar. - Foto Sinar Harian

RAMAI yang mengeluh dan bimbang dengan kenaikan harga pelbagai jenis barang dan keperluan harian, terutama selepas pengumuman kenaikan tarif elektrik pada 1 Januari 2014 dan penarikan semula subsidi petrol tahun lalu.

Kebanyakan isi rumah di negara ini risau sekiranya perbelanjaan mereka tidak mencukupi dan wang simpanan pula susut akibat kenaikan kos sara hidup.

Akibatnya, ramai menuding jari ke arah pihak lain, terutama kerajaan yang dikatakan menjadi punca kenaikan harga barang sejak kebelakangan ini.

Tetapi benarkah harga barang di semua kedai, pasar dan pasar raya besar dinaikkan?

Sebenarnya, harga barangan keperluan sama seperti sebuah permainan, anda hanya memerlukan strategi yang betul untuk mendapatkan barangan pada harga terendah.

Isu harga barang mahal boleh diatasi jika pengguna peka dan bijak membuat perbandingan harga antara premis supaya tidak mudah ditipu oleh peniaga yang mengutamakan keuntungan sahaja.

Ini kerana dakwaan bahawa harga barangan di semua tempat adalah mahal tidak benar sama sekali.

Tinjauan penulis mendapati masih ada premis perniagaan termasuk pasar raya besar menawarkan harga murah berbanding harga di pasar basah.

Harga barangan keperluan harian seperti ayam, daging, ikan, bawang dan sayur-sayuran berbeza mengikut kategori premis perniagaan di seluruh negara.

Berdasarkan senarai harga barangan yang dikeluarkan di portal www.1pengguna.com setiap hari, contohnya, harga ayam bersih standard dijual antara RM5.98 dan RM9.90 sekilogram di pasar raya manakala ayam hidup antara RM6.40 hingga RM7.20 sekilogram di semua pasar basah.

Contoh lain ialah di Selangor, ikan cencaru bersaiz sederhana dijual antara RM6 dan RM12.90 sekilogram di pasar basah manakala di pasar raya dijual pada harga antara RM5.99 sehingga RM10.59 sekilogram.

Jadi ini bermakna terdapat banyak pilihan harga untuk pengguna. Adakah kita telah membuat tinjauan dan membandingkan harga barang di lokasi berbeza berdekatan rumah masing-masing sebelum membeli?

Atau kita hanya memilih membeli di kedai paling dekat dengan rumah jadi apabila kedai itu menaikkan harga barangan, kita juga terpaksa membayar mahal sedangkan mungkin ada pasar raya lain berdekatan yang menjual dengan harga lebih murah.

Harga berbeza ikut hari

Selain lokasi, waktu pembelian juga memainkan peranan dalam penentuan harga barang. Tinjauan penulis mendapati beberapa pasar raya menjalankan pelbagai promosi mengikut hari dan cuba mengekalkan harga murah walaupun berlakunya peningkatan kos sejak kebelakangan ini.

Ada pasar raya besar yang mengenakan harga berbeza terhadap barangan tertentu antaranya susu formula dan lampin pakai buang pada hari biasa dan hari minggu.

Selain menyemak di portal www.1pengguna.com, pengguna juga boleh menyemak di laman sesawang pasar raya itu sendiri untuk mengetahui promosi yang diadakan supaya penjimatan boleh dilakukan.

Isu utama di sini adalah pengguna perlu peka supaya tidak terpedaya dengan karenah peniaga yang menaikkan harga barang untuk mengaut untung atas angin.

Gunakan sepenuhnya perkhidmatan semakan harga barang di pasaran setiap hari yang disediakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi merancang perbelanjaan harian.

Selain memeriksa harga, pengguna boleh mengemukakan aduan sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang secara mendadak dan tidak mengikut harga yang ditetapkan menerusi portal itu.

Disebabkan Nafsu mengantuk, isteri menyesal seumur hidup melayan nafsu suami..!!

Nukilan… Seorang Insan Yang Menyesal


“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tanggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.

Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.

“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.

Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jam 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.

Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.

Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. Saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”

Wallahhualam….

Semoga si suami redha dan dapat mengampunkan dosa si isteri, isteri solehah dan semulia ini, moga setiap doa nya diterima Allah S.W.T dan sentiasa dirahmati olehNya.. al fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts