Two passengers on MH370 using stolen passports, say reports


Apart from Italian Luigi Maraldi who is alive in Thailand, Austria has now said that one of its citizens on the passenger list was not on board flight MH370 which went missing this morning.

Austria’s foreign ministry spokesman, Martin Weiss, told media outlets that the citizen, who he did not name, was safely living in Austria and had his passport stolen two years ago during a visit to Thailand.

There is only one Austrian on the passenger list: Christian Kozel, aged 30, The Guardian reported today.

Earlier, Maraldi contacted his relatives in Italy to inform them that he was safe and sound and currently in Thailand.

Apparently, Maraldi had informed Italian authorities in August last year that he had lost his passport.

Maraldi is one of the names which appeared on the passenger manifest for flight MH370, which has been missing since 1.30am.

The Italian honorary consul Francesco Pensato in Phuket, Thailand, confirmed Maraldi was in Phuket and they are checking whether it may have been a different man with the same name and date of birth on the plane.

The Malaysia Airlines Boeing 777-200 bound for Beijing was carrying 227 passengers and 12 crew. There were 14 nationalities on board the plane.

Boeing has said in a statement that it is “assembling a team to provide technical assistance to investigating authorities”.

Malaysian authorities have widened their search to include both the east and west coast of the Malay peninsula.

"Both the Malaysian and Vietnamese SAR forces are conducting searches in their respective coastal waters," Deputy Transport Minister Datuk Abdul Aziz Kaprawi said tonight.

Aziz said authorities were quite sure that MH370 had disappeared at sea.

Regarding the 20km oil slick spotted between Malaysia and Vietnam, Aziz said they had asked Vietnamese authorities about it.

"But the Vietnamese authorities have yet to get back to us," he said. - March 8, 2014 [MI]

Pegawai MITI Sofuan Sempat Bergambar Bersama Ibu Sebelum Berlepas

Pegawai MITI Sofuan Sempat Bergambar Bersama Ibu Sebelum Berlepas

KUALA LUMPUR – Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Sofuan Ibrahim, diyakini berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, menurut seorang pegawai kementerian itu.

Menurut Rashid Omar, seorang pegawai komunikasi korporat kementerian itu, Sofuan mempunyai tugasan rasmi di Beijing.

“Beliau mempunyai tugasan rasmi dan tidak melaporkan diri hari pertama bertugas di Beijing seperti yang dikhabarkan di media sosial,” katanya kepada Bernama.

“Itu sahaja maklumat yang boleh saya berikan setakat ini. Sebagai rakan sekerja saya amat mengharapkan beliau selamat,” katanya.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

– BERNAMA

Pakar penerbangan CNN Richard Quest - Misteri kehilangan kapal terbang MH370 semakin memeningkan

RichardMisteri kehilangan kapal terbang MH370 semakin memeningkan para penyiasat dan pakar bidang penerbangan apabila tiada sebarang tanda kecemasan dilaporkan oleh pesawat tersebut.

Menurut Richard Quest, penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang, kata Richard Quest lagi.

“Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi – Sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku.”

“Pesawat itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator(MAS) yang sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat bagus” Tambah Quest lagi.

Bekas penyiasat di National Transportation Safety Board (NTSB), Amerika Syarikat, Greg Feith mengatakan seharusnya juruterbang boleh melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi.

Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan selamat.

“Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan”

Feith juga tidak menolak kemungkinan punca kemalangan yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.

“Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan 30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa saat.”

Ketika ditanya sama ada kemungkinan pesawat itu boleh melakukan pendaratan kecemasan, Quest berkata tidak mungkin.  – CNN

Lihat artikel penuh dan video penerangan Richard di sini

Pesawat MAS yang hilang terhempas di Laut China Selatan

Pesawat MAS yang hilang terhempas di Laut China Selatan

KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.

CEO MAS - Pasukan SAR Malaysia, Vietnam sudah diaktifkan kesan pesawat

Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang

mas

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Pasukan SAR Malaysia, Vietnam sudah diaktifkan kesan pesawat: CEO MAS

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pasukan mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam sudah digerakkan bagi mencari pesawat MAS yang hilang.

Beliau berkata, laporan mengenai pesawat MAS MH370 yang hilang pagi ini sudah mendarat cemas di Nanning adalah tidak betul dan hanya spekulasi.

Dalam sidang medianya sebentar tadi, beliau berkata, kali terakhir pesawat dapat dihubungi ketika beradi pada jarak 120 batu nautika di perairan Laut China selatan jam 2.41 pagi tadi.

Jom Kenali Peguam Yang Dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk kes LIWAT II - Datuk Muhammad Shafee Abdullah

HUTANG BUDI DIBALAS DENGAN APA? ... APA UPAH DAN GANJARAN YANG AKAN DIPEROLEH OLEH MAKHLUK INI

SIAPA MAKHLUK INI?

1. DIA ADALAH PEGUAM YANG SELALU DILANTIK MEWAKILI UMNO DALAM KES YANG MELIBATKAN UNDANG-UNDANG

2. DIA ADALAH PEGUAM PERIBADI KEPADA NAJIB RAZAK DAN ISTERINYA ROSMAH MANSOR

3. DIA ADALAH INDIVIDU YANG KELIHATAN BERSAMA-SAMA SAIFUL KETIKA BERTEMU PERDANA MENTERI UNTUK MENGADU KONONNYA DIA TELAH DILIWAT

4. DIA DIUPAH UNTUK MENJADI TIMB PENDAKWARAYA BAGI PIHAK PEGUAM NEGARA, SEDANGKAN DIA BUKAN SEBAHAGIAN PEGAWAI DI JABATAN PEGUAM NEGARA.

1. DIA ADALAH PEGUAM YANG SELALU DILANTIK MEWAKILI UMNO DALAM KES YANG MELIBATKAN UNDANG-UNDANG

2. DIA ADALAH PEGUAM PERIBADI KEPADA NAJIB RAZAK DAN ISTERINYA ROSMAH MANSOR

3. DIA ADALAH INDIVIDU YANG KELIHATAN BERSAMA-SAMA SAIFUL KETIKA BERTEMU PERDANA MENTERI UNTUK MENGADU KONONNYA DIA TELAH DILIWAT

4. DIA DIUPAH UNTUK MENJADI TIMB PENDAKWARAYA BAGI PIHAK PEGUAM NEGARA, SEDANGKAN DIA BUKAN SEBAHAGIAN PEGAWAI DI JABATAN PEGUAM NEGARA.

Anwar umum tidak bertanding PRK DUN Kajang, akan terus berkempen

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui wartawan sebaik keluar dari Istana Kehakiman Putrajaya mengesahkan beliau bukan lagi calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Sesiapapun yang ganti, beliau mestilah calon lebih baik," katanya.

Anwar bagaimanapun menegaskan beliau akan terus berkempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac nanti.

Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang setelah mahkamah rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium enam tahun lepas.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjaran lima tahun atas kesalahan tersebut dan Anwar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Persoalan yang timbul kini, ialah siapakah yang bakal dipertaruhkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Nama dua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail disebut-sebut bakal menggantikan Anwar sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang dilaksanakan pada 23 Mac nanti manakala penamaan calon pula pada 11 Mac.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/anwar-umum-tidak-bertanding-prk-dun-kajang-akan-terus-berkempen-31430?cp

Cuma Pengharaman komik 'Ultraman The Ultra Power', cerita di TV tak ada masalah..!!

'Ultraman The Ultra Power' boleh rosak akidah

Ultraman

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata pengharaman komik 'Ultraman The Ultra Power' adalah berikutan kandungannya yang merujuk watak Ultraman King sebagai Allah.
  
Menurut kenyataan KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.
  
"Perintah larangan terhadap bahan penerbitan itu disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah, yang disamakan dengan Ultraman King.
  
"Kalimah Allah juga adalah kalimah suci bagi umat Islam dan merupakan kalimah sensitif serta boleh mencetuskan provokasi bagi penganutnya, sekiranya disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
  
Kenyataan itu juga menyebut jika tidak dibendung, perkara berkenaan boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.

Bagaimanapun, KDN berkata pengharaman itu hanya terpakai untuk komik Ultraman The Ultra Power.
   

Liwat II: Saiful Bukhari ucap syukur


Saiful Bukhari  
Saiful Bukhari

SHAH ALAM – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanjatkan kesyukuran sebaik Mahkamah Rayuan Putrajaya mengumumkan keputusan terhadap bekas majikannya itu.

Memetik tulisan Mohd Saiful Bukhari Azlan di blognya sebentar tadi, beliau berkata, keputusan yang dilakukan mahkamah itu menunjukkan kebenaran dan bermakna kepada keluarganya.

"Berkat doa, istiqamah dan sabar selama enam tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan mahkamah hari ini yang memihak pada saya.

"Saya dan keluarga menghormati keputusan mahkamah hari ini.

"Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya," katanya.

Terbaru, Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu didapati bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful pada 2008.

Anwar juga dikenakan hukuman penjara selama lima tahun dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Dalam pada itu, Mohd Saiful juga turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya terhadap kes liwat itu.

"Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga ALLAH SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. ALLAH sahaja mampu membalasnya," katanya lagi.

Liwat II: Mahkamah putus Anwar bersalah

Liwat II: Mahkamah putus Anwar bersalah 
 Datuk Seri Anwar Ibrahim - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, terhadap tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

Korum yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan pihak pendakwa raya dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.

Cucu paderi jadi imam ternama


Suhaib Webb  
Suhaib Webb

DAHULU, dunianya agak ‘hitam’.

Seorang yang hilang kepercayaan pada agamanya sendiri.

Terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

Namun, itu semua berubah sejak beliau memeluk Islam pada usia 20 tahun.

Ya, perjalanan hidup William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb sangat menarik.

Malah, Suhaib berjaya membuktikan bahawa Islam adalah milik semua, termasuk dirinya yang berkulit putih dan warga Barat.

Tidak cukup dengan itu, Suhaib juga mempunyai kualiti yang sangat cemerlang sebagai seorang Muslim.

Menyorot latar belakang Suhaib, siapa sangka beliau dilahirkan dalam keluarga Kristian (Prostestan) pada 1972 di Oklahoma. AS.

Sebelum memeluk Islam, beliau telah membesar sebagai cucu kepada paderi, menghadiri pertemuan di gereja tiga kali seminggu, sehinggalah tarikan beliau untuk mendalami Kristian semakin lemah.

Jelasnya, pada usia 14 tahun, akibat krisis kerohanian, dia hilang minat kepada mana-mana anutan agama.

"Pada usia itu juga, saya mula terlibat dengan kumpulan remaja yang nakal lagi liar.

"Selain itu, saya juga adalah DJ Hip Hop dan sering merakamkan lagu dengan ramai artis ketika itu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitu pun, kata Suhaib, melalui industri muzik juga, beliau mula diperkenalkan dengan agama Islam,

Ketika beliau berusia 17 tahun, seorang kenalan dalam industri itu menghadiahkannya senaskhah al-Quran terjemahan.

"Saya telah bekerja dengan artis Hip Hop dan sebahagian daripada mereka adalah beragama Islam dan mereka memperkenalkan saya kepada al-Quran.

"Sejak itu, al-Quran sedikit demi sedikit telah mula memberikan pengaruh cukup besar dalam hidup saya.

"Saya belajar al-Quran selama tiga tahun sebelum saya memeluk Islam," kata bapa kepada dua anak ini.

Tambahnya lagi, pada waktu sama, beliau juga semakin jauh terheret dalam kehidupan yang ganas akibat bergaul dengan kumpulan-kumpulan remaja liar.

'Paling berpengaruh di dunia'

Beliau adalah seorang yang suka berkongsi ilmu, jika dalam bahasa Arabnya perumpamaannya adalah Al Ilmu kal Usrati, iaitu ilmu itu bagai keluarga, mesti dikongsi bersama.

William Webb atau nama Islamnya, Suhaib Webb suka berkongsi ilmu tanpa mengira cara dan tempat di mana saja terutamanya dalam menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat (IT).

Bahkan, kenyataan ini disokong daripada kejayaan laman webnya sendiri, iaitu www.SuhaibWebb.com (Your Virtual Mosque), yang diiktiraf sebagai Blog Terbaik, The Best Blog Of The Year oleh Brass Crescent Awards dan di laman sosial Tweeter pula, dengan undian tertinggi untuk memenangi The Best Muslim Tweeter, setahun kemudian.

Tidak cukup dengan itu, di laman sosial Facebook miliknya, beribu-ribu likes dimilikinya dan beliau juga boleh dikenali sebagai Ustaz Youtube lantaran kepopularannya pada hari ini.

Selain itu, beliau turut dipilih sebagai salah seorang daripada '500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia' oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam pada 2010.

Suhaib juga telah dinobatkan sebagai 'Pemimpin Islam Sederhana' oleh Kerajaan British pada 2010 dan 2013.

Malah, Suhaib turut menjadi penggerak sayap belia untuk Muslim American Society dan juga menjadi tenaga pengajar untuk Al Maghrib Institute, universiti maya yang beroperasi 24 jam di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom.

Insiden jenayah berkumpulan

Suhaib memeluk agama Islam pada 1992, ketika itu beliau berusia 20 tahun.

Insidennya dikejar oleh kereta peronda polis dan terselamat daripada ditembak atas jenayah berkumpulan yang mereka lakukan menjadi titik tolak akan penghijrahannya.

Baginya, kejadian berkenaan adalah satu 'siren amaran' yang kuat kepada buat dirinya agar sedar sebelum segala-galanya terlambat.

"Saya benar-benar sedar sejak kejadian itu dan tidak ada cara atau jalan lain kecuali memeluk Islam bagi memastikan saya tidak lagi terjerumus dalam kancah jenayah," katanya.

Setelah itu, beliau berhenti dari menjadi DJ dan mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti of Central Oklahoma di dalam bidang pendidikan.

Pengajiannya kemudian diteruskan di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir selama enam tahun bermula pada 2004 dalam bidang Syariah.

"Saya mempelajari dan menghafal al-Quran di Mekah daripada seorang ilmu agama terkenal, Sheikh Abu Mustafa,

"Saya juga pernah menjadi guru agama dan mengajar di AS dan United Kingdom," kata pendakwah bebas ini.

Namun tidak sahaja beliau belajar di universiti bagi melengkapkan keperluan pendidikan rasmi, bagi yang tidak rasmi Suhaib belajar mengenai Islam dan bahasa Arab secara persendirian dengan seorang ulama dari Senegal.

Kini, beliau adalah Imam Masjid Boston di Pusat Masyarakat Islam dan Kebudayaan Boston (ISBCC), masjid yang terbesar di wilayah New England, Amerika Syarikat.

Hos Reflections

Menjadi antara peneraju awal bagi rancangan agama popular masa kini, Reflections di TV Al Hijrah (saluran 114), Suhaib berjaya mengumpulkan peminatnya tersendiri.

Maka tidak hairanlah, rancangan itu yang kini bakal memasuki musim ke-16 dan 17, sejak mula diperkenalkan hampir tiga tahun lalu, masih lagi mengekalkannya sebagai hos rancangan.

"Dulu, saya membesar dengan pengaruh yang disiarkan oleh saluran TV MTV, maka tidak menghairankan yang lahir adalah generasi MTV.

"Jadi, kita perlu mengambil kesempatan sepenuhnya demi membentuk generasi Islam yang terbaik terutama daripada kalangan anak muda kita hari ini," katanya.

Sebagai bekas DJ, beliau masih lagi menggunakan kemahiran dalam berkomunikasi itu bagi menarik perhatian penonton.

Dalam rancangan itu, Suhaib mengupas surah-surah dalam al-Quran dari pelbagai aspek, terutama dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian umat Islam.

Beliau tidak sahaja mengeluarkan pendapat, malah berkongsi dengan ulama-ulama dan tokoh ilmuan Islam lain bagi memberikan perspektif lebih luas kepada penonton.

"Konsep dan pemahaman ajaran Islam secara terperinci dengan terjemahan ayat-ayat suci al-Quran akan didedahkan kepada semua penonton," katanya.

Reflections musim baharu akan ditayangkan menjelang Mei nanti.

Sekitar Perbicaraan LIWAT II Anwar vs Saiful di mahkamah pagi tadi

 
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu.

Tumpuan utama pihak pendakwa dan pembela bergantung ialah integriti sampel itu kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar, mendapati ia tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu.

Ia telah didedah di mahkamah bahawa pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira telah membuka beg plastik yang tertutup dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meletakkan 12 sampel dalam sampul surat berasingan sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia untuk dianalisis.

Walaupun peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah bertegaskan bahawa rantaian bukti tidak terjejas walaupun beg plastik dari HKL dibuka, Ram pula menyatakan sebaliknya berkaitan "keaslian" sampel air mani, walaupun diperiksa empat hari selepas kejadian yang dikatakan itu.

Selepas kejadian liwat yang dikatakan pada 26 Jun 2008 di kondominium Desa Damansara, Saiful memberi keterangan bahawa dia tidak mandi dan tidak membasuhnya dalam usaha "untuk menyimpan bukti". Dia membuat laporan polis dua hari kemudian dan sampel itu diambil pada malam 28 Jun dan awal pagi 29 Jun.

Sampel itu kemudiannya disimpan oleh Pereira, bukan dalam peti sejuk seperti yang diarahkan oleh doktor HKL, tetapi dalam kabinet logam di pejabatnya dan kemudian diserahkan kepada ahli kimia pada malam 30 Jun.
                                  
Shafee juga telah membuat hujah teknikal bahawa ujian mahkamah hendaklah di atas imbangan kebarangkalian, manakala peguam kanan Karpal Singh berkata itu salah kerana mahkamah perlu menerima pakai pendekatan 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Dalam prosiding jenayah, pihak pendakwaan sering diperlukan untuk
membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala imbangan kebarangkalian biasanya diguna pakai dalam kes-kes sivil.

Selepas penghujahan pihak pembela pagi ini, Shafee akan meneruskan penghujahan balas. Beliau mengambil dua setengah jam dalam berhujah kes pendakwaan semalam.

Adalah menarik untuk melihat sama ada panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, akan menyampaikan keputusannya hari ini atau sebaliknya mengumumkannya pada tarikh yang lain.

Bagi Anwar, keputusan itu boleh menjejaskan usahanya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang di mana tarikh pencalonan telah ditetapkan pada Selasa depan.

Malaysiakini membuat laporan langsung hari kedua prosiding rayuan pendakwa terhadap penghakiman dalam Liwat II.

LAPORAN LANGSUNG

12.22pm: Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula pada jam 2.45pm dengan penghujahan oleh Shafee. Shafee berjanji pengujahannya akan mengambil masa setengah jam.

12:05pm: Noorin berkata istilah “asli” dibangkitkan oleh McDonald kerana terdapat bacaan yang hampir tinggi ke atas sampel.

Beliau mempertahankan bahawa Seah tidak menyatakan bahawa tidak terdapat degradasi.

“Saintis masih belum menemui ujian degradasi kerana ia akan sentiasa berlaku, dan ia hanya soal interpretasi.”

"Ujian terakhir McDonald dilakukan pada 2004, dan sejak itu beliau hanya menafsir keputusan,” katanya yang merujuk kepada kerja-kerja lapangan McDonald.

11.50am: DPP Noorin Badaruddin mengemukakan hujah berhubung 18 allele.

"Profil DNA berdasarkan loci ke-16 DNA. 18 allele ini ditemui pada satu atau dua lokus, oleh dua ahli kimia berbeza.

"Ini adalah sebab Nor Aidora (ahli kimia) tidak melaporkan 18 allele. Allele itu hanya ditemui pada satu loci dan tidak perlu dilaporkan,” katanya.

11.47am: Karpal menjawab soalan Shafee berhubung soal alibi saksi.

"Seharusnya kenyataan dari kandang tertuduh adalah bahan bukti dan ia perlu diambil kira,” katanya yang menambah soalan itu adalah usaha untuk memesongkan hakim, yang perlu diambil perhatian.

Karpal menamatkan penghujahannya.

11.42am: Peguam Anwar Karpal Singh berkata Shafee mengalami “serangan amnesia” kerana peguam Umno itu berkata seorang individu yang memberi keterangan dari kandang adalah seorang yang rendah keupayaan mental.

"Bagaimanapun, Shafee mengemukakan DP Vijendran dan beliau memberi keterangan dari kandang.”

Hakim Zawawai menyoal sekiranya ini merujuk kepada bekas timbalan speaker tersebut, dan Karpal mengiakannya, yang disambut dengan gelak ketawa dari galeri awam.

Katanya, kenyataan dari kandang itu merupakan bahan bukti.

11.40am: Ram berkata pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira sudah didapati “berbohong” sebelum ini, yang ditentukan demikian oleh Shafee.

"Kami mendapati bukti Jude tidak memuaskan hati sama sekali dan dia sentiasa tidak bercakap benar dan atau hilang ingatan dan inilah yang ditulis oleh Shafee,” katanya.

Katanya, Jude adalah tumpuan utama dalam semua bahan bukti yang dekemukakan.

"Dia yang memegang sampel dan sampel sulit. Terdapat allele pihak ketiga di dalamnya.

"Inilah yang kita katakan merosakkan (bukti). Kita perlu menyokong penemuan hakim Mahkamah Tinggi, jika bahan uji itu telah dirosakkan,” katanya.

Ram menamatkan penghujahannya.

11.35am: Ram berkata panduan mengenai prosedur ini menyatakan bahawa pemisahan sel perlu dilakukan untuk mengeluarkan sel bukan sperma.

"Faktanya, dalam sebahagian sperma yang dianalisis, terdapat sel bukan sperma di dalamnya.

"Ia boleh diubah dan jika kenyataan pendakwaan itu (benar) sekalipun, sukar untuk dikatakan bahawa sel sperma itu datang dari 'male Y',” katanya.

Ram berkata Seah tidak boleh mengatakan perkara itu dengan pasti, maka Shafee tidak boleh mengatakan bahawa sel sperma itu dari 'male Y' (Anwar),” katanya.

11:30am: Penyokong Anwar Ibrahim beralih lokasi ke bahagian pintu belakang untuk menunggu Anwar keluar dari mahkamah.

Kumpulan itu dihiburkan dengan seorang penyokong, dikenali dengan nama Uncle Sow yang membacakan puisi.

11.15am: Ram berkata ujian DNA tidak dijalankan dengan sebaiknya. “Ia tidak dari sumber sel mana DNA itu diperolehi.”

11.12am: Persidangan mahkamah bersambung semula.

11.10am: Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang memasuki mahkamah. MP lain yang turut berada di galeri awam ialah Johari Abdul, Wong Chen dan Sim Tze Tzin.

10:57am: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyertai kumpulan penyokong dalam dilihat bertegur sapa dengan individu berkenaan.

Sebanyak tiga buah kenderaan pacuan empat roda polis, termasuk unit anjing pengesan juga kelihatan di kawasan tersebut.

10:40am: Kira-kira 80 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul satu kawasan bersebelahan dengan Istana Kehakiman bagi menyatakan sokongan.

Menurut seorang penyokong dari Pulau Pinang, mereka berhimpun secara aman di kawasan itu kerana tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

"Mereka (anggota polis) tidak bagi masuk jadi kita berlumpul di sini lah, tidak mengapa sini redup bawah pokok, kita datang nak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja," katanya.

Kumpulan itu diawasi oleh beberapa orang anggota polis.

10.40am: Persidangan mahkamah ditangguhkan.

10.30am: Ram seterusnya mempertahankan kewibawaan pakar luar negara yang dipertikaikan oleh Shafee sebelum ini.

10.30am: Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik terhadap undang-undang dalam mengenepikan semua itu.

Beliau menambah bahawa beban bukti memerlukan integriti sampel itu dijamin.

"Bagaimanapun, dalam kes ini ia tidak begitu... Terdapat banyak soalan. Jika terdapat anomali ia sepatutnya memihak kepada tertuduh."

10.20am:  Ram berkata Shafee mengambil pandangan simplistik dengan berkata Jude hanya memotong membuka beg plastik HKL tetapi tidak mengganggu sampel itu.

Namun begitu, kata Ram, berlaku pencemaran yang tidak dapat dijelaskan.

"Terdapat dua jenis pencemaran, secara langsung dan tidak langsung.

"Kes-kes yang dirujuk oleh Shafee menunjukkan tiada apa yang pelik tetapi dalam kes ini, walaupun jika dikatakan Jude memotong plastik itu, tidak ada penjelasan mengenai degradasi dan pencemaran."

10.10am: Peguam Ram berhujah ada kemungkinan 18 allele berpunca dari pegawai penyiasat Jude Pereira kerana beliau menyimpan sampel untuk itu satu tempoh masa.

"Bukan untuk kita bagi membuat spekulasi, tetapi bagi pihak pembela untuk mewujudkan keraguan yang munasabah," kata Ram sambil menambah ia adalah wajib kepada pihak pendakwa untuk mengecualikan kehadiran pihak ketiga itu.

9.50am: Ram mempersoalkan keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong mengenai tuala itu kerana pada mulanya beliau berkata 18 allele itu penting tetapi kemudian apabila ditanya lebih lanjut dalam keterangannya, beliau berkata ia tidak penting.

Ram juga menimbulkan persoalan berkaitan keterangan seorang lagi ahli kimia, Nor Aidura Saedon mengenai pemeriksaannya ke atas tuala tersebut.

Menurut Ram, Nor Aidura berkata alasan beliau tidak melaporkan mengenai 18 allele itu kerana ia adalah di bawah ambang (threshold) dan ia mengkin satu 'starter'.

"Saya katakan kepada beliau ia bukan starter, dan ia tidak mengikut garispanduan Jabatan Kimia dan dia bersetuju. "

Pokoknya, kata Ram, 18 allele terdapat di situ, tetapi ahli kimia itu tidak menjalankan ujian lanjut ke atasnya kerana ia adalah dari penyumbang lelaki yang lain.

"Ini menunjukkan terdapat pencemaran di dalam sampel intim itu dan kita tidak tahu siapa penyumbangnya itu."

9.40am: Ram seterusnya menyentuh tentang pencemaran.

Beliau berkata tuala 'Good Morning' diambil dari sel lokap Anwar mempunyai satu ciri yang tidak dikenali dengan kehadiran 18 allele dalam bacaan DNA.

18 allele, katanya, juga terdapat dalam swab rektum tinggi. Ini bermakna DNA orang ketiga ditemui dalam dubur tetapi tinggi sehingga rektum."

Katanya, terdapat dua cara ia boleh berlaku. Melalui hubungan seksual, air mani dipancut dalam dubur.

Menurutnya lagi, pengadu (Saiful) berkata dia bukan homoseksual, jadi Ram berkata, bagaimana seseorang boleh menjelaskan kehadiran 18 allele di situ.

Ahli kimia berkata, kehadirannya boleh disebabkan oleh 'drop-in' (pencemaran), tambahnya.

9.24am: Menyambung penghujahannya hari ini, peguam Ram Karpal berhujah bahawa sampel peri-anal menunjukkan tanda degradasi tetapi swab rektum tinggi tidak menunjukkan tanda degradasi.

Semua sampel itu, katanya, diambil pada kira-kira masa yang sama dan semua harus menunjukkan tanda-tanda degradasi.

Walau bagaimanapun, katanya, swab rektum yang tinggi tidak begitu.

Ini, hujah Ram menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan ia telah diganggu.

9.14pm: Mahkamah mula bersidang dengan panel Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Balia menegur bahawa prosiding itu lewat 15 minit.

"Apabila kita katakan jam 9 pagi, ia mesti jam 9 pagi."

Peguambela Ram Karpal berkata mereka tiba pada masanya dan ia mungkin kerana mahkamah berpendapat peguam Karpal Singh akan datang.

"Karpal akan datang kemudian," katanya.

Hakim Balia mahu peguam menjalankan prosiding secara profesional.

Balia mengingatkan mereka supaya tidak membaca dari penghujahan mereka kerana hakim telahpun membacanya.

9.10am: Keadaan di luar rumah mahkamah sunyi dan tenang. Terdapat kira-kira sedozen anggota polis berlegar-legar di sekitar kawasan itu.

8.56am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR, Datin SeriDr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Istana Kehakiman bersama-sama dengan tiga orang anak mereka.

Mereka menuju ke Mahkamah Rayuan yang terletak di tingkat dua.

8.55am: Datuk Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan tersebut, memasuki mahkamah.

Juga kelihatan di mahkamah ialah beberapa pemerhati antarabangsa dan juga penyokong PKR. Ruang dewan mahkamah semakin dipenuhi.

8.50am: Beberapa kedutaan menghantar dua wakil, kata kakitangan mahkamah. Hari ini, lebih ramai meminta pas masuk dan beberapa wartawan - sepertimana semalam - tidak dapat masuk ke dalam dewan mahkamah.

8.28am: Kawalan ketat di semua pintu masuk di Istana Kehakiman di Putrajaya, dengan anggota polis berpakaian seragam membantu polis bantuan mahkamah.

Jangan main-main naluri isteri

MUHAMAD MAT YAKIM


BEBERAPA hari lepas, saya duduk berborak dengan mereka yang sudah melimpah ruah pengalamannya mengenai hal ehwal wanita. Walaupun sudah masuk umur 43 dan sudah hampir 20 tahun berumahtangga tetapi bercampur dengan mereka, saya berasa diri seperti anak muda mentah.

Rupanya masih banyak yang saya tidak tahu mengenai wanita. Betullah seperti apa yang dikata oleh seorang kawan, wanita adalah makhluk yang dijadikan ALLAH dengan seribu satu misteri. Dan meneroka misteri wanita adalah pengembaraan hidup yang sangat menarik. Namun pengembaraan ini tidak ada destinasi muktamadnya sebagaimana misterinya wanita yang tidak pernah ada jawapan tuntas bagi setiap persoalan membabitkan mereka.

Dalam perbualan itu, berkatalah seorang daripada bijak pandai ini bahawa lelaki jangan berasa diri mereka sudah cukup pandai untuk menyembunyikan rahsia daripada isteri, terutama suami yang daripada spesis patin buah iaitu mereka yang mengamalkan cara hidup liar, bebas seperti patin yang di luar sangkar.

"Orang perempuan ni kita tak tau, instinct depa kuat. Apa yang kita buat di luar rumah, depa boleh rasa. Tinggal lagi sama ada depa nak bising atau tidak saja," katanya.

Menyusul selepas, macam-macam pandangan dikemukakan. Ada yang mengatakan dalam pada suami yang jenis patin buah itu berasa mereka sudah cukup bijak menyembunyikan kegiatan kokurikulum daripada pengetahuan isteri, keharmonian rumah tangga sebaliknya berjaya dikekalkan hanya bersebab kesabaran isteri.

"Isteri ni... depa saja tak mau buat kecoh. Selagi mana dirasa apa yang dibuat suami di luar rumah tak menjejaskan depa, selagi itulah depa bertahan. Ada juga yang fikir, kalau depa bising, keadaan akan jadi lebih haru biru. Anak-anak macam mana?

"Bagi mak-mak ni, anak-anak lebih utama. Sebab itu depa diam. Walaupun makan hati, depa tak bising sebab depa tau, kalau depa bising, akibatnya mungkin lebih buruk untuk depa." Demikian salah satu pendapat yang dikemukakan.

Menariknya, untuk mengiyakan lagi tajuk itu, seorang daripada rakan saya itu buat pengakuan. Katanya, pernah suatu ketika bekerja di luar kawasan, dia terserempak dengan kekasih lamanya sewaktu universiti dahulu.

"Nak jadi cerita, ex-girlfriend aku tu tak kahwin lagi. Bila dah terjumpa, dan aku pun tengok dia masih lawa, semangat lama pun datang balik. Kami pergi makan dan berborak agak lama. Kiranya dalam hati aku memang ada niat nak sambung balik apa yang sudah terputus."

Namun dengan tidak semena-mena kata kawan saya itu, keasyikannya menganyam impian tiba-tiba tersentap apabila isterinya telefon.

"Sebelum tu, tak pernah sekalipun dia call waktu kerja. Biasanya bila kerja outstation, malam aku yang call dia untuk tanya khabar, tahu-tahu hari tu, entah macam mana dia teringat nak call aku pulak. Dan lagi yang paling tak sedap, dia tanya aku ok ke tak? Tiba-tiba saja. Bila aku tanya dia sebab apa tanya macam tu, dia kata, entah, tiba-tiba saja rasa tak sedap hati," katanya.

Sejak itu, kata si rakan, jangankan impian jangka panjang, impian jangka pendeknya pun terus terhenti di situ juga. Taubat nasuha terus dia. Kawan saya itu bukan spesies patin buah tetapi patin sangkar!

Saya teringat satu cerita yang lain. Ini berkaitan hipnosis. Hipnosis biasanya dikaitkan dengan keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidur tetapi tidak tidur. Adapun apa yang berlaku kepada seorang kawan seperti yang dia sendiri akui, bagi saya adalah paling 'membahayakan'.

Katanya, pernah terjadi dalam keadaan tidak sedar, dia sendiri bercerita habis apa yang dilakukan di luar rumah kepada isterinya.

"Esoknya dia bercerita balik pada aku apa yang aku ceritakan pada dia, walhal masa itu aku tidur. Rupa-rupanya time aku tak sedar (tidur) tu, dia interview aku dan aku pun ceritakan semuanya. Sejak itu, nak tidur malam pun aku takut, takut kena interview lagi," katanya disambut gelak ketawa kami semua.

Kepada suami-suami patin buah, berhati-hatilah ataupun kembalilah ke sangkar menjadi patin sangkar.

Kepada pembaca Kelab 40, selamat mengundi untuk Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013.

Datuk rayu dibebaskan selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang remaja

Datuk rayu dibebaskan   
Muhamad (tengah) ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU - “Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dibebaskan dengan jaminan kerana saya kini menghidap sakit jantung,” demikian rayuan Muhamad Abdullah, 68, selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang remaja, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Warga emas yang beralamat dari Taman Medan Jaya, Marang, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan merogol mangsa yang dipercayai cucu saudaranya sendiri ketika mangsa berusia 14 tahun dan tiga bulan.

Dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, lebih kurang jam 8 malam, pada 6 Ogos tahun lalu.

Dengan itu, Muhamad didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli di hadapan Hakim Aslam Zainuddin manakala Muhamad tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah Muhamad direkodkan serta rayuannya dipertimbangkan, Aslam membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Terdahulu, mahkamah terpaksa membenarkan Muhamad yang secara tiba-tiba diserang sakit jantung berbaring di atas bangku dalam kandang pesalah sambil mendengar kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

KJ beritahu ada orang persenda nama Jambatan kedua Pulau Pinang

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4c/JKSB_2.jpg/400px-JKSB_2.jpg

KUALA LUMPUR 5 Mac - Seorang pemilik akaun Twitter dikesan mempersendakan nama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mac lalu.

Perbuatan kurang sopan itu didedahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter miliknya pada 3 Mac lalu.

Merujuk kepada paparan skrin yang dimuat naik Khairy, seorang pemilik akaun Twitter yang namanya tidak didedahkan menganggap nama jambatan tersebut terlalu panjang.

"Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah? Serius? Sebaik sahaja saya selesai menyebut nama itu, saya sudah pun berada di hujung jambatan," ujarnya.

Pada ruangan komen entri itu, seorang pemilik akaun Twitter yang lain menyatakan nama tersebut terlalu 'buruk' bagi sebuah jambatan yang moden.

"Bukankan itu nama Sultan Kedah? Sekiranya mereka meletakkan nama Francis Light lagi cantik kan," katanya.

Khairy dalam komen ringkasnya meminta mereka menghormati nama yang diberikan kepada jambatan kedua Pulau Pinang itu.

Pemilik akaun Twitter 'SurenSahot@LOLSuren' turut mencadangkan jambatan itu dinamakan sempena Francis Light yang merintis jalan kepada penjajahan Inggeris di Pulau Pinang.

"Terbaca perbincangan tentang nama jambatan kedua. Patut letak nama Francis Light," jelasnya dalam entri pada 2 Mac lalu.

Sementara itu, pemilik akaun Twitter 'ChombiPenang / Tiqq@twt_penang' dalam entri pada 1 Mac lalu turut mempersoalkan nama jambatan berkenaan.

"Jambatan Sultan Abdul Halim katanya! Motip? Tapi xpa la kita bangga ja lah ;)," katanya.

Dia turut mencadangkan jambatan tersebut dinamakan sebagai 'Mydin', 'Koya', 'Haja' atau 'Mohideen'.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kajang : Herman Tino tarik diri

Herman Tino.
PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Herman Tino mengumumkan tidak akan meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.

Herman memberitahu sebuah portal berita pada Khamis bahawa dia menarik diri kerana tidak mahu dituduh menjejaskan undi atau menerima bayaran untuk bertanding.

"Saya tidak mahu dipanggil sebagai perosak undi atau mencari publisiti murahan," katanya.

Herman atau nama sebenarnya Marsun Tamsi, pernah bertanding sebagai calon bebas untuk kerusi Parlimen Tanjung Karang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei tahun lalu.

Beliau mencabar calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Noh Omar dan Mohamad Rashdi Deraman dari PAS.

Kerusi itu dimenangi oleh Noh yang memperoleh 20,548 undi menewaskan Mohamad Rashdi dengan majoriti 4,394 undi. [mStar]

8 Keajaiban Solat Tahajud yang umat Islam tak tahu..!!

5424_10151811910656612_1108277778_n

Solat Tahajud

Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
 
 1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Ingakan Kerajaan takut dengan Pakatan Rakyat sahaja tapi Ultraman pun mereka takut juga..!!

KDN larang buku 'Ultraman the Ultra Power'


Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
  
Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
  
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.
  
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
  
- Bernama

TV3 cabar integriti hakim dalam kes Nizar

TV3 memfailkan usul untuk mengetepikan penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memihak kepada bekas menteri besar Perak yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana mendakwa hakim "berat sebelah".

Menurut usul itu yang difailkan pagi ini dan dilihat oleh Malaysiakini, stesen penyiar itu berkata ini kerana Hakim Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof yang mempengerusikan panel hakim "sepatutnya hilang kelayakan" kerana penglibatan beliau dengan PAS.

Pihak responden berhujah bahawa Hakim Mohamad Ariff bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket PAS dan terus aktif dalam parti itu walaupun selepas dia kalah dalam pilihan raya tersebut.

Malah, menurut usul tersebut, Hakim Mohamad Ariff telah terpilih sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS untuk sesi 2007-2009.

Tambahnya, antara penglibatan Hakim Mohammad Ariff dalam PAS ialah bertindak sebagai penasihat undang-undang dan peguam dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Ia menambah bahawa oleh kerana panel Mahkamah Rayuan mesti mempunyai sekurang- kurangnya tiga orang ahli, maka kehilangan kelayakan Hakim Ariff, bermakna tidak akan ada kuorum tersebut.

Usul itu difailkan oleh TV3 dan penerbit Buletin Utama TV3, Rohani Ngah melalui peguam mereka di Messr TH Liew & Partners.

Nizar telah menyaman TV3 kerana dakwaan fitnah berhubung laporannya mengenai tweet nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang telah berjaya dibida oleh Sultan Johor.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan oleh Hakim Mohamad Ariff, sebulat suara membenarkan rayuan Nizar untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM50 juta terhadap TV3.

TV3 telah diarahkan membayar kepasdsa Nizar RM30,000 untuk kos undang-undang.

Kronologi kes kalimah ALLAH


Kalimah ALLAH

PUTRAJAYA - Berikut adalah kronologi kes 'Kalimah ALLAH' yang membawa kepada pendengaran permohonan Gereja Katolik untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan di Mahkamah Persekutuan bahawa penerbitan mingguannya 'The Herald' versi bahasa Melayu, dilarang menggunakan kalimah ALLAH.

16 Febuari 2009: Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden, memohon diisytiharkan keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam The Herald adalah tidak sah.

Majalah mingguan itu, diterbitkan dalam empat bahasa, dan telah menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk kepada Tuhan dalam seksyen bahasa Melayunya.    

Permohonan itu menuntut tujuh deklarasi lain termasuk hak  berperlembagaan untuk menggunakan perkataan ALLAH dalam The Herald, bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan ALLAH dalam The Herald dan bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitan mingguan itu.

Ia juga menuntut deklarasi bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan perkataan Allah dalam The Herald dan bahawa perkataan ALLAH bukan eksklusif kepada agama Islam.

31 Disember 2009: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald daripada menggunakan kalimah ALLAH adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya, menegaskan bahawa The Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.

Beliau berkata lanjutan kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan 'ALLAH' kepada umat Islam untuk menyebarluaskan agama itu.

Bagaimanapun ia bukanlah satu kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama, katanya.

6 Januari 2010: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh majalah mingguan Katolik, The Herald, berikutan persetujuan KDN dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia bagi kepentingan negara.

Hakim Datuk Lau Bee Lan yang mengeluarkan perintah sebelum ini pada 31 Disember 2009 membuat keputusan itu setelah dipohon Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

14 Okt 2012:  Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah ALLAH.

Mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah ALLAH.

Mahkamah itu berpendapat kalimah ALLAH tidak pernah menjadi bahagian penting daripada amalan kepercayaan agama Kristian dan dengan mengambil kira fakta sejarah dan agama, beliau tidak dapat menemui sebarang sebab munasabah kenapa responden (Titular Roman Catholic Archbishp of Kuala Lumpur) berkeras untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan buletin mingguan mereka.

11 November 2013: Gereja memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 26 soalan mengenai undang-undang pentadbiran dan kuasa mahkamah untuk membenarkan Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan teologi (Tuhan).

5 Mac 2014: Mahkamah Persekutuan akan menetapkan satu tarikh lain untuk membuat keputusan pendengaran permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguannya The Herald dilarang menggunakan kalimah ALLAH. - Bernama

RTM dapat hak siaran eksklusif Piala Dunia 2014

Trofi Piala Dunia FIFA 2014
Trofi Piala Dunia FIFA 2014

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014, yang akan berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM Datuk Norhyati Mohd Ismail berkata RTM telah menjadi penyiar utama bagi kejohanan empat tahun sekali itu sejak 1974.
    
Beliau berkata RTM akan menyiarkan sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD).
    
"Siaran melibatkan negara yang diminati rakyat Malaysia antaranya Brazil, England, Argentina, Sepanyol, Perancis, Portugal, Itali, Argentina, Korea dan Jepun," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran awal 'Detik Kira 100 hari Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014' oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi dan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong.
    
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata penyiaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan rakyat yang meminati kejohanan itu tetapi tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar.
    
Menurutnya lebih tiga juta rakyat daripada 6.4 juta isi rumah masih bergantung kepada penyiaran tidak berbayar yang disediakan kerajaan.
    
Ahmad Shabery juga berkata sebahagian besar daripada dana bagi pembelian siaran eksklusif itu diperoleh daripada penajaan syarikat swasta.
    
"RTM berusaha mencari dana. Kita tidak minta dana tambahan daripada Perbendaharaan negara, ia tidak adil jika kita terpaksa minta duit rakyat.
    
"Kita mohon syarikat menaja dan sebagai balasan mereka mendapat hak iklan ketika siaran kejohanan itu," katanya. - Bernama

majlis pernikahan antara pasangan sensasi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mungkin ditunda

Mungkin tunda nikah!

LEBIH kurang dua hari lagi majlis pernikahan antara pasangan sensasi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal berlangsung.

Namun status majlis ini menjadi tanda tanya apabila Syamsul dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles dan disahkan menghidap demam denggi.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Datuk Yusof Haslam memberitahu Syamsul kini berada dalam keadaan yang tidak konsisten.

“Buat masa ini keadaannya masih lemah dan doktor menjangkakan mungkin akan ambil masa empat hingga lima hari untuk pulih.

“Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahu sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Melihatkan keadaan anak lelakinya itu, Yusof memberitahu akan bertemu dengan keluarga pihak perempuan sebagai persediaan.

“Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini.

“Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya.

“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Yusof turut menafikan majlis pernikahan tersebut akan dijalankan di hospital seperti yang dinyatakan Syamsul sebagai gurauan.

“Majlis ini tidak akan dijalankan di hospital kerana saya rasa memang tidak sesuai dan hanya akan mengganggu pesakit lain, lagi pun saya rasa ia kurang manis.

“Saya juga tidak yakin kalau pihak hospital juga akan memberikan kebenaran,” katanya.

Di sini ada 15 fakta menarik pasal nyamuk.


  1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)
  2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.
  3. Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)
  4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati..)
  5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).
  6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina yang seksi dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni).
  7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).
  8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).
  9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’).
  10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)
  11. Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas betul tu!)
  12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam baik jer nyamuk jantan nie..)
  13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.
  14. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman batu daa..).
  15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk)

Seorang Pelajar anak saudara menteri menjadi orang pertama cuba membunuh diri di Jambatan ke 2

Anak saudara timbalan menteri terjun jambatan baru Pulau Pinang
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Menurut Lai Fah Hin lagi, mangsa dikatakan terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang baru dirasmikan Sabtu lalu dengan niat membunuh diri.

Tambah beliau, mangsa telah diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500m daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Nama dan motif membunuh diri enggan dinyatakan oleh pihak polis.

Lelaki Baling Al-Quran Di Terengganu Ditahan


http://www.kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2012/10/lelaki-ditahan.jpg
KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kejadian membaling Al-Quran di sebuah masjid di Besut.

Lelaki yang dipercayai pesakit mental itu didakwa bertanggungjawab membaling kitab suci umat Islam ke dalam tandas dalam kejadian pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Besut pada pukul 5 petang Selasa berdasarkan imej yang diperolehi daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Dengan penangkapan lelaki terbabit kita menganggap kes ini selesai dan kami berharap ia juga akan menghentikan spekulasi tidak berasas di media sosial oleh kumpulan-kumpulan yang ingin menghasut kebencian," kata Jamshah pada sidang akhbar.

Ramai penderma pahala di internet

Ramai yang saban hari menderma pahalanya di internet. Ini samada dengan cara menuduh orang ataupun memaki dan mencerca orang lain. Sebahagian mereka merasa selamat di sebalik keyboard mereka. Namun Allah tidak lupa.
 

Mereka mungkin merasa padam muka orang yang dimaki ataupun dicerca itu. Padahal hakikatnya mereka sedang menderma pahala mereka untuk 'si mangsa'. Jika mereka tiada pahala, mereka sebenarnya sedang menolong si mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat kelak. Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi mangsa.
 

Sabda Nabi s.a.w:
Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda : “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Sumber - FB DrMaza

Untung sebelum cukai Petronas naik 7%

Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2013, meningkat sebanyak tujuh peratus kepada RM94.26 bilion berbanding RM89.74 bilion pada 2012.

Hasil naik sembilan peratus kepada RM317.31 bilion berbanding RM291.23 bilion pada tahun sebelumnya, kata Naib Presiden Eksekutif (Kewangan) kumpulan Datuk George Ratilal pada taklimat media di sini hari ini.

"Jumlah aset meningkat kepada RM528.7 bilion pada 2013 berbanding RM489.2 bilion pada tahun sebelumnya terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang dijana bagi tahun berkenaan," kata beliau.

Peningkatan ekuiti pemegang saham sebanyak RM28.8 bilion kepada RM335.8 bilion sehingga 31 Dis, 2013 adalah disebabkan oleh impak bersih keuntungan yang boleh diagih kepada pemegang saham syarikat, dividen akhir yang diluluskan pada tahun kewangan 2012 dan dividen interim yang diisytiharkan pada 2013, jelas beliau.

Beliau berkata ekuiti pemegang saham yang lebih tinggi menyebabkan penurunan dalam nisbah hutang kepada 11 peratus sehingga 31 Dis, 2013 berbanding 11.7 peratus pada 2012 meskipun kenaikan kecil dalam paras hutang.

-Bernama

Erra di gossip dengan Tengku Adnan lah pula..!!

Penjelasan Erra Fazira Mengenai ‘Hubungan’ Dengan Datuk Seri Tengku Adnan(Ku Nan)

Kecoh semalam mengenai gosip pelakon yang kini berstatus ibu tunggal, Erra Fazira menjalinkan hubungan istimewa dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Nan.

Bagaimanapun menerusi laporan myMetro hari ini, Erra tampil beri penjelasan mengenai gosip tersebut. Menurut Erra, berita yang disampaikan pengurusnya itu memang mengejutkan, sekali gus mengganggu tumpuannya untuk teater muzikal Suara Kita anjuran Awie dan turut disertai Ziana Zain yang bermula semalam.

2


“Mentang-mentanglah saya ibu tunggal, jangan mudah nak aibkan saya sesuka hati. Saya ada keluarga, begitu juga pihak yang dikaitkan itu yang ada keluarga perlu dijaga.

Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar.

Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan beliau.

Semalam hari pertama konsert bermula. Saya dibayar oleh Awie untuk menjayakan persembahan ini. Jadi saya harus menggalas tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin,” kata Erra Fazira.

Makan Ikan Kelah, Makan Udang Galah.. bila kena charge mahal bisinglah pula..!!

Resit untuk hidangan 8 orang serta ikan kelah merah yang berharga RM200
Kalau ingin menikmati patin dan kelah, ingat-ingat tentang harga yang perlu  dibayar pelanggan.

Lihatlah resit di atas, itulah harga patin dan kelah setelah dipersetujui pelanggan, kata pemilik restoran. Berita dari Harian Metro tentang harga tersebut.
Kuantan: “Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh.
“Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.

Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.

Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.

Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.

“Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut. - HM

Perbicaraan Pasangan Pukul Anak di Sweden -Tiba masa bapa pula di soal dalam mahkamah

Azizul tenang jawab soalan peguam pendakwa

Pukul anak tak solat, pasangan dikenal pasti  
Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka. - Foto dipetik daripada Astro Awani

STOCKHOLM - SWEDEN. Hari ketujuh perbicaraan pasangan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalludin yang didakwa di Mahkamah Daerah Solna atas tuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga tahun 2013 hari ini menyaksikan giliran Azizul dipanggil memberikan keterangan.

Azizul yang memakai baju kemeja berwarna hijau lengkap bertali leher dan berkot hitam dipanggil bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa sebaik sahaja Mahkamah bermula pada jam 9 pagi.

Perbicaraan yang dijalankan dalam Bahasa Sweden dengan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa itu dimulakan dengan Azizul diminta untuk menceritakan mengenai latar belakangnya bermula dengan diri, keluarga, isteri dan anak-anaknya.

Beliau yang ditahan reman sejak 18 Disember tahun lalu sempat berkongsi saat manis menceritakan bagaimana isterinya, Shalwati menghantar anak-anaknya ke sekolah setiap pagi dengan menaiki pengangkutan awam.

Saat ditanya adakah dia pernah melakukan kekerasan terhadap empat orang anaknya, Azizul menafikan perkara tersebut. Azizul yang mengaku mengamalkan cara didikan tegas bagaimanapun berkata dia telah mengurangkan ketegasan tersebut sewaktu berpindah ke Sweden kerana dikejutkan dengan situasi sedih yang berlaku sewaktu mendaftarkan persekolahan anak ketiganya, Adam.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Azizul kedengaran tersekat-sekat sambil ada ketikanya menundukkan muka sementara Shalwati yang memakai baju dan tudung berwarna merah dilihat mula mengesat air mata.

Seluruh mahkamah juga merasa hiba apabila Azizul menerangkan dia terkesan dengan situasi yang mana Adam tidak dibenarkan untuk didaftarkan di sekolah biasa sebaliknya diminta ke sekolah khas (slow learner) akibat daripada disleksia yang dialaminya.

Azizul yang menggelar Adam sebagai ‘streetsmart’ mengatakan akibat insiden itu, dia mengurangkan ketegasan bagi mengelakkan tekanan terhadap anak-anaknya terutamanya Adam.

Saat ditanya mengenai insiden-insiden pukulan yang didakwa dilakukan oleh beliau, Azizul menafikan ada memukul anak-anaknya di muka, belakang badan dan tangan sebaliknya menyatakan dia hanya memberikan pukulan ringan sebagai pengajaran kepada anak-anaknya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan bukannya berniat mencederakan atau mendatangkan kesakitan.

Azizul yang ditanya berkaitan empat insiden di mana dia dikatakan memukul anak-anaknya menerangkan insiden pertama berlaku ketika di meja makan sewaktu menikmati makan malam yang mana Azizul berkata ianya adalah mustahil untuk beliau memukul Ammar ketika itu kerana tempat duduk anak keduanya itu berhadapan dengannya dan kedudukan itu tidak memungkinkan Ammar dipukul.

Insiden kedua pula dikatakan berlaku apabila Azizul menggunakan rotan sewaktu mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran. Azizul menegaskan ianya tidak berlaku kerana kayu nipis yang dikatakan sebagai alat memukul itu hanya digunakan sebagai penunjuk dan jika digunakan untuk memukul sekalipun, ia tidak mendatangkan kesakitan atau kesan.

Selain itu, terdapat juga insiden yang berlaku di dalam kereta di mana Azizul dikatakan memukul Ammar yang bertengkar dengan Aisyah sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Azizul menafikan kejadian tersebut dengan menceritakan dia hanya menyentuh bahu Ammar dan memintanya berhenti berbalah dengan kakaknya.

Sewaktu kejadian itu, Azizul yang sedang memandu terdengar anak-anaknya bertengkar apabila Ammar yang  duduk di bahagian depan menggerakkan kerusinya jauh ke belakang mengakibatkan Aisyah yang duduk di tempat duduk belakang tersepit. Aisyah yang beberapa kali meminta Ammar membetulkan kerusinya tidak dihiraukan menyebabkan Azizul menghalang dan meminta Ammar untuk membetulkan kerusinya.

Pegawai Pendakwa yang sentiasa cuba membuktikan Azizul ada memukul anaknya ketika ini bertanya mengenai kejadian Ammar dipukul semasa hari halloween. Azizul yang kelihatan tenang bagaimanapun menjawab mereka tidak menyambutnya kerana ia tidak dibenarkan di dalam Islam. Oleh itu, dia tidak tahu bilakah hari tersebut selain menyatakan kejadian ini tidak pernah berlaku.

Ketika ditanya bagaimana dia menzahirkan perasaan marah, Azizul menjelaskan kebiasaannya dia akan meninggikan suara selain membuat bunyi sama ada mengetuk meja atau tangga. Ada ketikanya dia turut memutuskan talian internet dan membuat kiraan sebagai amaran kepada anak-anaknya.

Perbicaraan bersambung 5 Februari 2014.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts