Kontroversi disebalik kejayaan filem aksi Polis Evo!

FILEM aksi terhebat tahun ini, Polis Evo masih rancak ditayangkan di pawagam. Filem arahan Ghaz Abu Bakar yang menggandingkan dua bintang tersohor, Zizan Razak dan Shaheizy Sam ini berjaya meraih kutipan lebih RM8 juta sejak ditayangkan pada 17 September lalu.

Namun di sebalik kejayaan kutipan itu, pelakon utamanya, Shaheizy Sam mendedahkan, dia pernah dikritik apabila tampil berbaju T dengan logo Polis Evo ketika menghadiri majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27), baru-baru ini.

Dan tindakan itu dikatakan tidak menghormati majlis kerana tidak berpakaian formal seperti mana artis lain.

Punya pendirian tersendiri, Sam menegaskan, tindakannya itu dirasakan berbaloi setelah mengetahui sambutan penonton terhadap filem itu amat menggalakkan.

Jelas Sam, dari awal lagi, tujuannya memakai baju T tersebut adalah semata-mata untuk mempromosikan filem tersebut.

"Memang ada beberapa pihak yang menegur saya ketika itu. Tapi sebenarnya itulah salah satu pengorbanan yang saya lakukan di mana orang ramai tidak nampak. Mereka hanya nampak saya berkorban dari segi fizikal sahaja seperti kuruskan badan.

"Saya sanggup dikatakan tidak menghormati majlis asalkan saya masih yakin dan mahu beri sokongan terhadap filem kita yang masih bagus," katanya ketika ditemui pada majlis prebiu filem Rembat, baru-baru ini.

Kembali bergandingan bersama Zizan menerusi filem terbaharunya itu, Sam juga dilihat serasi di samping Aniu, pelakon tempatan yang cukup terkenal di Taiwan.

"Walaupun itu pertama kali berlakon dengannya (Aniu), namun saya terimanya seperti seorang sahabat yang telah lama kenal.

"Dalam lakonan juga saya tidak mahu memilih bulu. Saya sedia menerima sesiapa sahaja untuk berlakon bersama. Malah, tidak mahu mencipta jurang kerana hanya akan mencacatkan lakonan saya.

“Sebab itu, saya sering dilihat serasi apabila berlakon dengan sesiapa sahaja, baik dengan pelakon wanita ketika membawakan watak sebagai kekasih atau sahabat yang berlainan kaum," katanya.

Akhirnya Najib Berundur.. Ini Petunjuknya?


Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa bekas majikannya, Datuk Seri Najib Razak menyahut saranan Majlis Raja-raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan dengan segera siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin berkata Raja- raja Melayu tidak akan mengeluarkan kenyataan berkenaan 1MDB jika ia bukan isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

“Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara.

“Maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah perdana menteri selaku ketua kerajaan.

"Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu perdana menteri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Timbalan presiden Umno itu berkata, Najib mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak.

Katanya, apa yang lebih penting ialah jika hasil siasatan mendapati terdapat pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.

“Perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan.

"Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala.

"Sepertinya ada tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak tertentu," katanya.

Duda tunjuk kemaluan depan rumah Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Seorang duda anak dua didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah Datuk Siti Nurhaliza, Ahad lalu.

Menurut laporan Utusan, Amiruddin Sulaiman, 49, didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk menghina kesopanan di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara itu di Jalan Wangsa 1/3, Bukit Antarabangsa, dekat sini kira-kira pukul 5 petang, 4 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadap penganggur itu dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts