Seluar Dalam Kuning Janda Anak Lima

suar dalam nyah (sekadar gambar hiasan)
Pada suatu petang, Haji Zubir sedang minum di sebuah gerai ais kacang di hadapan rumah beliau. Gerai tersebut adalah milik Haji Zubir sendiri, tetapi disewa oleh seorang janda beranak lima. Janda tersebut walaupun sudah mencecah 30-an, tapi masih bergetah. Pakaian yang dipakai juga seperti gadis remaja. Baju kecik, seluar ketat.

Sedang Si Janda membongkok ingin mengambil ais, Haji Zubir ternampak sesuatu yang tak ingin beliau lihat. Pada waktu tersebut, gerai agak lengang. Lantas Haji Zubir terus memanggil Si Janda tersebut. Si Janda pun jalan terkedek-kedek ke arah  Haji Zubir.

Haji Zubir mengajukan satu soalan yang tak dijangka kepada Si Janda dengan nada perlahan.

"Hang pakai spender kaler kuning ka?"

Terkejut Si Janda. Merah padam mukanya apabila ada yang tahu warna seluar dalam yang dipakainya pada petang tersebut. Dia mula menarik-narik bajunya yang singkat itu.

Haji Zubir berkata lagi.

"Itula. Pakai la lagi baju singkat, seluaq londeh sampai nampak spender."

Si Janda membalas.

"Pak Cik tengok buatpa?".

"Laa.. Bukan aku tengok. Hang yang tunjuk!"' balas Haji Zubir.

Haji Zubir pun mula memberi tazkirah kepada Si Janda. Beliau menasihati Si Janda agar berpakaian dengan lebih sopan jika ingin berniaga dan menyewa kedainya. Tanam perasaan malu dan sedar diri bahawa dia seorang janda beranak lima. Jangan sampai masyarakat pandang serong terhadapnya. Pastikan rezeki yang kita dapat adalah halal. Bukan kerana perniagaan kita laris hanya kerana menayang keseksian body dan aurat kepada pelanggan yang datang sekadar ingin menjamu mata sambil minum kopi.

Begitulah sedikit sebanyak nasihat yang dilemparkan terhadap Si Janda. Alhamdulillah.. Keesokkan harinya, dia mula menunjukkan perubahan. Manis bertudung dengan baju kurung. Mudah-mudahan dia benar-benar berubah dengan ikhlas. InsyaAllah..

Untuk makluman, Haji Zubir adalah ayah aku. Ini memang kisah benar. Hangpa jangan asyik fikirkan kelucahan saja bila sebut seluar dalam. Ambillah iktibar daripada perkongsian ini. Ayah aku memang seorang yang suka sound direct bila ada kemungkaran depan dia. Tapi tidaklah sampai mengaibkan. Masing-masing ada cara untuk menegur kemungkaran.

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Sekian, salah silap harap dimaafi. Sekadar nasihat untuk diri sendiri yang hina ini. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa.

SZ : Amar Ma'aruf Nahi Mungkar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts