Jangan Keruhkan Hubungan MALAYSIA-CHINA


Rakyat China diminta menilai hasil hubungan diplomatik Malaysia dan negara itu yang terjalin sejak 40 tahun lalu dan tidak mengeruhkannya semata-mata kerana spekulasi yang tidak berasas berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana banyak daripada perasaan tidak puashati oleh rakyat di China terhadap Malaysia datang dari teori dan spekulasi yang tidak berasas berhubung tragedi yang menimpa pesawat berkenaan.

"Kita berharap rakyat China melihat hubungan dengan kita (Malaysia) secara keseluruhan, bukan hanya melihat spekulasi yang tidak berasas (berkaitan tragedi yang menimpa pesawat berkenaan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Satelit Institut Sukan Negara Kelantan di Kompleks Belia dan Sukan Panji di Kota Bharu hari ini.

Khairy berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan rakyat China membatalkan banyak pakej pelancongan ke Malaysia berikutan tragedi yang menimpa penerbangan MH370 itu.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Isnin bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata pada tahun ini genap 40 tahun terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China, dan Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf negara itu dengan mengadakan hubungan dua hala pada 1974.

"Bila timbul isu berkaitan Laut China Selatan yang banyak meredakan keadaan adalah Malaysia, kita tidak ambil sikap konfrantasi terhadap China seperti negara lain, kita berdiplomasi dengan China, kita banyak menerima pelaburan dari negara ini dan kita banyak melabur di China," katanya sambil menyifatkan Malaysia sebagai sahabat rapat kepada China.

Beliau berkata tuduhan bahawa Malaysia menyembunyikan maklumat berkaitan tragedi pesawat tersebut adalah tidak benar dan maklumat yang diberikan adalah setelah ia disahkan.

"Saya lihat kenyataan sesetengah keluarga itu mengatakan bahawa ada perkara yang disembunyikan oleh kerajaan Malaysia, ada perkara yang tidak dimaklumkan oleh kerajaan Malaysia sampai digelar sebagai pembunuh.

"Saya hendak ingatkan kepada keluarga, bukan rakyat China sahaja berada dalam pesawat MH370, rakyat Malaysia juga ada, kenapa kita hendak sembunyikan fakta, maklumat daripada keluarga mangsa, tidak ada sebab kita hendak sembunyi maklumat, sejak hari pertama kita beri maklumat tepat, kita hanya beri maklumat yang telah disahkan," katanya.

Khairy berkata beliau difahamkan ribuan pakej pelancongan telah dibatalkan oleh pelancong negara China yang akan memberi kesan yang serius kepada kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2014 kerana China adalah pasaran terbesar Malaysia di Asia dari segi pelancongan.

Beliau percaya kerajaan sedang melihat perkara itu secara serius dan mengambil langkah-langkah berkesan bagi mengelakkan ia merebak ke sektor lain yang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara ini.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai kes pasangan rakyat Malaysia yang didapati bersalah memukul anak mereka dan dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden semalam, Khairy berkata semua pihak perlu menghormati undang-undang negara itu.

"Mereka berada di Sweden dan dibicarakan di mahkmah maka kita kena terima keputusan mahkamah di negara tersebut," katanya.

Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul Raheem Awaluddin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Sweden, manakala isterinya Shalwati Norshal dihukum penjara 14 bulan selepas didapati bersalah memukul anak-anak mereka.

- Bernama

Kadar obesiti rakyat Malaysia semakin serius

KUALA LUMPUR 29 Mac - Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus namun meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.

Katanya, peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.

"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.

"Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman," katanya ketika merasmikan ’Bulan Nutrisi Malaysia’ (NMM) 2014 di sini hari ini.

Justeru, Dr Subramaniam berkata, rakyat perlu mengelak daripada makan secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama mencegah masalah obesiti secara berkesan.

Beliau juga mencadangkan supaya orang ramai lebih kerap menggunakan tangga dan kurangkan penggunaan lif bagi mengurangkan kalori dalam badan mereka. - BERNAMA

Misteri MH370 : Keluarga penumpang dakwa dapat 'missed call'

Kakak Penumpang MH370 Terima "Missed Call" Daripada Adiknya

Keluarga dapat dua kali missed call Skype dari iPad milik Firman. Pihak keluarga Firman Candra Siregar, penumpang pesawat MH370, hingga ketika ini masih belum dapat menerima kenyataan dari Kerajaan Malaysia bahwa pesawat jatuh di Lautan Hindi.

Mereka punya alasan. Seperi diungkapkan kakak kandung Firman, January Siregar, selepas dinyatakan pesawat putus hubungan 8 Mac 2014, pihak keluarganya masih mendapat panggilan melalui saluran Skype dari iPad milik Firman."Saya lihat ada missed call pada tanggal 11 dan tanggal 13 Mac, dari iPad yang dipegang firman,"ujar January. Hal inilah yang masih meyakinkan pihak keluarga bahwa Firman dan penumpang lainnya selamat. 

Apalagi, hingga ketika ini tidak ditemukan apa-apa bukti berupa puing dari pesawat. January yang juga Ketua Persatuan Marga Siregar Kota Medan menyatakan, maklumat ini sudah diberitahukan ke pihak Kerajaan Malaysia dan pengurusan Malaysia Airlines. Untuk itu, kata January, pihak keluarga Firman dan keluarga penumpang berasal Indonesia telah mengirimkan petisyen agar Malaysia dan pihak penerbangan memberikan maklumat yang tepat dan telus.

"Kami juga berharap agar Kerajaan Malaysia tidak menghentikan proses pencarian hingga pesawat MH370 ditemukan," kata January. Proses pencarian hari ini masih dilanjutkan. Namun, upasa pencarian telah terkendala akibat cuaca buruk. Mereka harus berlumba dengan waktu, kerana menurut jangkaan Biro Meteorologi Australia, cuaca hari ini diramalkan akan memburuk.

Laporan Budi Satria, ANTV Medan Sumatera Utara -

MH370 - Antara Satelit, kotak hitam, al-fatihah...!!

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2014/03/doa-untuk-mh370.jpg

MENCARI pesawat MH370 di Lautan Hindi tidak semudah menggapainya umpama dalam kolam renang (swimming pool).

usaha pencarian memasuki dua minggu dengan kordinat kini dicerapkan ke kawasan tumpuan yang kecil, ia menjadi satu perkembangan positif. Ini berbeza jika dilihat dalam minggu lepas yang mana pencarian MH370 dicerap berpusat di Laut China Selatan, sebelum diubah ke Laut Andaman dan akhirnya ke koridor Selatan di Lautan Hindi. Pencarian ke serata dunia ini tidak pernah berlaku dalam era penerbangan dunia kerana biasanya dalam nahas-nahas pesawat kita tahu titik terakhirnya.

Jadi, ini satu kejayaan kejuruteraan apabila pencarian MH370 dicerap ke kawasan kecil. Dan kalau ditanya kepada industri maritim, Lautan Hindi bukanlah laluan perkapalan. Misi mengesan begitu mencabar. Kalau dilihat dalam YouTube, sesebuah kapal yang belayar di Lautan Hindi seolah-olah kapal mainan kertas yang sedang dialun-alunkan dalam ombak ganas samudera raya.

Bagi teknologi moden seperti satelit untuk mencerap secara terperinci lokasi sebenar bangkai MH370, tugas sukar sedang menanti. Memang dalam filem sains fiksyen, kita dihidangkan dengan keupayaan satelit untuk mencerap, bahkan imej sedekat kandungan akhbar yang dibaca pun boleh dicerap. Ini sehinggakan pergerakan pelakon Will Smith dalam satu filem, 'mampu dicerap' oleh satelit yang mengikutnya berlari. Faktanya tidaklah begitu. Satelit tidak boleh 'zooming' seseorang disebabkan satelit bergerak sepanjang masa. Apabila satelit bergerak, ia meninggalkan kita.

Dalam isu MH370, satelit bumi tidak mencari sesuatu penerbangan yang bergerak. Ia hanya mampu mengesan imej yang statik. Satelit membuat `perayauan umum' dan bukan untuk mengesan pesawat yang bergerak.

Keupayaan satelit terhad. Ia tidak boleh menembusi kawasan pejal. Kalau anda berada dalam sebuah rumah, satelit tidak boleh menembusi bumbung atau atap gentingnya. Tetapi kalau ikutkan filem Hollywood, semuanya boleh. Justeru dalam isu MH370, katakan pesawat ini terbang dari lokasi A ke lokasi B, apabila satelit bergerak, ia terlepas 'menghidu'nya kerana hanya selepas 90 minit kemudian ia kembali ke titik asal pesawat tadi (yang telah pun berlalu). Ini berbeza dengan satelit komunikasi seperti Inmarsat.

Sebab itu misi pencarian bangkai atau serpihan MH370 ini sukar. Di sebalik keupayaan satelit yang terhad, satu-satunya yang boleh merungkai misteri insiden MH370 adalah kotak hitam. Selepas nahas pesawat Air France beberapa tahun lalu, kebanyakan negara telah pun menggunakan pengecas atau bateri kotak hitam yang mampu bertahan selama 90 hari, tidak seperti kotak hitam MH370 yang cuma 30 hari. Dengan baki cas kotak hitam MH370 yang kini mampu bertahan dalam 13 atau 14 hari lagi, cabaran mengesan kotak hitam itu kini menjadi misi yang cukup mencabar. Mengikut seorang pakar satelit, kotak hitam yang diselaputi selut atau mendapan dalam Lautan Hindi sukar memantulkan isyarat untuk dikesan. Apa lagi jika kotak hitam itu terperosok dalam jurang dalam lautan atau bangkai pesawat berkenaan betul-betul berada di atas kotak hitam berkenaan. Dengan suhu Lautan Hindi yang tidak menentu, pantulan isyarat dari kotak hitam berkenaan pula dikatakan akan menerawang. Akhirnya, sukar untuk memberi isyarat `ping'.

Namun tidak pernah terjadi pesawat yang jatuh ke laut tanpa pecah, yakni meluncur masuk ke dasar lautan. Meskipun mendarat baik di atas permukaan air, ia umpama menghentak pepejal dan mengakibatkan serpihan.

Maka, kotak hitam perlu ditemukan segera. Di dalamnya mengandungi segala butiran yang berlaku dalam kokpit pesawat antaranya suara juruterbang dan pembantunya dalam tempoh dua jam, altitud penerbangan dan lokasi jatuhnya MH370.

Cuma dalam insiden MH370, tempoh dua jam berkenaan barangkali tidak cukup banyak mengumpulkan bukti ekoran pesawat terbabit terbang jauh ke Laut China Selatan, sebelum ke Laut Andaman dan berakhir di Lautan Hindi. Ini memerlukan sekurang-kurangnya bukti dalam data kotak hitam perlu dianalisis antara enam hingga tujuh jam.

Dalam hal ini, di masa depan pakar-pakar kejuruteraan boleh membangunkan satu sistem kotak hitam yang lebih sofistikated yang berkeupayaan menyimpan bukti sehingga 10 jam, mampu menghantar terus isyarat yang disambung ke boya atau ke satelit bumi dan satelit komunikasi Inmarsat. Penumpang barangkali tidak kisah jika kos berkenaan dipindahkan kepada mereka menerusi caj tiket andai itu semua untuk keselamatan mereka.

Bukti dari kotak hitam sahih. Isyarat 'ping' yang dipancarkan dari kotak hitam, menurut pakar kejuruteraan, tidak boleh digodam. Ia tidak sama dengan e-mel yang boleh diperlakukan begitu. Malah, jika ada telahan mengatakan data dari Inmarsat yang mengesan pengakhiran riwayat MH370 dipalsukan atau wujud konspirasi pihak tertentu, ia sukar diterima kerana ini melibatkan soal nyawa. Inmarsat yang berdaftar di Bursa Saham London tidak akan 'melakonkannya'. Meskipun Inmarsat tidak ada fungsi mencerap namun fungsi komunikasinya terbukti mencerap data dan ini berbeza dari remote sensing yang ada.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi rumusan data Inmarsat Isnin 24 Mac lalu yang menandakan titik berakhir penerbangan MH370, ia mendedahkan sesuatu yang konklusif.

Tinggal lagi kaum keluarga penumpang mahu melihat dengan mata sendiri bangkai pesawat dan serpihannya kerana ini merupakan detik-detik yang sukar. Tetapi dari sudut kejuruteraan, tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

Hari ini kaum keluarga penumpang termasuk dari China menyuarakan rasa tidak puas hati dan menyerbu kedutaan Malaysia di sana. Kata mereka, Malaysia menyembunyikan sesuatu dari insiden itu. Dan sekali lagi, dari sudut kejuruteraan dan disabitkan dengan forensik, kita perlu terima hakikatnya.

Bagi kaum keluarga yang beragama Islam, kita harus reda. Ada hikmah di sebalik insiden ini. Berdoalah dan hulurkan sedekah al-fatihah semoga insan yang disayangi dalam pesawat MH370 tenang di sana dan dirahmati oleh-Nya.

MH370 - Antara nikmat dan sedih kematian

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/03/MH370-II.jpg
WALAUPUN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan bahawa pesawat MH 370 berakhir di Lautan Hindi, tetapi ia masih terus menjadi satu misteri dan pada masa sama spekulasi serta teori berterusan tumbuh liar.

Namun pengakhiran lokasi pesawat itu, bukan bermakna tragedi itu turut mengakhiri kehidupan ahli keluarga yang terbabit. Musibah itu memang terasa getir, memilukan dan menyayat hati semua orang. Bagaimanapun, kehidupan ini mesti diteruskan dengan memegang pendirian haqqul yaqin bahawa ini sudah suratan takdir Allah dan pasti ada hikmah di sebalik tragedi ini.

Dalam hidup, suka atau tidak, kita akan berdepan dengan kesedihan, kegagalan, kegembiraan dan kejayaan. Memang banyak kesedihan atau kesakitan yang dapat dicegah. Tetapi banyak juga yang tidak dapat dicegah sehingga membawa kepada kematian walau segala usaha dan ikhtiar telah dilakukan.

Hanya berserah dan tawakal kepada Allah yang boleh kita lakukan sekarang ini kerana Allah sahaja zat yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita esok dan masa hadapan. Allah jua lah yang mengetahui kita mati di belahan bumi mana dan dalam keadaan bagaimana kita menuju kematian itu.

Ini ditegaskan Allah yang berfirman: "Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya. (Surah Luqman ayat 34).

Duka cita yang mendalam pernah dirasai Rasulullah SAW ketika isterinya Khadijah serta bapa saudaranya Abu Talib dipanggil oleh Allah SWT. Walhal selama ini, mereka berdua begitu mencintai Rasulullah. Tidak hairanlah, bila sejarah mencatat tahun itu sebagai "Amul Hazn" (tahun duka cita).

Jean Paul Sartre, ahli falsafah Perancis terkemuka, mengingatkan dua hal yang mungkin dapat meringankan malapetaka kematian: Bahawa kematian merupakan bahagian dari kehidupan. Justeru, tidak seorang pun yang hidup kecuali akan mati; dan semakin ramai orang yang terdedah oleh malapetaka, semakin ringan sentuhannya di hati mereka. Episod kematian membabitkan semua orang, kerananya ia seharusnya tidak menimbulkan kesedihan yang berlarutan.

Pandangan ahli falsafah ini pada asasnya bersumber kepada kenyataan al-Quran. Allah memperingatkan kepada kita bahawa manusia pasti mengalami kematian. Allah memperingatkan dalam al-Quran bahawa, setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Bahkan, seandainya ada seseorang yang dianugerahi usia yang tak berkesudahan, pasti dia adalah Rasul Muhammad SAW. Namun, baginda pun, jauh sebelum wafatnya, telah diberi peringatan oleh Tuhan bahawa, "Sesungguhnya engkau akan mati, sebagaimana mereka pun akan mati."

Walaupun al-Quran menamakan kematian sebagai "malapetaka", namun di sebalik malapetaka, kematian merupakan rentetan nikmat yang dianugerahkan Tuhan. Kematian adalah jalan satu-satunya menuju kebahagiaan abadi. Inilah agaknya yang merupakan salah satu sebab mengapa kata-kata syukur, yang berpunca daripada wujudnya nikmat, dalam al-Quran sama banyak dengan kata-kata musibah (malapetaka), yakni masing-masing sebanyak 75 kali.

Kematian sangat menggusarkan manusia. Mitos, falsafah, juga ilmu pengetahuan, tidak mampu memberikan jawapan yang memuaskan. Hanya agama yang dapat memainkan peranan merungkainya. Agama Islam, melalui al-Quran, telah membicarakan masalah kematian ini dalam lebih kurang 300 ayat, di samping ratusan hadis Nabi Muhammad SAW, baik yang sahih mahupun yang dha'if. Dalam surah al-Zumar ayat 42, Tuhan berfirman: Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

Ayat di atas menggambarkan bahawa kematian sama dengan tidur. Bahkan, pengertian tersebut secara jelas diterangkan oleh hadis Nabi SAW ketika baginda ditanya : "Apakah di dalam syurga ada 'tidur'?" Baginda menjawab : "Tidur adalah saudara mati. Di syurga tiada mati dan tiada pula tidur." Nabi SAW mengajarkan juga kepada kita agar, setiap bangun dari tidur, membaca: "segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami" (menghidupkan dalam erti membangunkan dan mematikan dalam erti menidurkan).

Apa yang dikemukakan al-Quran dan hadis-hadis tersebut selari dengan apa yang dikemukakan ahli falsafah Jerman, Schopenhauer, sewaktu ia berkata : "Mengantuk itu nikmat, tapi lebih nikmat lagi tidur. Sedangkan yang lebih nikmat daripada tidur adalah mati."

Namun demikian, apa yang tidak diungkapkan oleh ahli fikir tersebut ternyata diungkap oleh al-Quran dan hadis-hadis Nabi dengan lebih terperinci lagi. Yakni bahawa ada faktor-faktor luaran yang dapat menjadikan kematian lebih nikmat lagi, sebagaimana ada pula yang dapat menjadikan kematian sangat pedih dan mengerikan. Al-Quran menceritakan :

"Orang yang menyatakan (meyakini) Tuhan kami adalah Allah, kemudian istiqamah (berpegang teguh dengan keyakinan tersebut), turun malaikat kepada mereka (di saat-saat kematiannya) sambil (menenangkan) dengan berkata: "Janganlah kamu khuatir (menghadapi kematian), jangan pula bersedih (meninggalkan dunia dan keluarga), dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kalian, Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia (bagi keluarga yang kamu tinggalkan) dan di akhirat (bagi kamu sekalian). Di sana kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) apa yang kamu minta."

Selain itu, Nabi Muhammad menjelaskan : "Siapa yang suka bertemu dengan Allah, Allah pun suka bertemu dengannya". Para sahabat berkata sambil bertanya: "Siapakah yang senang mati, wahai Rasulullah ?" Baginda menjawab: "Bukan itu yang saya maksudkan. Tetapi seorang Mukmin, bila saat kematiannya datang, ditampakkan di pelupuk matanya tempat tinggal dan kebahagiaan yang menantinya di syurga, sehingga ia berkeinginan untuk segera bertemu dengan Tuhan demi mendapatkan apa yang dilihatnya itu."

Inilah sebabnya mengapa, kita menemukan orang yang beriman mati dalam keadaan tenang, bahkan tersenyum. Itu kerana mereka melihat, bahkan merasakan, apa yang dijanjikan Tuhan itu.

PENULIS ialah Pengurus Besar Analisa dan Pengurusan Isu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Kebiadaban media barat terserlah dalam laporan isu MH370

Puluhan mikrofon yang mewakili organisasi media termasuk media asing yang membuat liputan sidang akhbar setiap hari bermulanya hari kehilangan pesawat MH370 yang diadakan di sebuah hotel di Sepang. - AGENSI

MEDIA barat khususnya di Amerika Syarikat (AS) semakin menunjukkan sikap biadab mereka dalam membuat laporan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370. Tidak cukup dengan laporan berat sebelah yang dipaparkan oleh stesen televisyen, Cable News Network (CNN), sekutunya di negara kuasa besar itu, Fox News menunjukkan kebiadaban lebih ketara.

Dalam satu programnya, Fox News secara terbuka mengaitkan tragedi itu berlaku kerana pesawat dikendalikan oleh dua orang yang beragama Islam iaitu Juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Inilah sikap kurang ajar sesetengah media barat yang berterusan mengaitkan Islam dengan keganasan. Lebih menjijikkan tanpa rasa bersalah dan beretika, program itu juga menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Fox News yang sememangnya dikenali sebagai salah sebuah stesen televisyen paling biadab di AS dalam mengupas sesuatu isu, memetik pandangan beberapa penganalisis yang antaranya mengaitkan peristiwa MH370 dengan tragedi pesawat EgyptAir 990 pada 1999 dengan aktiviti keganasan dengan memberitahu:

"Apa alasan pihak berkuasa Mesir pada ketika itu? Oh ini adalah masalah teknikal tetapi mereka tidak menyatakan pula bahawa juruterbang 'Allahu Akbar' ketika menjunam ke bawah dengan ramai warga Amerika dalam pesawat itu.''

Demikianlah jahilnya penganalisis tersebut yang mengaitkan laungan `Allahuakbar' dengan perbuatan pengganas. Bagaimanapun melalui respons dalam laman Facebook yang menyiarkan laporan Fox News itu, rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mengecam stesen televisyen tersebut.

Seorang pengunjung, Kazuki Neo Le Pilote yang berbangsa Cina menulis, "Kurang ajar awak (Fox News), saya orang Cina dan saya tinggal di Malaysia, kamu tolonglah berhenti memburuk-burukkan orang Melayu di negara ini atau mana-mana mereka yang beragama Islam di negara ini, kebanyakan mereka adalah orang yang baik.''

Au Thien Poh pula menulis, "Adalah tidak adil untuk menghakimi saudara muslim kami seperti itu. Kami rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama berdiri teguh di belakang saudara Islam kami di negara yang kami cintai, manakala Suresh Kumar pula menulis, "Jangan rosakkan hubungan saya dengan rakan-rakan di sini, anda harus tahu selepas MH370, kami rakyat Malaysia komited dan bersatu.''

Banyak lagi komen yang mengecam stesen televisyen itu dan apa yang jelas ia menunjukkan solidariti seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dalam berhadapan saat-saat getir ini. Sikap mereka ini seharusnya dicontohi oleh segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang terus bermain politik dan tidak mampu berfikiran waras biar pun bergelar peguam apabila mengecam cara kerajaan mengendalikan isu MH370.

Pemikiran seperti inilah yang meracuni sesetengah pengikut tegar mereka sehingga ada yang sanggup menyatakan dalam laman sosial apa yang berlaku adalah sandiwara kerajaan yang terajui oleh Barisan Nasional (BN). Perbuatan seperti ini tiada bezanya dengan perangai biadab media asing yang sejak 8 Mac lalu hanya mahu mencari salah kerajaan Malaysia.

Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan golongan yang terus mahu melihat tragedi MH370 dari sudut politik sebagai sudah terhapus semangat nasionalisme mereka, begitu juga dengan sesetengah individu yang bersedia menjadi `alat' kepada media asing untuk memburuk-burukkan negara sendiri.

Termasuklah juga sesetengah media tempatan yang cuba memainkan isu-isu bertujuan membangkitkan kemarahan ahli keluarga penumpang dari China kepada kerajaan Malaysia.

Tindakan mereka ini bagaikan bermain api kerana ia bukan sahaja mempertaruhkan imej negara tetapi juga mampu menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Akibat permainan media seumpama itulah ia memberi semangat kepada media barat dan media asing termasuklah di China untuk 'menyerang' Malaysia habis-habisan dengan menuduh negara ini menyembunyikan maklumat dan fakta sebenar kejadian.

Tetapi bagi mereka yang berfikiran waras dan mampu menilai serta mengikuti perkembangan sidang akhbar yang dikendalikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hishammuddin Tun Hussein setiap hari, beliau sentiasa bersikap telus dan terbuka serta bersedia menjawab semua soalan yang dikemukakan.

Tidak ada apa-apa yang disembunyikan kecualilah isu-isu yang masih dalam siasatan polis dan pihak berkuasa antarabangsa. Oleh itu adalah wajar jika mana-mana media tempatan khususnya akhbar Cina tidak cuba memainkan sentimen yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam soal ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memberikan peringatan yang tegas dengan menyatakan:

""Saya minta kepada pihak media, terutama media cetak berbahasa Cina, yang mempengaruhi keluarga mangsa dari China, kerana apa yang berlaku daripada tulisan-tulisan kebanyakan akhbar ini telah memainkan sentimen hingga membangkit kan kemarahan keluarga mangsa MH370 di sana (China). Ini kemalangan, tiada seorang pun mahu ini berlaku.''

Begitu juga apabila Hishammuddin secara `berlapik' meminta ahli keluarga penumpang China bersikap rasional dan jangan hanya menyalahkan Malaysia. Beliau yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, kehilangan pesawat MH370 merupakan tragedi global apabila sebanyak 26 buah negara terlibat dalam operasi menyelamat tetapi sehingga kini masih buntu.

"Walaupun pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan untuk menyalahkan Malaysia dalam insiden tersebut sejak dari awal tetapi saya yakin pada akhirnya, sejarah akan membuktikan bahawa kerajaan negara ini telah melakukan yang terbaik khususnya kepada keluarga mangsa.

"Rakyat China perlu rasional dan bukan menyalahkan Malaysia kerana kami pun kehilangan orang tersayang. Kalau Australia boleh memahami bahawa insiden ini tragedi global mengapa sanak saudara mangsa warga China tidak boleh,'' tegas Hishammuddin.

Media barat mungkin tidak senang dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Hishammuddin, apatah lagi dalam sidang akhbar sejak hari pertama mereka masih gagal untuk memastikan beliau terperangkap dengan agenda jahat mereka.

Untuk mengharapkan media barat menghentikan kebiadaban mereka mungkin sesuatu yang mustahil kerana itulah yang menjadi 'faktor' kewujudan mereka. Namun begitu, tindakan mengaitkan Islam menjadi punca tragedi MH370 adalah sesuatu perbuatan yang tidak boleh diterima dan media barat perlu bersedia menerima akibat daripada keceluparan mereka itu.

Bagaimanapun tidak perlulah menguar-uarkan untuk memboikot mereka kerana ia hanya membuang masa, mungkin betul kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin," Kalau hendak boikot CNN teruskan, tapi rasa lagi bagus kalau kita ketawakan mereka.''

Ya, ketawakanlah media barat yang terus menjadi bagaikan `badut' dalam dunia kewartawanan dulu, kini dan selamanya.

Beramal sampai didasar laut pun boleh dilakukan

Syahidatul Akmal Dunya
28 Mac 2014

PERASAAN menyelam di dasar lautan sungguh mendamaikan, sebaik mata melihat cantiknya pemandangan dunia bawah lautan dipenuhi terumbu karang dan ikan-ikan pelbagai jenis, pasti meninggalkan pengalaman indah kepada penyelam.

Muslimahdivers ditubuhkan sejak 2011 yang lalu kini mempunyai lebih kurang 300 ahli di seluruh Malaysia. Muslimahdivers adalah alternatif dalam memberi peluang dan ruang kepada golongan Hawa yang meminati dunia menyelam untuk beraksi dalam suasana memenuhi syarak.

Beramal didasar laut
Pengasas Muslimahdivers, Mastura Abd Manap, 41, menceritakan, minatnya terhadap dunia menyelam bermula kerana sering mengikuti suaminya, Ahmat Najah Rahmat yang bertugas sebagai pelatih jurulatih melakukan aktiviti menyelam di pulau-pulau yang terdapat di seluruh dunia.

“Saya mendapat banyak reaksi daripada teman-teman berhijab yang berminat untuk menyertai sukan skuba tetapi malu untuk belajar menyelam dengan jurulatih kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki.

Beramal didasar laut
“Natijahnya, saya bertindak menubuhkan Muslimahdivers dengan tujuan melahirkan penyelam wanita Muslimah yang patuh kepada syariah. Saya mengambil kira semua aspek termasuklah menggunakan khidmat jurulatih renang profesional wanita bagi memberi latihan kepada ahli baharu yang tidak tahu berenang sebelum terlibat dalam skuba,” katanya yang juga Pengarah Scubatex Resources Sdn Bhd kepada Rehal.

Menurutnya, ahli –ahli Muslimahdivers lebih selesa dan bebas untuk melakukan sebarang aktiviti menyelam kerana berada dalam golongan yang sama jantina.

Beramal didasar laut
Tambahan pula, skuba adalah aktiviti yang memerlukan banyak kerjasama dalam kalangan ahlinya.

Sejak ditubuhkan empat tahun lalu, ahli Muslimahdivers banyak menyertai program amal seperti mengadakan aktiviti yang dibuang di dasar laut.

Selain itu Muslimahdivers juga turut terlibat dengan program pembersihan pantai yang terumbu karangnya dicerobohi tangan tidak bertanggungjawab.

Pendek kata, Muslimahdivers bukan hanya menjalankan aktiviti untuk sukasuka, sebaliknya turut mengambil berat mengenai alam sekitar.

Beramal didasar laut
"Terbaharu, Muslimahdivers akan mengadakan The Diving Ummah April ini di Pulau Tioman, Pahang di mana kami mengumpulkan wanita yang akan belajar dan mendapatkan lesen menyelam dengan dilatih oleh jurulatih wanita.

Selain itu, terdapat juga program usrah dan ceramah bagi membuka minda ahli Muslimahdivers," kata Mastura.

Menurutnya, bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Muslimahdivers, boleh layari laman sosial facebook Muslimahdivers atau website: www.muslimahdivers.com bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Muslimahdivers.

Ia terbuka kepada semua cuma kami ada menawarkan pada yang berminat untuk menjadi ahli yang berdaftar mereka akan mendapat kad ahli Muslimahdivers dan mendapat diskaun istimewa di kedai menjual peralatan skuba yang bekerjasama dengan Muslimahdivers. Bayarannya RM50 sekali sahaja seumur hidup.

MH370 - Hikmah disebalik musibah

Mohd Khairil Anwar Abdul Latif
28 Mac 2014

http://www.themalaymailonline.com/uploads/gallery/2014-03/mh370_pray_for_mh370_board_kuala_lumpur_20140322.JPG
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sangat ajaib urusan orang yang beriman. Urusan kehidupannya semuanya baik, Ini tidak berlaku kepada seseorang melainkan bagi orang yang beriman.

Jika sekiranya berlaku perkara yang menyenangkannya maka dia bersyukur itulah yang terbaik baginya, jika sebaliknya dia akan bersabar maka itulah yang terbaik baginya." (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya musibah yang menimpa seseorang dari satu sudut merupakan suatu kepahitan dan penderitaan yang amat berat. Tetapi di satu sudut yang lain terkandung hikmah yang cukup besar serta rahmat ALLAH SWT. Al-Tirmizi meriwayatkan hadis, sabda Rasulullah SAW: “Besarnya balasan pahala terletak pada besarnya ujian yang ditempuhi. Sesungguhnya ALLAH apabila mencintai sesuatu kaum maka ALLAH akan menguji mereka. Siapa yang reda maka ALLAH meredainya dan siapa yang benci maka ALLAH akan membencinya. (Hadis Hasan)

Hampir sebulan negara kita khususnya sedang berhadapan dengan musibah yang menimpa pesawat MH370 terutamanya kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Daripada ALLAH kita datang dan kepada-Nya lah kita akan dikembalikan. Sesungguhnya musibah seumpama ini amat menyedihkan segenap masyarakat apatah lagi ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat.

Sungguh ALLAH akan menguji hambahamba-Nya seperti yang difirmankan dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami akan berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan pada harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan Inna lillah wa inna ilaihi rajiun”.

Ayat ini adalah peringatan serta panduan kepada setiap orang yang beriman, iaitu pertamanya ALLAH pasti akan menguji manusia dengan pelbagai bentuk ujian yang berkaitan dengan kehidupannya sendiri iaitu rasa takut, kelaparan, kekurangan harta benda dan kematian.

Seterusnya apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila ditimpa musibah iaitu kesabaran dan sikap meredai atas musibah yang menimpa dan ia merupakan ketentuan ALLAH lalu mengucapkan seperti yang dinyatakan dalam ayat bermaksud “Sesungguhnya kita ini milik ALLAH datang dan kepadanya kita akan kembali”.

Ucapan ini disebut dibibir tidak berpada hanya di hati sahaja kerana ianya lambang keridhaan kepada ketentuan ALLAH terhadap dirinya. Jauh dari sikap meratap iaitu mengeluarkan kata-kata yang kufur atau melakukan suatu tindakan yang melambangkan kekecewaan dan tidak redhanya dia terhadap musibah dan ketentuan Ilahi yang dihadapinya. Inilah sikap sabar yang dikehendaki bahkan dianugerahkan pahala yang besar oleh ALLAH.

Dalam hadis yang diriwayatkan Muslim daripada Ummu Salamah RHA, Rasulullah SAW mengajarkan kepadanya suatu doa ketika ditimpa musibah: “Innalillah wa Inna ilaihi Rajiun, Allahumma’jurni fi Musibati wa Akhlif li Khairan Minha.” Ini bermaksud sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami dikembalikan, Ya ALLAH Berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku ini dan berilah ganti kepadaku yang lebih baik daripadanya.

Rasulullah SAW bersabda : “Setiap hamba yang tertimpa musibah, lalu dia mengucapkan doa ini, pasti ALLAH akan memberikan pahala dalam musibah yang menimpanya dan menggantikan dengan yang lebih baik”.

Hadis ini menjelaskan sekiranya seseorang itu reda dan bersabar atas musibah yang menimpanya, maka ALLAH SWT akan kurniakan kepadanya ganjaran pahala yang besar dan tidak ternilai.

Perlu diingat, kesabaran yang dituntut dan mendapat ganjaran yang besar disisi ALLAH ialah ketika mana saat pertama musibah tersebut menimpa seperti sabda Nabi SAW.

Apabila Nabi Muhammad SAW melalui dikawasan perkuburan, lalu Baginda SAW melihat seorang wanita sedang menangis dikubur. Nabi Muhammad SAW bersabda: “bertakwalah kepada ALLAH dan bersabarlah”.

Tiba-tiba perempuan tersebut berkata: “Pergilah kau dari sini, engkau tidak rasa apa yang aku rasa”. Apabila perempuan tersebut mengetahui orang tersebut ialah Rasulullah SAW, dengan rasa bersalah dia pun pergi berjumpa dengan Baginda SAW lalu menjelaskan dia tidak mengetahui orang yang berkata kepadanya dikuburan itu ialah Rasulullah SAW Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya sabar itu dikira di saat pertama menimpa seseorang”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Anas RA mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH berfirman: Jika sekiranya Aku menguji hambaKu dengan kematian dua orang yang dicintainya lalu dia bersabar, Aku akan menggantikan daripada keduadua orang yang dicintainya itu dengan syurga”. (Riwayat Bukhari)

Ini antara sekian banyak hadis Rasulullah SAW yang memberikan khabar gembira kepada mereka yang bersabar atas musibah yang ditimpakan kepada mereka.

Harapan kita agar keluarga penumpang MH370 tabah, sabar dan reda di atas musibah yang amat berat menimpa mereka, dengan demikian ALLAH akan lebih menyayangi mereka, mengampunkan dosa serta mengangkat darjat seterusnya dianugerahkan oleh ALLAH syurga sebaik-baik tempat kembali.

Antara hikmah yang besar juga apabila berlakunya kes seumpama ini, ia mendekatkan diri kepada ALLAH, Tuhan yang menciptakan kita. Betapa ramai yang melupa-Nya di kala berada dalam kesenangan.

Adalah merupakan suatu kebaikan yang dikehendaki oleh ALLAH kepada hamba-hamba-Nya apabila ALLAH menguji dan menurukan balasan di dunia lagi terhadap dosa yang dilakukan supaya hamba-Nya tidak akan di azab lagi di hari akhirat.

Adalah suatu keburukan pula jika dosa itu ditanggung di dunia seterusnya dibawa ke hari pembalasan kelak (Riwayat al-Tirmizi).

Inilah perkara yang harus kita fahami agar kita dapat berhadapan dengan musibah dengan keadaan yang tenang dan merasakan kasih sayang ALLAH kepada hamba-hamba-Nya yang tiada bandingnya.

Sesungguhnya ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya, sebaliknya manusialah yang sering lalai dan terbuai dengan kenikmatan dunia. Akhirnya kematianlah yang akan menyedarkan mereka.

ALLAH berfiman dalam Surah al- Baqarah ayat 281 yang bermaksud: “Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi) pada hari yang diwaktu itu kamu semua dikembalikan kepada ALLAH. Kemudian masing-masing diberi balasan yang sempurna terhadap apa-apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dizalimi”.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai daripada hal ini, maka Kami singkapkan daripadamu sesuatu yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam”. (Surah Al-Qaf: 22)


Mohd Khairil Anwar Abdul Latif
Kaunselor Agama Institut jantung Negara (IJN )

Apa dosa musibah MH370?

MAR 28, 2014 | SUBKY LATIF

Jika musibah kehilangan pesawat penumpang itu kepunyaan mana-mana negara bukan Islam, maka hak merekalah untuk berkata-apa tentangnya.

Apabila musibah itu menimpa pesawat kita sebagai kepunyaan sebuah negara Islam, maka kita kena percaya bahawa ia adalah balasan dosa kita oleh Allah Subhanahu wa Taala.

Apabila kita kata dosa kita, maka ia mungkin dosa oleh individu, oleh syarikat, oleh masyarakat dan oleh pemimpin kerajaan dan kerajaan. Kita tidak tahu siapa tetapi ia adalah balasan dari dosa antara kita.

Oleh sebab musibah itu adalah terhadap penerbangan MAS kepunyaan negara Islam, maka dosa yang pertama kita terpaksa tumpukan kepada MAS, walaupun ia mungkin bukan justeru MAS.

Dosa paling besar MAS sama seperti dosa syarikat penerbangan kepunyaan negara bukan Islam ialah menjamu arak percuma kepada penumpangnya.

Arak adalah barang yang besar laknatnya. Dosa itu bukan sekadar kaki botol, tetapi yang mengeluar, mengilang, mengedar dan pelayan yang menghidangnya pun sama panggu dengan peminumnya.

Sejak MAS ditubuhkan sudah berapa banyak tempayan arak yang sudah dihidangkan dan ramai mana pula orang yang mendapat dosa daripada jamuan percuma itu?

Siapa yang menanggung dosa itu? Yang pertama kerajaan yang membenarkannya dan pemimpin kerajaan yang secara kolektif meluluskannya. Kemudian MAS sendiri termasuk lembaga pengarahnya dan kaki tangannya. Kemudian rakyat yang menyokong kerajaan yang berdosa itu. Dan kemudian kepada seluruh rakyat yang tahu hal itu iaitu kita, apa yang masing-masing buat terhadap amalan laknat itu?

Jika ia dilakukan oleh syarikat kepunyaan negara bukan Islam, ia adalah perbuatan yang menambah gelapkan hati mereka yang sememangnya sudah gelap. Mereka memang puak Allah kira musuh-Nya. Amalan mereka itu menyebabkan bertambah payah terbuka hatinya kepada iman.

Sebagai syarikat kepunyaan negara dan masyarakat Islam, kita tahu dosanya dan balasannya di dunia dan di akhirat.

Kaki tangan penerbangan yang terlibat dalam musibah tidak terlibat membuat dasar, tetapi mereka makan gaji di syarikat yang mengamalkan laknat. Sekalian penumpang mungkin tiada kena mengena.

Mereka ada jenis orang. Pertama orang yang soleh. Apabila musibah itu menimpa mereka ia adalah ujian. Ujian itu memberi pahala jika ia lulus. Ada ujian yang memberi syahid. Wallah waklam. Kedua orang yang tiada kena mengena tetapi ada dosa lain. Jadi musibah untuk mereka disekalikan dengan musibah MH370 itu.

Bagi mangsa, ada ganjaran dan balasan yang sepadan buat masing-masing, tetapi musibah itu adalah ingatan kepada orang yang hidup sama ada membetulkan kesalahan atau terus tidak mendapat pengajaran.

Bagi MAS, pengarahnya, kerajaan dan menteri sebesar mana pun dosa mereka musibah itu adalah kecil kerana ia belum membinasakan sistem MAS itu pada keseluruhannya, belum meruntuhkan kerajaan, menteri-menteri masih menjadi menteri.

Pesawat milik negara Islam tiada tong arak di dalamnya, memulakan doa sebelum berlepas, ada petunjuk kiblat di langit mana pun berada. Kita kata Iran itu Syiah tetapi pramugarinya menutup aurat.

Maka jadikanlah musibah itu peluang bertaubat dan mengisi MAS dengan adab dan akhlak Islam, biar kaki tangan Islamnya menegakkan solat, membayar zakat dan tidak meninggalkan puasa.

Wajah sebenar pengguling Mursi terserlah

Wajah sebenar pemimpin tentera Abdel-Fattah al-Sissi akhirnya terbongkar dengan pengumumannya mahu bertanding jawatan presiden Mesir, kata Kumpulan Islamis pro-Mohammed Mursi yang digulingkan.

“Wajah sebenar individu yang melancarkan kudeta telah terserlah selepas bersubahat dengan musuh-musuh Mesir,” kata Gabungan Kebangsaan Mempertahankan Legitimasi dalam kenyataannya pada Khamis.

“Kini dia memasuki pilihan raya dengan tangan masih menetes darah ribuan rakyat Mesir yang tidak bersalah,” kata gabungan yang turut disertai gerakan Islam Ikhwanul Muslimin itu.

Al-Sissi, dipercayai jurutera di sebalik penggulingan Mursi pada Rabu meletakkan jawatan sebagai menteri pertahanan.

Beliau turut mengumumkan akan bertanding sebagai presiden dalam pilihan raya yang dijangka pada Mei.

Pilihan raya itu itu pertama kali diadakan selepas penggulingan Mursi pada Julai tahun lalu selepas demonstrasi besar menentang pentadbirannya.

Mursi adalah presiden Mesir pertama dipilih secara demokratik.

Satu-satunya pesaingnya Al-Sissi setakat ini, pemimpin kiri Hamdeen Sabahy, menyambut penyertaan itu dengan menulis di Twitter:

“Kita bergelut untuk kejujuran, ketelusan, pilihan raya demokratik yang menjamin sikap neutral negara dan kebebasan rakyat untuk memilih presiden yang mereka mahu.”

Pesaing hanya disokong 1%

Masoum Marzouk, jurucakap kempen Sabahy mengkritik siaran televisyen pengumuman al-Sissi.

Beliau memberitahu media Dubai, Al-Arabiya , bahawa setiap calon mesti diberikan peluang ke udara yang sama.

Al-Sissi dijangka menang.

Tinjauan pusat kajian bebas di Kaherah Baseera mendapati al-Sissi disokong 51 peratus manakala 45 peratus lagi belum membuat keputusan.

Sabahy, yang berada di tempat ketiga dalam pilihan raya yang ditewaskan Mursi, kini hanya mendapat 1 peratus sokongan, menurut tinjauan itu.

Selepas TWITTER, Turki sekat YOUTUBE pula..!

Turki sekat YouTube

ISTANBUL 28 Mac - Pihak berkuasa Turki mengambil langkah untuk menyekat penggunaan laman web perkongsian video YouTube semalam, selepas tindakan yang sama dilakukan ke atas laman sosial Twitter, kata agensi berita tempatan.

Agensi Anadolu berkata, pihak berkuasa telekomunikasi nasional telah memulakan sekatan, namun laman web itu masih boleh digunakan secara meluas sewaktu pengumuman dilakukan.

Sekatan itu dilakukan ke atas YouTube sebagai salah satu cara untuk mencetuskan kemarahan di Turki, yang mana media sosial ini digunakan secara meluas. - AP

[GEMPAR] Benarkah ini posting penumpang MH370 minta tolong dari DIEGO GARCIA..!!??

Misteri Pesan Philip Wood Penumpang MH370 Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia





Spoiler for postingan philip wood



Philip Wood Salah Salah Satu Penumpang MH370 Posting Minta Tolong di forum 4plebs.org

I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.

Link forum: http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944

Profil Philip Wood: http://www.nydailynews.com/news/worl...icle-1.1723968

Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg

Spoiler for data profile picture:



Dan dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat :
http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&...5192158752.jpg

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )

Spoiler for Hangar Diego Garcia:





Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH270
Spoiler for saksi mata:



Di akhir postingan forum tersebut ada hal menarik :
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "
Saya jadi iseng2 kutak katik "gambar hitam" tersebut dengan photoshop memang benar ada samar-samar bayangan, tapi belum jelas benar, sedang saya analisa lebih lanjut.


Sampai saat ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para pembajak


Quote:Original Posted By kimbo555
terjemahan postingan philip wood :


postingan : http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
(tanggal : Wed Mar 19 2014 08:22:38)

photo profile (avatar) : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg



(tanggal dibuatnya photo profile : 18 Maret 2014)



kamera yg digunakan :



GPS :













DAFTAR MANIFEST MH-370 :

http://www.malaysiaairlines.com/cont...20Manifest.pdf



NOTE : PHOTO PROFILE MASIH ORIGINAL KELIATANNYA


low batt mungkin gan, batrenya gak ngangkat kalo buat flash..

GPS di hp udah kebaca tuh..

yg jd pertanyaan tinggal kenapa gak sms, padahal utk internetan bisa.

ya kalo gak ada sinyal selular disana, ngapain mesti bikin pangkalan udara disana ???

ente tau, christmast island, kepulauan fiji ???
di google maps hampir gak keliatan.
tp fasilitas disana kalo ama kampung lu sih kayanya jauh banget..


[KLIK SINI]

Russia dakwa MH370 dirampas Tentera Laut Amerika

Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan) Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

Luahan Hati Insan-Insan yang terdekat dengan mereka di dalam MH370

Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

"Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.

"Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin," katanya.

Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Di laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis "Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah."

Anak perempuan Ketua Pramugara, Andrew Nari, Maira Elizabeth turut memuat naik gambar ayahnya dan menulis di laman Twitter, "Rasa begitu kehilangan, begitu kosong. Saya amat penat. Selamat malam ayah.

"Bagaimana saya boleh kuat? Bagaimana saya boleh tersenyum? Satu jawapan untuk soalan anda kerana saya percaya pada tuhan dengan kekuatan dan kepercayaan."

Catatan isteri krew MH370, Mohd. Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman dalam laman sosial Facebooknya, amat menyentuh hati.

"Pada 8 Mac lalu memang mami dah jangka yang awak sudah berada di syurga tetapi pada keesokan harinya saya tetap berfikiran positif dan berharap awak masih hidup dan kembali pulang.

"Hari berlalu dan tiada berita sehingga malam semalam, 24 Mac, pada pukul 9.30 malam saya menerima berita yang awak dan penumpang lain sedang berehat di lautan yang sangat dalam, Lautan Hindi. Ia amat memeranjatkan tetapi Allah lebih menyayangi awak. Saya reda dengan pemergian awak, B.

"Apa yang berlaku sangat misteri tetapi siapalah kita untuk menyoal kuasa Allah. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk awak dan saya," katanya.

Tambah Intan, bermula hari ini (semalam), beliau akan menjadi wanita bionik untuk berhadapan realiti.

"Saya akan memberitahu Iman bahawa anak kecil itu kehilangan papanya sementara Muhammad akan menjadi tiang untuknya teruskan hidup. Insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan awak," jelasnya.

Jelasnya, cinta terhadap suaminya akan kekal sehingga ke syurga.

"Adakah awak ingat lagi semasa saya memberitahu untuk menjadi bidadari di syurga? Saya amat cemburu sekarang awak bersama mereka tetapi tidak mengapa, saya akan bersama awak kemudian. Kan Allah dah janji mati itu pasti.

"Awak adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah maha besar kerana meminjamkan awak kepada saya walaupun sekadar untuk tempoh yang singkat. Kenangan itu sangat manis dan terbaik. Semoga Allah tempatkan awak di tempat orang-orang yang beriman. Saya cinta awak, B," katanya, lapor Utusan Online.

MH370: Nama sebenarnya 9M-MRO

MH370

9M-MRO yang kini lebih terkenal dengan nama MH370.

NAMA SEBENARNYA ialah 9M-MRO tetapi sejak 8 Mac yang lalu seluruh dunia lebih mengenalinya dengan nama MH370.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu adalah yang ke-404 dikeluarkan oleh syarikat pembuat kapal terbang Boeing.

Ia mula terbang pada 14 Mei 2002.

Pada 8 Mac yang lalu, ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. Ia meninggalkan landasan pada 12.41 pagi dan dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Pesawat yang membawa 239 orang penumpang dan 12 anak kapal itu bagaimanapun tidak kunjung tiba.

Selepas lebih 400 jam gagal dikesan, pesawat itu disahkan pada kali terakhir berada di selatan Lautan Hindi — daerah paling terpencil di dunia, lautan dalam yang paling bergelora. Bagaimana dan kenapa ia lepas jauh daripada destinasi tujuan, sehingga kini tidak ada siapa yang tahu.

Sehingga penerbangannya yang terakhir, 9M-MRO telah terbang selama 20,243 jam.

Inilah antara rakaman video yang menunjukkan keunggulan pesawat itu semasa hayatnya.

Majlis fatwa putuskan anak kapal dan penumpang MH370 bergelar syahid akhirat

PUTRAJAYA 25 Mac - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar syahid akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat selepas Muzakarah Khas yang diadakan di sini hari ini.

MH370 : Majlis fatwa putuskan tak perlu sembahyang jenazah ghaib sekarang

PUTRAJAYA 25 Mac - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan tidak memerlukan solat jenazah ghaib ke atas penumpang pesawat MH370 yang beragama Islam buat masa sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, ini kerana pihak berkuasa yang mencari dan menyelamat masih belum menjumpai mayat atau cebisan mangsa pesawat MH370.

Apakah Ada Rahsia Antara Taliban, China & Amerika... dalam trajedi MH370..!!!!

Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sngat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:


Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/.../taliban-ambush...

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).

Amerika mmpnyai satu tmpt rahsia di Afghanistan....

MH370: INMARSAT jejak MH370 guna pendekatan unik

http://www.livewire-connections.com/sites/default/files/images/products/Inmarsat-logo_1_1.jpg
KUALA LUMPUR: Pendedahan bahawa pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan firma satelit Britain, INMARSAT.

Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam.

INMARSAT berkata pengiraan terbarunya melibatkan sejumlah besar data analisis yang memberi tumpuan kepada beberapa faktor termasuk pergerakkan pesawat lain.

Firma itu menambah bahawa ini adalah teknik terbaru dan oleh kerana itu, analisis tersebut memakan masa.

Naib Presiden Kanan INMARSAT, Chris McLaughlin berkata firma itu mengkaji “ping” elektronik yang pesawat itu hantar kepada salah satu satelitnya.

"Kami telah berurusan dengan sesuatu yang baru. Kami telah cuba untuk membantu siasatan berdasarkan hanya satu isyarat yang diterima sekali setiap jam dari sebuah pesawat yang tidak ada sebarang data GPS, masa dan jarak maklumat.

"Mereka berjaya mencari jalan untuk mengatakan hanya satu “ping”  sahaja boleh digunakan untuk mengatakan pesawat itu membuat perjalanan. Kemudian, melalui proses penyingkiran dengan membandingkannya dengan pesawat-pesawat yang lain, diketahui ia terbang ke arah Selatan.

Sementara itu, dalam satu temubual di Sky News, MacLaughlin berkata pesawat yang terbang ke arah selatan itu kehabisan minyak.

Semalam, Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu, disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Najib berkata, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit INMARSAT dan AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke koridor selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Pesawat itu membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia.

Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam.

Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-inmarsat-jejak-mh370-guna-pendekatan-unik-32498?cp

Berakhirnya kisah MH370 - Mohammad Agus Yusoff

Berakhirnya kisah MH370
Perdana Menteri kita baru sahaja selesaikan memberikan sidang medianya. Satu yang jelas ialah MH370 tanpa ragu telah menjunam ke Lautan Hindi.

Dengan pengumuman ini, maka segala teori, ramalan bomoh dan pandangan yang kita bina selama ini terjawab. Teori yang paling tidak sesuai ialah teori konspirasi. Inilah teori yang sejak dari awal lagi tidak masuk di akal saya.

Tidak mungkin ada anak kapal yang bersedia untuk menjadikan diri dan 'nyawa' mereka bahan ujian sesiapa? Tidak mungkin ada negara yang bersedia menggunakan pesawat ini untuk mengkhianati mana-mana negara atau nyawa yang tidak berdosa? Tetapi kerana ramai dalam kalangan kita yang hidup dalam dunia yang penuh prasangka, maka kita pun mula membina pelbagai tafsiran sendiri. Inilah yang saya harap menjadi pedoman kita masa depan.

Isunya sekarang, mengapa MH370 tersasar begitu jauh? Apakah puncanya? Adakah kokpit terbakar yang menyebabkan terputusnya alat hubungan, adakah sabotaj atau adakah perbuatan anak kapal yang menyebabkan terjadinya tragedi ini?

Kita tidak boleh menjawab pertanyaan di atas sehinggalah alat perakam data dan kotak hitam ditemui. Sehingga kita ketemui kotak ini, janganlah kita berteori lagi.

Hormatilah keluarga mangsa yang terlibat. Jangan lupa juga kita hargai kesungguhan pihak berkuasa dan pasukan penyiasat yang telah bertungkus lumus menyelesaikan misteri ini. saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka.

Kepada keluarga mangsa yang beragama Islam, Al-Fatihah dari saya dan kepada yang bukan beragama Islam, takziah dari saya.

MH 370 - a conspiracy theory | hanya ilusi..!

MUNGKIN BAGUIH JUGA CONSPIRACY THEORY DIBAWAH INI DIJADIKAN FILEM.

Have you heard of this conspiracy theory re the disappearance of MH 370? The story goes like this:

        The American is withdrawing from the Afghanistan, one of their command and control system (used for controlling the pilotless drones) was hijacked by the Talebans when the American transport convoy was moving down from one of the hill top bases. The Talebans ambushed the convoy and killed 2 American Seal personnel, seized the equipment/weapons, including the command and control system which weighed about 20 tons and packed into 6 crates. This happened about a month ago in Feb 2014.

        What the Talebans want is money. They want to sell the system to the Russian or the Chinese. The Russian is too busy in Ukraine. The Chinese are hungry for the system's technology. Just imagine if the Chinese master the technology behind the command and control system, all the American drones will become useless. So the Chinese sent 8 top defense scientists to check the system and agreed to pay millions for it.

        Sometime in early Mar 2014,  the 8 scientists and the 6 crates made their way to Malaysia, thinking that it was the best covert way to avoid detection. The cargo was then kept in the Embassy under diplomatic protection.  Meanwhile the American has engaged the assistance of Israeli intelligence, and together they are determined to intercept and recapture the cargo.

        The Chinese calculated that it will be safe to transport it via civilian aircraft so as to avoid suspicion. After all the direct flight from KL to Beijing takes only 4 and half hours, and the American will not hijack or harm the civilian. So MH370 is the perfect carrier.

        There are 5 American and Israeli agents onboard who are familiar with Boeing operation. The 2 "Iranians" with stolen passports could be among them.

        When MH370 is about to leave the Malaysian air space and reporting to Vietnamese air control, one American AWAC jammed their signal, disabled the pilot control system and switched over to remote control mode. That was when the plane suddenly lost altitude momentarily.

        How the AWAC can do it ? Remember 911 incident ? After the 911 incident, all Boeing aircraft (and possibly all Airbus) are installed with remote control system to counter terrorist hijacking. Since then all the Boeing could be remote controlled by ground control tower. The same remote control system used to control the pilotless spy aircraft and drones.

        The 5 American/Israeli agents soon took over the plane, switched off the transponder and other communication system, changed course and flew westwards. They dare not fly east to Philippines or Guam because the whole South China Sea air space was covered by Chinese surveillance radar and satellite.

        The Malaysian, Thai and Indian military radars actually detected the unidentified aircraft but did not react professionally.

The plane flew over North Sumatra, Anambas, South India and then landed at Maldives (some villagers saw the aircraft landing), refuelled and continued its flight to Garcia Deigo, the American Air Base in the middle of Indian Ocean. The cargo and the black box were removed. The passengers were silenced via natural means, lack of oxygen. They believe only dead person will not talk. The MH370 with dead passengers were air borne again via remote control and crashed into South Indian Ocean, make it to believe that the plane eventually ran out of fuel and crashed, and blame the defiant captain and copilot.

The American has put up a good show. First diverting all the attention and search effort in the South China Sea while the plane made their way to Indian Ocean. Then they came out with some conflicting statement and evidence to confuse the world. The Australian is the co-actor.

  The amount of effort put up by China, in terms of the number of search aircraft, ships and satellites, searching first the South China Sea, then the Malacca Straits and the Indian Ocean  is unprecedented. This   showed that the China is very concerned, not so much because of the many Chinese civilian passengers, but mainly the high value cargo and its 8 top defense scientists.

Don't believe the story? I don't expect you to but let's wait and see how the episode unveils itself. Or perhaps it will never be known until the next Snowden emerges.

Budaya Woodstock sudah berada di Malaysia


45 tahun lalu kita melihat budaya songsang, dadah dan seks bebas berlaku di Woodstock, Amerika Syarikat (AS). Woodstock jauh daripada kita secara geografi ataupun politik. Akibat pesta muzik Woodstock yang diadakan pada 15 hingga 18 Ogos 1969 yang sampai kepada kita hanyalah fesyen lelaki berambut panjang dan sedikit seks bebas.

Tetapi 45 tahun kemudian, Woodstock sudah berada hampir dengan kita. Woodstock yang dicemuh seluruh dunia kegawatan moral pada era pasca modenisme yang menyekutukan muzik, seks bebas, arak dan dadah itu kini berada di depan kita, di stadium kebanggaan negara, Stadium Bukit Jalil, Malaysia.

Belum ada mana-mana sosiologis atau antropologis yang bersetuju bahawa pesta muzik Woodstock atau miripnya memberi kebaikan kepada manusia. Belum ada. Sebaliknya kesan daripada Woodstock itu amalan seks bebas meningkat dengan pantas, penagihan dadah dalam kalangan pengagum muzik pop juga meningkat. Artis muzik pop AS juga bertambah banyak terlibat dengan dadah dan menjadi sebagai salah satu gaya hidup.

Adakah apabila pesta muzik Woodstock sudah berada di negara ini menandakan satu kemajuan yang diimpi-impikan oleh sesetengah pihak? Adakah ini satu kejayaan Malaysia untuk menjadi pusat muzik liar di sebelah sini? Atau adakah ini sebagai kejayaan Zionis Yahudi yang memasarkan budaya pop kepada golongan muda di negara ini dan seterusnya meruntuhkan nilai yang dipertahankan dalam masyarakat?

Pesta Muzik Masa Depan Asia (Future Music Festival Asia) yang diadakan di Stadium Bukit Jalil selama tiga hari minggu lalu adalah kelangsungan pesta muzik Woodstock 45 tahun lalu di AS. Tetapi pihak polis mengarahkan konsert hari ketiga iaitu terakhir dibatalkan apabila enam pengunjung mati akibat mengambil dadah berlebihan.

Ketika negara ini berdukacita dengan tragedi pesawat MH370, ada manusia menganjurkan supaya sekumpulan manusia pula bersukaria hingga melampaui norma agama, sosial dan budaya. Siapa yang menjadi dalang membawa pesta liar yang merosakkan rakyat masuk ke negara ini? Siapa pula yang meluluskan permit?

Wah, kita sudah hebat rupanya. Sudah sama dengan Woodstock yang memperagakan dadah, arak dan pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Adakah ini boleh dimaafkan kerana menyumbang kepada peningkat jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014? Adakah kerana "menyumbang kepada pendapatan negara" maka kita rela membiarkan budaya Woodstock berkembang di negara ini?

Isunya bukanlah enam remaja mati kerana terlebih dadah. Tetapi mati kerana mengambil dadah berlebihan dalam pesta muzik yang diberi kebenaran oleh kerajaan. Isu yang lebih besar lagi, di mana peranan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)? Saya fikir PUSPAL hanya tunggul hidup tetapi tidak berupaya mengatakan "tidak" kepada pihak tertentu yang menyokong pesta muzik liar ini. Saya percaya PUSPAL pun boleh fikir kesan buruknya. Mana ada pesta muzik seperti orang datang ke Dataran Merdeka menonton konsert percuma. Fikirlah sikit. PUSPAL telah diperbodohkan dan diperkudakan oleh penganjur kerana terlalu percaya kepada proposal pesta muzik ini yang molek-molek belaka. Memanglah dalam proposal tidak ditulis yang buruk tentang pesta muzik. Tetapi kepada yang mempunyai otak dan tidak diletakkan di kepala lutut, mereka boleh berfikir bahawa belum ada pesta muzik yang bebas dari dadah, seks bebas dan arak. Kalau ada sila beritahu.

Kita bercakap mengenai pesta muzik, bukan konsert muzik. Ada perbezaan antara kedua-duanya. Jadi, semasa hendak meluluskan permit pesta muzik, ukurannya bukan boleh disamakan dengan konsert.

Semua orang tahu bahawa pesta muzik adalah seks bebas, dadah dan arak. Ada pula sesetengah artis kita (beberapa artis Melayu Islam turut hadir di pesta muzik ini) berkata, muzik tidak salah. Memang betullah muzik tidak salah tetapi yang salah orang yang tidak dapat membezakan tempat sewajarnya menikmati muzik. Di pesta muzik, yang utama bukan muzik tetapi budaya pop. Sebab itu banyak perkara bukan muzik di dalamnya. Tujuannya memperagakan cara hidup bertentangan dengan norma agama, sosial dan budaya sebagai gagasan sekularisme.

Kerana itulah kita sangat bimbang dengan kecetekan PUSPAL "membaca" perkara-perkara di luar muzik yang dikatakan muzik. Misalnya beberapa tahun lalu agensi ini telah meluluskan konsert seorang penyanyi Iran yang menghina Islam. Anehnya konsert itu dibatalkan selepas Mingguan Malaysia mendedahkan tentang penyanyi itu dan dibatalkan sehari sebelum konsert berlangsung.

Saya sangat percaya kalau Mingguan Malaysia tidak menjadi "budak nakal" konsert itu berlangsung dengan jayanya.

Malaysia tidak memerlukan pesta muzik untuk menonjolkan nama negara di persada dunia. Malah tidak memerlukan pesta muzik untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia. Semua ini adalah helah untuk membolehkan agenda Zionis Yahudi yang sudah ditolak oleh Barat dikutip oleh sesetengah pihak yang materialistik dan bengap di negara ini.

Pada masa yang sama kita tertanya-tanya di mana hilangnya sesetengah pihak yang mendakwa sebagai pejuang ‘alif ba ta’ iaitu agama, bangsa dan tanah air? Kenapa mereka tidak bersuara mengenai pesta muzik ala Woodstock ini? Isu ini menjadi lebih kecil berbanding gelagat bomoh tidak cukup akal di KLIA yang mendapat reaksi hebat.

Rakyat tentu bertanya apakah menentang pihak yang membawa pesta muzik liar ini bukan ‘alif ba ta’? Akhirnya saya percaya isu pesta muzik ini habis begitu sahaja walaupun ada percubaan membawa masuk elemen Woodstock ke negara ini. Walaupun enam remaja mati kerana terlebih dadah dan mencemarkan kesucian negara Islam ini dengan pergaulan bebas, tetapi barangkali ada kepentingan tertentu, isu ini habis begitu sahaja. Kalau benar kita serius, sudah ada yang berdegar-degar menentangnya.

- KU SEMAN (kusemankh@gmail.com)

Kehilangan MH370 - Ambil iktibar nahas Air France

USAHA mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370 yang memasuki hari ke-16 semalam, masih tidak memberi apa-apa petunjuk sekali gus mengingatkan kejadian hampir serupa berlaku kepada Pesawat Airbus A330-200 Air France yang hilang pada 1 Jun 2009.

Namun, kotak hitamnya ditemui hanya selepas dua tahun oleh Biro Penyiasatan dan Analisis Perancis (BEA).

BEA mengumumkan mereka berjaya menemui serpihan besar bangkai pesawat itu pada 3 April 2011, seterusnya mengarahkan beberapa kapal tenteranya mencari kotak hitam Airbus di dasar lautan dengan teknologi dimiliki.

Ketika itu, Perancis menghantar dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter di Lautan Atlantik bagi mengesan kotak hitam.

Empat kapal Tentera Laut Brazil dengan kelengkapan menyelamat dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui oleh Tentera Udara Brazil.

Antara serpihan yang ditemui pada kedalaman antara 3,800 hingga 4,000 meter ialah badan pesawat, enjin, sayap, gear pendaratan, kotak hitam dan 104 rangka manusia.

Kotak hitam itu ditemui dalam keadaan baik dan datanya masih boleh dibaca namun mengambil masa berbulan-bulan untuk dianalisa.

Pada 5 Julai 2012, BEA mengeluarkan laporan siasatan lengkap kotak hitam itu.

Laporan berkenaan menyebut, kristal ais telah menyekat peralatan mengukur kelajuan sehingga menyebabkan sistem pemanduan automatik tidak berfungsi.

Kegagalan juruterbang bertindak pantas untuk mengambil alih pemanduan pesawat secara manual, menyebabkan pesawat terhempas di laut dengan kelajuan 280 kilometer (km) sejam dan berkecai.

Tragedi itu berlaku slepas empat jam pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro, Brazil jam 7.03 petang waktu tempatan pada 31 Mei 2009 menuju ke Lapangan Terbang Paris yang memakan masa 11 jam penerbangan.

Ia hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada jam 1.33 pagi, 1 Jun 2009. Tragedi menyebabkan 228 anak kapal dan penumpangnya maut.

Jet itu hilang di laluan antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Pada 6 Jun 2009, cebisan rangka kapal terbang serta dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 kilometer di timur laut Kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil.

Pada 27 Jun iaitu hari ke-25, pasukan tentera Brazil menamatkan operasi SAR dengan jumlah mayat ditemui kekal 50 dan 640 serpihan pesawat, menjadikan keseluruhan 154 mayat. Manakala, 74 mayat gagal ditemui.

Selepas tempoh 30 hari, kotak hitam tidak lagi mengeluarkan isyarat dan ia dipercayai tenggelam ke dalam rabung dengan anggaran kedalaman kira-kira 4,700 meter.

Justeru, penemuan kotak hitam adalah penting untuk mengetahui secara tepat apa sebenarnya berlaku kepada pesawat yang mengalami kemalangan tidak kira cepat ditemui ataupun memakan tempoh hingga bertahun kerana ketahanannya membolehkan ia masih boleh dibaca.

Konsert, budaya hedonisme dan perlecehan jati diri


OLEH: DR RIDUAN MOHAMAD NOR, Tarikh: March 24, 2014

LANGIT menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960-an, sehinggalah beberapa kali pesta pora Woodstock ini berlangsung.

Irama rock mula mengambil tempat dalam hati anak-anak muda Eropah akibat bantahan mereka kepada Perang Amerika di Vietnam.

Penjajahan kuasa kapitalisme dunia, Amerika Syarikat menimbulkan bantahan awam dan protes bersemarak dalam pelbagai bentuk termasuk genre muzik.

Jalur ideologi sosialis dengan pakaian budaya Bohemian sedang melanda anak muda, bahkan yang sedang menggalang gelaran mahasiswa sekalipun.

Lagu-lagu rock, juga Raggae yang bertemakan kedamaian, anti perang, anti kerajaan, juga satira politik mula menjadi siulan anak muda.

Kumpulan rock seperti the WHO, Santana, Deep Purple, Eagles, Led Zeppelin, pemain gitar tersohor Jimmy Hendrix mula menjadi menjadi hero barisan hadapan dunia anak muda ranggi menyuarakan aspirasi protes dan juga berekspresi sebagai generasi baru yang mula meninggalkan cara berfikir orang lama.

Begitu juga dengan irama Raggae yang menonjolkan Bob Marley dengan lagu-lagu protes yang lebih merakyat.

Kehadiran musik genre rock, raggae dan blues ini bukan sekadar lagu namun mengheret kepada cara hidup Bohemian yang bebas dan akhirnya juga akrab dengan dadah dan kehidupan bebas tak bertunjang agama.

Konsert Woodstock, seolah ijtimak antarabangsa menghimpun pencandu muzik adalah gambaran kebejatan jiwa anak muda. Penggunaan dadah, pergaduhan sehingga membawa kematian kepada peserta-peserta konsert, akhirnya menimbul perdebatan kepada masyarakat rasional bahawa budaya konsert ini tidak memberikan manfaat kepada pembinaan generasi anak muda.

Konsert-konsert genre rock terus menggegarkan belahan dunia Eropah di Madison Square, Berlin, Praque, Rock Palace, Lolapalooza dan pelbagai lagi medan anak muda dipanah sihir untuk berhimpun seterusnya mewabakkan penagihan dadah dan seks bebas di Barat.

Lebih jauh, dengan munculnya Black Metal dan Thrash Metal, budaya konsert semakin liar, bahkan dengan lirik-lirik lagu yang memuja dunia mistik, dengan ritual yang sesat.

Malangnya, kebejatan budaya konsert ini juga menular ke negara- negara umat Islam seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya sehingga membius anak muda dengan pelbagai penyakit sosial yang lain pula.

Di tanah air kita, sekitar pertengahan dekad 1980-an fenomena konsert rock mula menggila dengan konsert 'Battle Of The Bands', munculnya kumpulan-kumpulan rock seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tak sedikit pula era itu Pemuda Pas turun membantah dan akhirnya beberapa negeri seperti Terengganu terpaksa akur dengan bantahan tegas daripada Pemuda Pas yang menentang budaya hedonisme yang melunturkan jati diri muslim anak muda.

Walaupun tindakan itu tidak popular pada mata pengundi dan masyarakat liberal pragmatis, namun itulah sumbangan untuk menyelamatkan akhlak generasi muda negara ini.

Konsert-konsert artis antarabangsa juga dibantah dengan serius oleh Pemuda Pas, seperti konsert Scorpions dan Metallica, sehingga penganjur antarabangsa mengambil jalan selamat dengan mengadakan konsert rock antarabanga di Pulau Sentosa Singapura.

Fenomena konsert liar juga terjadi di negara Indonesia sehingga membawa kepada kematian pengunjung, bahkan kejadian membakar stadium seperti yang berlaku dalam konsert Metallica beberapa tahun lepas di Jakarta.

Kini, bahana konsert bukan sahaja menutaskan budaya pergaulan bebas yang memualkan , malah dengan kemunculan konsert muzik techno yang mesra pil dadah serta seks rambang makin menyebabkan anak muda terpelanting jauh daripada adab dan norma beragama.

Tiada untungnya budaya konsert ini jika dihujjahkan oleh pak menteri untuk menumpuk wang pada kantung negara. Akhlak, budaya, juga paling penting agama jauh, lebih berharga untuk kita bandingkan dengan nilai wang.

Kerajaan dan masyarakat sivil negara ini wajib menghalang budaya konsert yang meratah jatidiri anak muda, negara ini sudah terlalu tenat dengan pelbagai penyakit sosial.

Peningkatan kes jenayah, penyalahgunaan najis dadah, kelahiran anak luar nikah, mewabak 'sensate culture' dan pelbagai sampah sosial juga adalah manifestasi gagal urus negara oleh regim negara ini. Kita menuai apa yang kita tanam, generasi Rabbani tidak lahir daripada nuansa budaya yang bobrok, maka hentikan segera kegilaan ini.

DR RIDUAN MOHAMAD NOR, Setiausaha Lajnah Dakwah Pas Pusat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts