MCA dah tak laku di Pulau Pinang sebab itu mereka tidak berani bertanding di PRK Bkt Gelugor

Bekas naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata keputusan MCA untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor membuktikan bahawa parti itu kini tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Mei, 2014.
Bekas naib presiden Perkasa itu berkata MCA menggunakan hudud bagi menutup kelemahan parti Cina itu yang kini cuba bangkit setelah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"Mereka tidak mahu membuka pekung bahawa pengundi Cina di sana tidak lagi menerima MCA.

"Pada saya alasan (hudud) itu hanyalah satu gimik dan retorik politik semata-mata kerana mereka tahu wakil yang bertanding tidak boleh memenangi sebarang pertandingan menentang DAP," katanya seperti dilapor akhbar Utusan Malaysia.

DAP hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai pengecut kerana tidak meletakkan calonnya dalam PRK Bukit Gelugor dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayangkan bakal ada calon 'mesra BN'.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata adat dalam sesuatu pertandingan akan ada pihak yang menang dan ada pula yang kalah.

"BN menjadikan ini sebagai permainan. Saya fikir bijak bagi mereka untuk tidak bertanding," katanya sewaktu ditemui media di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang di Georgetown hari ini.

Zulkifli berkata penolakan kaum Cina kepada MCA bukan hanya berlaku di Pulau Pinang, tetapi terbukti dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebelum ini.

"Naib Presidennya sendiri, Datin Paduka Chew Mei Fun tumbang di tangan calon PKR. Malahan jumlah undi yang diperoleh MCA semasa PRU13 di Kajang semakin menurun di dalam PRK Kajang.

"Meletakkan calon di kubu kuat DAP di Bukit Gelugor hanyalah menjadi medan kekalahan dan akan memberi kesan terhadap kelangsungan politik MCA," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut senada mengecam MCA bahawa hanya menjadikan hudud menutup kelemahan parti Cina itu.

Katanya, MCA perlu mengakui krisis yang dialami mereka bagi mendapatkan semula sokongan rakyat terutamanya kaum Cina.

"MCA perlu bersikap lebih terbuka dan jangan beri alasan mahu memperjuangkan tentangan hudud. Soal letak calon tiada kaitan dengan isu hudud.

"Seperti yang kita tahu, MCA sedang hadapi krisis hendak mendapatkan kepercayaan orang Cina. Mereka juga tidak patut membangkitkan sentimen orang Melayu setelah tidak mendapat sokongan orang Cina," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian.

Asyraf memberi amaran kepada MCA agar tidak mengadakan perbincangan dengan parti komponen lain mengenai isu hudud, kerana ia akan mengancam masa depan negara.

Katanya, MCA perlu melihat hudud dari sudut positif sebagai satu lambang penyatuan di kalangan orang Melayu.

"Kita sebagai orang Islam sudah tentu tidak akan tolak hudud. Tetapi dalam konteks negara ini, banyak perkara yang perlu diambil kira.

"Orang bukan Islam, termasuk MCA sendiri perlu melihat situasi ini dari sudut positif. Ini kerana, buat pertama kali masyarakat Islam boleh bekerjasama dalam sesuatu isu," katanya. – 12 Mei, 2014.

Supervisor yang menyesal tak sudah..

Seorang Supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dlm sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah. Supervisor dgn berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kpd nya. Amat menyesal dlm hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dgn sebaik mungkin.

Sebenarnya, ini lah yg terjadi pada setiap dari kita. Kita sekarang sedang 'Design' & membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak... Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah.

Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' & membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita Design kan nya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloi lah hasilnya.

Renungan Bersama...

TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu.( Riwayat AtTabarani dengan sanad yang sohih.

Dikategorikan oleh Al-Albani sebagai sohih dalam kitabnya سلسلة الأحاديث الصحيحة.

Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud ..panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda. Jangan terlepas ganjaran ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts